Showing posts with label Teater. Show all posts
Showing posts with label Teater. Show all posts

Thursday, May 1, 2014

Tidak Semua Pengarah Boleh Yakinkan Nasha Aziz

Nasha Aziz
Pelakon Nasha Aziz mengakui semangatnya untuk menjalani latihan pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah terjejas selepas pengarah teater tersebut Rosminah Tahir jatuh sakit.

Nasha, 44, berkata, dia menjadi kurang yakin apabila tanggungjawab pengarah itu diambil alih oleh orang lain sepanjang ketiadaan wanita itu hampir seminggu.

"Saya sedih bila dia sakit dan tidak datang ketika sesi latihan. Saya sanggup ambil dia dan hantar dia pulang jika dia tidak larat untuk datang latihan.

"Saya hanya percaya dia sahaja yang mampu mengarah teater ini dengan baik dan disebabkan dialah antara sebab utama saya terima untuk terlibat dalam teater ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Teater Di Bawah Lindungan Kaabah, di Istana Budaya, di sini pada Isnin.

Rosminah Tahir mendapat rawatan di Pusat Perubatan Ampang Puteri pada 20 April lalu dan dipercayai menghidap angin ahmar. Bagaimanapun keadaannya kembali stabil dan dibenarkan keluar pada 22 April lalu.

Sementara ketiadaan Rosminah, urusan pementasan dan sesi latihan diambil alih sepenuhnya oleh penerbit teater, Rohaya Attan.

Dalam pada itu, Nasha berkata, ini merupakan kali kedua dia bekerja dengan produksi CTRA Production selepas Lantai T. Pinky.Tambahnya, dia turut menerima tawaran ini kerana ia sebuah karya yang diadaptasi daripada novel hebat ulama terkenal Indonesia iaitu Profesor Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka.

"Saya akan membawa watak Zainab, cerita ini sangat berat dan saya akui ini adalah cinta saya tahun 2014.

"Watak terlalu sarat dengan memainkan perasaan dan bila kaji semula cerita ini ia sangat menyayat hati," katanya.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam pementasan itu ialah Adi Putra, Dafi, Elfira Loy dan Liza Abdullah.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan.

Tiket dijual serendah RM30 hingga RM200. Ia boleh dibeli dengan melayari www.AirAsiaRedTix.com.

Sumber: Mstar

Wednesday, November 30, 2011

Aladdin The Musical memukau

news @Hmetro Aladdin The Musical memukau

LEBIH 1,000 penonton tersenyum puas dan menyatakan berbaloi membawa keluarga menyaksikannya. Ada antaranya pula kagum bercerita mengenai imej 3D diketengahkan buat julung kali dalam sejarah teater moden antarabangsa dan dibuat di Malaysia!

Itu serba sedikit gambaran dapat disaksikan pada Malam Gala Aladdin The Musical julung kali dipersembahkan di Amphitheatre di Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Jumaat lalu. Teater terbabit mengadakan persembahan sehari sekali bermula dari Ahad hingga Jumaat kecuali Selasa bermula jam 7.45 malam dan dua kali pada Sabtu jam 7.15 dan 9.15 malam. Persembahan tambahan diadakan pada 25 Disember dan 1 Januari pada 7.15 dan 9.15 malam. Tiket menyaksikannya berharga RM300, RM250, RM200 dan RM100 bagi dewasa sementara RM50 bagi kanak-kanak berusia hingga 12 tahun. more

Thursday, April 7, 2011

Lat Kampung Boy Pecah Rekod 30,000 Penonton

news @mStar

Lat Kampung Boy Pecah Rekod 30,000 Penonton

KUALA LUMPUR: Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal inspirasi kisah Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 16 Mac hingga 5 April lalu berjaya memecahkan rekod penonton teramai iaitu berjumlah lebih 30 ribu.

Menurut Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, angka tersebut sekali gus mengatasi rekod yang dipegang oleh Puteri Gunung Ledang.

"LKBSM telah memecahkan rekod penonton teramai iaitu lebih 30 ribu penonton yang datang sepanjang 21 persembahan yang dilakukan.

"Sebelum ini ia dipegang oleh teater Puteri gunung Ledang iaitu sebanyak 24 ribu penonton dalam 18 persembahan yang dibuat. more