Thursday, January 16, 2014

Rumah Justin Bieber digeledah polis

16 Jan – Masalah menimpa bintang pop Justin Bieber lagi apabila rumahnya di Calabasas, Los Angeles telah digeledah oleh pihak polis bagi mencari bukti untuk satu kes vandalisme.


Dipetik daripada laporan People, jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Steve Whitmore berkata, Bieber, 19, berada di rumahnya apabila pihak polis menyerahkan waran geledah pada pagi Selasa dan dia turut memberi kerjasama. 

Pelantun lagu "Boyfriend" itu disiasat kerana didakwa membaling telur ke rumah jiran pada malam Khamis lalu sehingga menyebabkan kerosakan. 

Whitmore memberitahu waran geledah itu adalah untuk kes feloni kerana kerosakan rumah jiran Bieber itu telah melebihi AS$400 (RM1,310). 

0 comments:

Post a Comment