Monday, October 20, 2014

AF2014: Adel tersingkir pada konsert #AF2014 ke7

Keputusan yang mengejutkan berlaku di Konsert ketujuh #AF2014 yang berlangsung sebentar tadi apabila nama Adel diumumkan sebagai pelajar kelima tersingkir selepas Wawa, Farez, Muna dan Ziha.

Mana tidaknya, Adel yang selama ini sering menunjukkan persembahan yang baik dan merupakan antrara pelajar yang dijangka akan ke peringkat akhir #AF2014.

Pelajar yang berasal dari Sabah ini terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi di peringkat akhir setelah mendapat undian terendah sebanyak 11.2%.

Dengan bertemakan ‘Remy & Sally’, Adel telah menyampaikan lagu berjudul ‘Jelingan Manja’ nyanyian asal Allahyarham Puan Sri Saloma.

Selain itu, buat pertama kalinya pelajar berbakat besar dans erring menunjukkan kehebatan di pentas #AF2014 iaitu Ewal telah menduduki tangga tiga terbawah dengan peratusan undian sebanyak 11.4% diikuti dengan Nina 11.5%.

Konsert minggu ketujuh #AF2014 dimeriahkan lagi dengan persembahan pembukaan oleh juara dan naib juara Kilauan Emas 4 iaitu Arip dan Zain.

Tidak lupa juga persembahan menarik dan istimewa gabungan suara merdu dari kumpulan’The Lomas’ yang dianggotai oleh bekas pelajar AF2013 iaitu Nabila, Amira, Aisyah dan Indah dengan lagu berjudul ‘Bila Larut Malam’.

Dalam pada itu, tiga orang juri yang bertanggungjawab untuk memberi komen kepada para pelajar minggu ketujuh ini ialah Dato’ Ramli MS dan Raja Azura selaku juri tetap manakala primadona Erra Fazira selaku juri jemputan.

Dengan penyingkiran Adel itu, kini tinggal tujuh lagi bintang #AF2014 yang akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara.

Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777.

#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).

Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Untuk maklumat lanjut seperti berita terkini, gambar dan video menarik #AF2014, sila layariwww.af.com.my  atau tekan butang merah 'R' di alat kawalan jauh anda.

Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment