Gossip @mStar
Ziana Zain Perjelas Tuduhan Berlagak Diva
PETALING JAYA: Penyanyi popular Ziana Zain menjelaskan dia mempunyai alasan yang kuat terhadap dakwaan berlagak diva dan meninggalkan sesi fotografi sebuah majalah secara tidak profesional baru-baru.
Jelas Ziana, tindakannya meninggalkan sesi fotografi sebuah majalah fesyen keluaran Mac itu adalah kerana pakaian yang disediakan telah melangar prinsip dan boleh menjejaskan imejnya.
“Saya tinggalkan sesi fotografi itu kerana pakaian yang diberikan kepada saya sangat tidak sesuai dengan imej saya sekarang. Bagi saya ia terlalu remaja dan tidak sesuai dengan status saya sebagai ibu dan isteri.
“Kalau saya pakai juga sudah tentu ada yang akan berkata lebih teruk lagi. Kenapa saya nak rosakkan imej yang saya bina selama 20 tahun dengan pakaian sebegitu?” katanya ketika ditemui pada Majlis Perlancaran Antabax di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat.
Tambah Ziana, dia kesal dengan tuduhan majalah tersebut yang menganggapnya sebagai artis tidak profesional, emosi dan tidak pandai berfesyen.
“Saya kecewa dan terkilan dengan apa yang mereka katakan tentang saya. Ia seperti satu serangan peribadi kepada saya.
“Saya datang untuk sesi fotografi dengan hati yang terbuka. Saya bukan tolak mentah-mentah untuk tidak pakai baju tersebut. more
Related Posts:
Lisa Aryanti Pengurus Baru Alyah
30 JANUARI 2014: Setelah sekian lama tidak diuruskan oleh seorang pengurus profesional lagi berpengalaman luas, penyanyi popular Alyah akhirnya memilih pengurus kepada diva pop terkenal Ziana Zain iaitu Lisa Aryanti … Read More
Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28)
AJL28 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula 9.00 – 11.30 malam pada 26 Januari 2014. Saksikan persembahan hebat daripada 12 artis berkumpulan dan solo.
Malam kemuncak Anugerah Juara L… Read More
Fesyen Artis Pada Acara Karpet Merah AJL 28ACARA karpet merah sesebuah anugerah tidak lengkap sekiranya ia tidak diserikan dengan penampilan artis-artis dengan gaya tersendiri. Tidak ketinggalan, Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit … Read More
Photo: Sekitar Sidang Media Konsert Suara Kita
Konsert teaterikal Suara Kita yang menggandingkan tiga penyanyi popular Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 hingga 9 Mac 2014 ini.
Pementasan berkonsepkan gab… Read More
Suara Kita - Konsert Gabungan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain
Tiga penyanyi dan pelakon hebat era 90-an iaitu Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira bakal digandingkan dalam satu persembahan istimewa di pentas Panggung Sari, Istana Budaya menerusi 'Konsert Teaterikal Suara Kita'.
Menurut … Read More
0 comments:
Post a Comment