Misha Berlakon Bukan Kerana Kerjaya Nyanyian Merudum

Sebaliknya, Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, berkata keputusan untuk mengembangkan bakat ke bidang lakonan adalah bertitik-tolak daripada keinginannya sendiri yang mahu mengimbangi kedua-dua cabang seni itu.
“Sebenarnya, saya mahu mencipta profil sebagai anak seni yang berkebolehan dalam bidang nyanyian dan lakonan. Memandangkan peluang itu sudah terbuka, mengapa tidak saya mencuba?
“Namun, itu tidak bermakna karier nyanyian saya berdepan kejatuhan atau merudum. Selepas lapan tahun menceburi bidang ini, karier nyanyian saya sudah berada pada tahapnya sendiri. Saya selesa dengan kedudukan itu,” katanya yang ditemui baru-baru ini. more
0 comments:
Post a Comment