Thursday, January 30, 2014

Celina Master Chef Buka Restoran


Pengacara dan peserta MasterChef Malaysia All Star, Celina Khor #CelinaMasterChefMY berhasrat membuka sebuah restoran walaupun gagal bergelar juara program tersebut yang berlangsung pada malam Selasa lalu.

Celina, 34, berkata, dia bercadang menghidangkan masakan Barat dan tempatan kepada pelanggan selain mengharapkan impiannya itu menjadi kenyataan pada tahun ini.


Celina ditemui selepas majlis tayangan perdana program MasterChef Malaysia All Star peringkat akhir yang diadakan di First Aveneu Bandar Utama di sini.

Dalam pertandingan itu, peserta termuda Arshad Zamir Mohd Azmi, 21, bergelar juara dan berjaya menumpaskan 20 peserta lain.


Dalam pada itu, Celina berkata, dia tidak kecewa apabila kalah kepada Zamir kerana pemuda itu sememangnya berbakat dalam masakan.

Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment