Saturday, January 25, 2014

Gosip: Yana Samsudin buat pembedahan surgery?

SEJAK beberapa bulan lalu, anak emas Metrowealth International Group (MIG) ini dilihat mengalami perubahan ketara pada wajahnya sehingga ada yang mengatakan dia telah melakukan pembedahan plastik.

Turut dikatakan cuba melarikan diri daripada pihak media, pemilik nama Yana Samsudin ini bagaimanapun menafikannya dan menolak sebarang pembedahan plastik dilakukan pada dirinya.

Yana berkata, dia mengalami penurunan berat badan dan kemungkinan besar ia turut mempengaruhi wajah dan badannya.

Jelas pelakon Selamat Pagi Cinta ini lagi, kecederaan yang dialaminya semasa penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika, November lalu, turut menjadi faktor utama penurunan berat badannya.

"Kecederaan yang saya alami memang agak serius. Tapi tidaklah sampai masuk hospital. Saya terpaksa merahsiakan kecederaan itu kerana ia merupakan sebahagian daripada rahsia syarikat.


“Masa balik ke Malaysia, memang ada penurunan mendadak. Lepas balik kampung itulah timbulnya cerita ini. Ramai yang tengok saya kurus, semua orang cakap saya lain dalam Instagram, tapi bila lihat kembali, orang cakap saya macam biasa dan sama saja macam dulu,” katanya ketika ditemui pada majlis kesyukuran dan sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG bertempat di N’Dah Catering & Services, Shah Alam, malam kelmarin.
Mengakui telah menjalani rawatan memutih dan meratakan gigi, Yana berkata, ia turut  menyumbang perubahan pada wajahnya.

“Sebenarnya saya bukan obses sangat nak betulkan gigi, tapi dah alang-alang putihkan gigi, kenapa tidak saya betulkan terus,” katanya yang mengakui badannya turun dari 59 kilogram ke 53 kilogram selepas rawatan tersebut.

Sumber: Sinarharian

0 comments:

Post a Comment