Gossip @mStar
Nabil Raja Lawak Mengaku Nakal, Tapi Tidak Mabuk
KUALA LUMPUR: Pelawak Ahmad Nabil Ahmad, 27, menjelaskan khabar angin kononnya dia pernah mabuk dan bercumbuan dengan seorang gadis di sebuah pub hotel terkemuka di ibu negara adalah tidak benar.
Juara program Raja Lawak musim kedua itu berkata dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak.
"Saya tak tahu macam mana boleh timbul gosip ini. Rasanya saya tak berkelakuan tidak senonoh di depan umum. Kalau benarlah saya berbuat demikian, saya akan berterus terang dan mengaku. Tapi saya tidak buat.
"Tambah pula saya tidak pernah mabuk. Saya tak tahu kenapa orang sekarang suka mengaitkan perkara-perkara yang tidak elok tentang saya.
"Bagaimanapun saya harus akur bahawa menjadi seorang artis, orang ingin tahu segala kerja dan peribadi kita. Dan bila orang nampak apa kita buat, mereka akan bercerita.
"Saya ingin jelaskan bahawa apa yang saya lakukan dalam kehidupan seharian adalah sama seperti orang lain. Saya tak boleh nak menipu diri sendiri dengan mengurung diri di rumah tanpa bergaul," katanya yang ditemui pada majlis sambutan Anugerah Bintang Popular bersama calon-calon bagi kategori Artis Komedi Lelaki dan Wanita Popular di Hotel Le Meridien, di sini, Selasa. Read more
Related Posts:
Titik Nokhtah Cinta Fasha Sandha dan JejaiGossip @BharianTitik Nokhtah Cinta Fasha Sandha dan JejaiENGGAN terus menoleh laluan semalam yang menyakitkan, Fasha Sandha memilih untuk berdiam diri tanpa perlu menyatakan segala punca dan alasan yang menyebabkan percintaan… Read More
Fasha Sandha & Kontroversi BikiniGossip @mstarFasha Sandha & Kontroversi BikiniMINGGU lalu, cerita kontroversi aktres Fasha Sandha setelah penyebaran gambarnya memakai bikini di Internet kerap kali bermain di muka hadapan akhbar.Bagaimanapun, wanita itu … Read More
Kenapa Ana Raffali Melatah?Kenapa Ana Raffali Melatah? Gossips @ManggaOnline Ana Raffali dalam Twitternya menegur secara berhemah seorang blogger yang bercerita tentangnya, biarpun tidak dinyatakan nama pada artikel (rasanya artikel itu ditulis oleh … Read More
Gambar Panas Azizah MahzanGossips: Gambar Panas Azizah MahzanGambar intim antara dua pelakon Spa Q 2, Zaefrul Nordin dan Azizah Mahzan yang tersebar di internet tentunya menjadi bualan hangat di dalam industri hiburan kini. Bayangkan, gambar tersebut … Read More
Artis Gay di hotel besarGossips @ManggaOnlineArtis Gay di hotel besarArtis lelaki yang sorang ni tak habis-habis dengan kontroversinya sejak akhir-akhir ini. Tak tahulah apa yang dia cari dalam hidup dan dalam kerjaya seni dia. Cari kemewahan kut se… Read More
0 comments:
Post a Comment