Friday, May 27, 2011

Rayuan Ariel Peterpan Di Tolak!

gossip @Mangga

Rayuan Ariel Peterpan Di Tolak!

Jaksa Penuntut Umum (JPU) menolak rayuan yang disampaikan oleh peguamnya tentang kes penyebaran Video Lucah milik penyanyi popular, Nazriel Irham atau Ariel.

"Dengan ini, majlis hakim menolak seluruh rayuan mahkamah daripada mendakwa Nazriel Irham atau Ariel," jelas JPU, Rusmanto di Bandung, semalam. Dalam sidang yang membincangkan perkara ini, Rusmanto berkata, pihaknya masih menuntut agar Ariel tetap dihukum penjara lima tahun dan membayar denda sebanyak Rp250 juta.

"Keputusan kami tetap kepada tuntutan yang dibacakan pada proses persidangan yang berlangsung pada Khamis, 6 Januari yang lalu," jelas Rusmanto selepas persidangan selesai.
Persidangan selanjutnya akan dijalankan pada Khamis, 20 Januari akan datang dengan agenda, memberi tanggapan dan jawapan atas tuntutan JPU. Sebelum persidangan berlangsung, mahkamah memberi harapan dengan mengakui akan optimis terhadap kes di pengadilan Negeri Bandung dan menerima rayuan daripada kliennya itu.

"Kami yakin, bahawa rayuan yang disampaikan oleh klien kami akan diterima oleh majlis hakim," jelas Boy Afrian Baondjol, salah seorang peguam Ariel.

Bagaimanapun, kini Ariel terpaksa mengharungi laluan yang agak susah untuk mengurangkan hukumannya selepas rayuannya kali ini ditolak.

Related Posts:

  • Ziana Zain performed Lagu My Heart Will Go On ?Ziana Zain performed Lagu My Heart Will Go On ? F1 Pit stop - Max Mara Fashion Show. Pavilion 8 April 2011. The only guest artist Ziana Zain performed Simply The Best & My Heart Will Go On. Ziana did very well even t… Read More
  • New Album : Najwa Mahiaddin-Innocent Soul (2011)New Album : Najwa Mahiaddin-Innocent Soul (2011)Preview songs:Track Listing :* Got to Go* Innocent Soul* I’ve Got The…* Monday Blues* Sweet October* Go ‘head* How Long Must I Wait* Jealousy* Ain’t That a Shame* Your LoveJoin … Read More
  • Single Baru Ariel Tentang Kehidupan Para NabiSingle Baru Ariel Tentang Kehidupan Para Nabi Single lagu paling anyar ciptaan Najriel Irham atau Ariel Peterpan, ternyata berisi kisah tentang kehidupan para narapidana. Lewat lagu yang berjudul sementara Dara itu, Ariel … Read More
  • Justin Bieber Finally Arrived in Malaysianews @mStar Justin Bieber Finally Arrived in MalaysiaPenyanyi remaja sensasi, Justin Bieber,17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang Khamis bersama kekasihnya, penyanyi S… Read More
  • Justin Bieber Pukau Peminat Di Stadium Merdekanews @mStar Justin Bieber Pukau Peminat Di Stadium Merdeka KUALA LUMPUR: Kuasa dan daya penarik yang ada pada penyanyi remaja popular, Justin Bieber, 17, berjaya memukau kira-kira 17,000 penonton dalam satu siri ko… Read More

0 comments:

Post a Comment