Monday, December 13, 2010

News: Dayang Nurfaizah New Album

Setelah hampir dua tahun menanti, penyanyi dengan jolokan "Beyonce Malaysia, Dayang Nurfaizah akhirnya muncul dengan album terbarunya berjudul, 'Sayang & Cahaya'. Album yang memuatkan 12 lagu ini merupakan terbitan syarikat Dayang sendiri iaitu DN&AD Entertainment Sdn Bhd.

“Album ini merupakan usaha Dayang di bawah labelnya sendiri. Judul ‘Sayang & Cahaya’ ini diambil dari single Dayang sendiri iaitu ‘Sayang’ dan ‘Ku Temu Cahaya’. Bila digabungkan, Dayang rasa sesuai sangat,” kata Dayang ketika ditemui di majlis pra-dengar album terbarunya di Menara Mustapha Kamal, PJ Trade Centre, petang semalam.
“Album ini lebih menggambarkan jiwa Dayang. Dayang suka menyanyi lagu-lagu yang positif, mengenai cinta. Walaupun tidak pernah merasainya, Dayang suka sangat dengan cinta. Sejujurnya, Dayang memang kuat berangan pasal cinta, ia lebih baik dari berfikir pasal putus cinta. InsyaAllah, album ini dapat memberi cinta kepada semua.”

Album terbaru itu memuatkan 12 buah lagu yang majoritinya berunsurkan percintaan

Antaranya, Mulanya Di Sini, Sayang, Rahsia cinta, Sabarlah, Kau Bintangku, Stay, Sempurna Selamanya, Hingga Ke Akhirnya, Saat Itu, Life With You, Perlukan Cinta dan Ku Temu Cahaya yang menjadi lagu tema Yayasan Aid Malaysia. more news

Source:
Gua.com.my
Dayang Blogspot
Dayang Facebook

0 comments:

Post a Comment