news @mStar
'Arwah Wasiatkan 'Sesuatu' Sebelum Meninggal Dunia' - Fizo
Pelakon Fizo Omar memberitahu, arwah bapanya, Wan Omar Wan Ishak,71, yang meninggal dunia, Selasa mengamanahkan “sesuatu” agar dia menyimpan barang tersebut sehingga ke akhir hayat.
Fizo yang dihubungi mStar Online, Selasa berkata, ketika dia pulang ke kampungnya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua minggu lalu, ayahnya telah memberikan wasiat berkenaan yang seolah-olah menggambarkan dia akan pergi buat selama-lamanya.
“Saya terkejut apabila dia berkata macam itu kepada saya. Dia minta saya menyimpan barang itu elok-elok. Pada waktu itu dia sihat tetapi saya sudah rasa lain macam,” kata Fizo yang enggan menjelaskan apakah amanah berkenaan.
Ayahnya yang berniaga kecil-kecilan di kampung meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari, Selasa, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan akibat ketumbuhan pada usus. more
Related Posts:
Pelakon Lisa Surihani join Platun Seni Askar Wataniah ??News @mStarPelakon Lisa Surihani join Platun Seni Askar Wataniah ??Platun Seni Askar Wataniah yang dianggotai artis-artis tempatan berpeluang mengikuti rombongan ke Lubnan pada akhir bulan depan untuk memberi semangat kepada … Read More
Ziana Zain Tegur Syarikat Korporat Enggan Taja Konsertnews @mStar Ziana Zain Tegur Syarikat Korporat Enggan Taja Konsert Penyanyi Ziana Zain menegur syarikat-syarikat korporat di negara ini yang enggan menaja konsert penyanyi-penyanyi tempatan berbanding penyanyi ant… Read More
'Arwah Wasiatkan 'Sesuatu' Sebelum Meninggal Dunia' - Fizonews @mStar 'Arwah Wasiatkan 'Sesuatu' Sebelum Meninggal Dunia' - FizoPelakon Fizo Omar memberitahu, arwah bapanya, Wan Omar Wan Ishak,71, yang meninggal dunia, Selasa mengamanahkan “sesuatu” agar dia menyimpan barang … Read More
Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantungnews @mStar Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah JantungPelawak veteran, Zami Ismail (Pak Uda), 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan ja… Read More
Wardina Saman 245 Blogger'sWardina Saman 245 Blogger's Pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI) Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman blog sekiranya artikel yang mendakwa dia menyokong Parti Keadil… Read More
0 comments:
Post a Comment