Sunday, August 21, 2011

Album Super Junior laris

news @kosmo

Album Super Junior laris

KUMPULAN Super Junior sekali lagi membuktikan bahawa kumpulan pop dari Korea Selatan itu diterima peminat di seluruh dunia.

Terbaru, album baharu Super Junior yang dilancarkan baru-baru ini menunjukkan jualan yang hebat.

Menurut carta muzik Hanteo, album kelima yang berjudul Mr.Simple itu telah terjual sebanyak 100,000 unit dalam tempoh dua minggu.

Bukan sekadar itu, muzik video kumpulan yang memaparkan skil tarian dan nyanyian itu juga telah ditonton sebanyak 6.7 juta kali oleh peminat di laman sosial YouTube. Jom jenguk

Nampaknya kumpulan yang dianggotai oleh 13 orang anak muda itu saban hari mencetuskan fenomena tersendiri bukan sahaja kerana aksi lincah bahkan rekod baik yang dimiliki mereka.

0 comments:

Post a Comment