Wednesday, January 22, 2014

Photo: Ustaz Don Namakan Bayi Sulung Don Mustofa

Ketika ramai tertanya-tanya apakah jantina anak kepada pendakwah selebriti Ustaz Don, penceramah itu sebenarnya memperoleh bayi lelaki yang selamat dilahirkan pada Sabtu lalu di Kaherah, Mesir.

Ahli keluarga Ustaz Don memberitahu mStar Online, isteri personaliti tersebut iaitu Husna Mohd Zahry, 26, selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan normal yang diberi nama Don Mustofa.

Terdahulu Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 30, dalam Facebook miliknya memuat naik status memaklumkan Husna selamat bersalin pada pukul 4.25 petang Sabtu lalu (waktu Mesir).

Dalam status itu Ustaz Don tidak menyatakan jantina dan nama bayi berkenaan sebaliknya hanya memberitahu bayinya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram.

Beliau turut memaklumkan akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini.

Pasangan itu bernikah pada 23 Ogos 2012.

Source: Mstar

0 comments:

Post a Comment