Monday, August 15, 2011

Air mata Chong Wei

sports @bharian

Air mata Chong Wei

"KEKALAHAN ini memang perit, tetapi saya sudah mencuba sedaya upaya, mungkin nasib tidak menyebelahi saya," kata jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang berlinangan air mata sejurus tunduk kepada musuh tradisi, Lin Dan pada final Kejohanan Dunia di Arena Wembley, semalam. Kekecewaan pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu memang perit kerana dia hanya dipisahkan satu mata daripada kejuaraan pertamanya tetapi kegagalan mematikan bulu tangkis Walaupun mendahului dua kali 20-19 dan 21-20 pada set penentuan menyaksikan impian besarnya itu lebur.

"Lin Dan memang seorang pemain yang berani mengambil risiko ketika berdepan detik genting apabila dia terus mengasak menyebabkan saya tertekan dan melakukan kesilapan.

"Walaupun kecewa tetapi kekalahan ini belum mematikan semangat saya untuk cuba memenangi kejuaraan berprestij ini. Jadi, saya akan cuba memenanginya pada penampilan terakhir 2013 nanti," katanya yang tampil beraksi dalam final pertamanya selepas gagal dalam lima percubaan sebelum ini.

Aksi kedua-dua pemain itu jelas menepati pertembungan final impian dengan permainan bermutu dan mendebarkan selama 86 minit sebelum Lin Dan keluar sebagai pemenang 22-20, 14-21, 21-23.
more

Related Posts:

  • Video: Piala FA: Perlawanan JDT dan T-Team ditangguhkan Aksi pusingan kedua Piala FA, antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin  pada Sabtu tertangguh selepas pasukan pelawat enggan meneruskan perlawanan Pelawanan tampak berjalan… Read More
  • Lin topples Lee for badminton world titleLin topples Lee for badminton world title Olympic badminton champion Lin Dan had an ideal preparation for his title defence when he won his fourth world title on Sunday in the Wembley arena to be used for the 2012 G… Read More
  • Air mata Chong Weisports @bharian Air mata Chong Wei "KEKALAHAN ini memang perit, tetapi saya sudah mencuba sedaya upaya, mungkin nasib tidak menyebelahi saya," kata jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang berlinangan air mata … Read More
  • Kelantan juara Piala FA 2012 KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi. Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang pi… Read More
  • Sah Khairul Fahmi Putus Tunang?Sah Khairul Fahmi Putus Tunang? | Harian Metro Khairul Fahmi penjaga gol Harimau Melaya dikatakan telah memutuskan tali pertunangan. Semuanya berpunca daripada orang ketiga tetapi dinafikan oleh Khairul Fahmi dalam ke… Read More

0 comments:

Post a Comment