Monday, February 28, 2011

Maher Zain terus pikat peminat

Maher Zain Live In Concert
news @kosmo

Maher Zain terus pikat peminat

MAHER ZAIN dan Malaysia kini adalah satu ‘ikatan’ yang sinonim. Dalam tempoh enam bulan, Maher sudah dua kali berada di bumi Malaysia kerana sambutan yang cukup hangat di kalangan pencinta muzik ketuhanan yang semakin moden.

Penerimaan khalayak terhadap kacak penampilannya, merdu mendayu vokalnya memuji Allah yang dibalut dalam irama pop komersial menjadikan Maher satu fenomena luar biasa di Malaysia.

Justeru tidak hairan apabila Maher mampu memikat hati peminatnya dengan konsert dua hari berturut-turut yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada hujung minggu lalu, sekali gus mengumpul lebih 12,000 peminatnya untuk ‘bersatu’ memuji Allah S.W.T dalam konsert tersebut.

Berpeluang membuat liputan pada hari pertama konsert Maher Zain Live In Concert berlangsung, kemunculan penyanyi kelahiran Lebanon itu sememangnya ditunggu-tunggu para penonton yang menanti seawal 6 petang bagi menyaksikan sendiri artis pujaan mereka dengan lebih dekat.

Bahkan, persembahan Maher dianggap mempunyai kelas tersendiri kerana turut diiringi barisan pemuzik orkestra antarabangsa yang menyajikan alunan muzik mengasyikkan.

Fenomena Maher Zain seakan tidak terpadam dalam memori peminat di negara ini malah aura Maher dibuktikan melalui kehadiran penonton daripada pelbagai peringkat umur walaupun harga tiket sekitar RM53 hingga RM297. more

Related Posts:

  • Maher Zain Live In Concert 2011news @mStar7000 Orang Banjiri Maher Zain Live In Concert 2011SHAH ALAM: Seramai 7000 orang membanjiri Stadium Malawati bagimenyaksikan persembahan penyanyi terkenal berasal dari Lubnan, Maher Zain, di sini, Jumaat.Konsert Mah… Read More
  • Malam Bersama Bintang Bersama FinasMalam Bersama Bintang Bersama FinasSukacita dimaklumkan bahawa Finas akan mengadakan yang bertemakan 'Rock Balada' pada 11 Februari 2011 pada jam 8.00 malam. Majlis itu akan diadakan di Dataran Karyawan FINAS.Majlis diserika… Read More
  • Air Mata Francissca Peter di Istana Budayanews @mStarAir Mata Francissca Peter di Istana BudayaKUALA LUMPUR: Linangan air mata kegembiraan mengiringi persembahan penutup penyanyi veteran Francissca Peter (Fran) pada sesi pratonton Konsert Keunggulan 33 Tahun Franciss… Read More
  • Mary J Blige Live In Kuala LumpurMary J Blige Live In Kuala Lumpur Don't miss Mary J. Blige on her only SE Asian city tour live in Kuala Lumpur! For more information on Mary J. Blige, please visit the artist website at www.mjblige.com American R&B sing… Read More
  • Super Junior the 3rd Asia TourSuper Junior the 3rd Asia Tour The Super Junior guys will be back for a repeat performance also at the Big Dome on Saturday, Feb. 26, on their third Asia tour.Say hello again to Donghae, Eunhyuk, Leeteuk, Ryewook, Kyuhyun, Sh… Read More

1 comments: