Thursday, March 3, 2011

Siti Nurhaliza - Album Inggeris Pertama

Siti Nurhaliza - Album Inggeris Pertama

ManggaOnline:


Disisi kerjaya, Siti Nurhaliza kini membawa khabar gembira bahawa dia bakal muncul dengan album terbaru tahun ini. Berbeza dengan album-album sebelum ini, Siti muncul dengan album inggeris pertama setelah beberapa tahun mengimpikannya.


"Sebenarnya plan untuk merakamkan album inggeris ini sudah lama, tapi ia tertangguh. Tapi kini selepas ulang tahun saya yang lalu, saya membuat keputusan untuk merakamkan album ini secara serius. "Setakat ini saya sudah merakamkan enam buah lagu, dan mungkin empat lagi akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

"Saya mendapat kerjasama daripada komposer Australia, Brian Bruno dan Christian Alexander. Sebenarnya album ini lebih kepada projek khas saya antara SNP dan Wassup Entertainment (milik adib, anak Datuk Khalid).

"Untuk permulaan, album ini akan di pasarkan di Malaysia terlebih dahulu, dan saya berharap ia juga boleh dipasarkan di pasaran antarabangsa.
"Tak dinafikan, memang agak sukar untuk merakamkan album ini, lebih-lebih lagi mereka mahu kita menyanyi dalam 'slang' mereka, tapi Alhamdulillah, setakat enam buah lagu yang dirakamkan, saya berjaya melaksanakannya,"jelas Siti. more

Source:

ManggaOnline

0 comments:

Post a Comment