Monday, December 13, 2010

News: Pungutan pecah panggung Hantu Kak Limah!

Berita Harian Online | Pungutan pecah panggung Hantu Kak Limah!
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
2010/12/13


FILEM Hantu Kak Limah Balik Rumah, berjaya memungut RM1 juta selepas dua hari tayangan. Gambar kecil, Mamat Khaid. FILEM Hantu Kak Limah Balik Rumah, berjaya memungut RM1 juta selepas dua hari tayangan. Gambar kecil, Mamat Khaid.

PANGGILAN telefon dari HIP dijawab dengan gelak ketawa oleh Mamat Khalid, tengah hari semalam. Cukup difahami kerana pengarah kreatif itu tentu sekali gembira dengan sambutan diberikan peminat terhadap filem terbarunya, Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mula menemui penonton 9 Disember lalu.
Selepas dua hari tayangan, filem yang berkonsepkan komedi seram itu berjaya memungut lebih RM1 juta, menjadikannya filem arahannya yang terbaik dari segi pungutan buat beberapa hari pertama tayangannya.

Zombi Kampung Pisang yang ditayangkan pada April 2007 ialah filem terbaiknya sebelum ini, apabila memungut kira-kira RM2.8 juta.
Mamat sendiri berasakan, pungutan Hantu Kak Limah Balik Rumah akan terus meningkat, berdasarkan tinjauan yang dilakukan, seterusnya mengatasi pencapaian dilakukan Zombi Kampung Pisang tiga tahun lalu. Apatah lagi ketika ini ramai peminat yang masih bercuti. more news


Comments:
9009 dah tgk hari ni filem ni, okla jugak kalau nak compare Ngangkung, tergelak jugak la tgk filem ni. Ok untuk yang menonton dengan keluarga dan bawak anak2 anda menonton. Ok sajak, bagi 9009, rating bagi 1.5 star/5star


Trailer
facebook

0 comments:

Post a Comment