Monday, April 18, 2011

AF9: Operasi Gugur Untuk Sedarkan Pelajar Malas

news @Mstar

AF9: Operasi Gugur Untuk Sedarkan Pelajar Malas

Operasi gugur yang dilakukan oleh pihak Astro pada konsert kedua Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) Sabtu lalu disebabkan persembahan pelajar hambar.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, mereka terpaksa melakukan perkara tersebut di mana ada pelajar yang akan digugurkan jika persembahan mereka kurang bagus pada konsert ketiga Sabtu ini.

Empat orang baru tersebut adalah Hazama Ahmad Azmi (Hazama), 27, Firdaus Affandi (Fir), 22, Nur Sri Favzlyahoney Sakui (Honey), 22, dan Nur Syafinaz Jebat (Fina), 18.

“Apabila juri memberikan komen pelajar malas ketika membuat persembahan telah memberikan impak kepada tenaga pengajar. Jadi, kita perlu berikan kesedaran kepada mereka dan menunjukkan bahawa mereka tidak sentiasa selamat,” jelasnya.

Peratusan pelajar pada akhir konsert kedua pada Sabtu lalu adalah Lena (16 peratus), Erul (15%), Nera (14%), Raqib (11%), Aida (8%), Afif (7%), Azri (7%), Kay (6%), Amir (6%), Miza (6%) dan Eka (4%). more

0 comments:

Post a Comment