Thursday, January 13, 2011

Kontroversi Gambar Seksi, Fasha Kunci Mulut

fasha sandha sexyNews @ MStar

SUBANG JAYA: Pelakon popular Fasha Sandha enggan memberi sebarang komen terhadap segala kontroversi termasuklah penyebaran gambarnya memakai bikini dalam Internet.

Jelas "Fasha", dia mahu mengambil pendekatan berdiam diri bagi mengelakkan kontroversi tersebut berpanjangan yang akan lebih memburukkan keadaan.

“Tiada komen terhadap semua perkara tersebut. Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi ini. Biarlah orang nak beri apa juga persepsi terhadap saya. Apa yang penting saya tidak mahu mengulas apa pun. Bagi saya lebih baik saya tidak cakap daripada memberi komen tetapi disalah ertikan maksudnya,” ujarnya yang ditemui pada majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular (ABP), di sini, Rabu.

Dalam pada itu juga, difahamkan ibu bapa kepada pelakon drama Chinta ini telah hadir ke pejabat sebuah akhbar tempatan petang Selasa lalu selepas gambarnya berbikini dikeluarkan akhbar tersebut.

“Saya tidak tahu kalau ibu bapa saya ke (akhbar) Kosmo+ kerana kontroversi ini dan saya tidak mahu komen apa-apa.

“Yang penting keluarga dan peminat saya memahami keadaan yang berlaku dan sentiasa berada di belakang saya dengan memberikan sokongan,” katanya. more news

Previous news

0 comments:

Post a Comment