Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini


Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.

Menurut Yus, dia memilih tarikh pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan memerlukan masa untuk membuat persiapan.

“Persiapan itu dah buat dah sedikit demi sedikit, memandangkan kami sibuk dengan kerja jadi saya rasa hujung tahun adalah yang paling sesuai.

“Dia merupakan model sambilan dan  juga bekerja sebagai setiausaha ahli korporat. Kalau ikutkan hati memang saya nak beritahu siapa bakal isteri saya.

“Namun demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu,” katanya ketika ditemui di program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha pada Sabtu.

Mengulas mengenai perkenalan mereka Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo, 38, memberitahu mereka berkenalan melalui Facebook dan sewaktu pertama kali bertemu wanita itu telah berjaya menambat hatinya.

“Saya kenal dia pun menerusi Facebook… Waktu tu dia masih belum kenal saya dan tidak tahu saya ini siapa.

“Selepas seminggu berkenalan barulah dia dapat tahu saya ni seorang artis.

“Alhamdulillah, sekarang tempoh perkenalan kami dah masuk setahun lebih, apa yang saya suka mengenai dia adalah dia faham kerjaya dan kesibukan saya.

“Selain itu dia pandai buat sambal belacan dan itu merupakan makanan kegemaran saya,” ujarnya ketawa.

Tambah Yus lagi, dia sememangnya berasa teruja untuk berkahwin namun menyerahkan segalanya kepada takdir.

“Teruja tu memang teruja, tapi saya buat relax saja sebab benda ini berkaitan dengan jodoh… Kita ikut alur yang ditentukan, dan semuanya ditangan tuhan.

“Memandangkan saya pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak mahu bertunang sebaliknya terus berkahwin.

“Bergaduh itu biasa, lagi-lagi dekat nak kahwin ni tapi bukanlah bergaduh besar… Saya rasa dia adalah pilihan yang tepat untuk saya,” ulasnya.

Bercerita mengenai majlis perkahwinan, Yus berkata dia telah merancang untuk membuat majlis bertemakan ala kampung semasa resepsi untuk pihak lelaki.

“Mengenai majlis kahwin pula, saya nak buat biasa-biasa saja ikut apa yang kita mampu… Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.

“Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka…Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok.

“Panggil orang-orang kampung datang masak dan kawan-kawan sama-sama bergotong-royong, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.

“Manakala bagi resepsi pihak perempuan, masih lagi dalam perancangan dan saya serahkan pada dia untuk buat keputusan,” katanya mengakhiri perbualan. -- Astro Gempak

Sumber: Astro Awani

Saturday, April 19, 2014

Rumahtangga Adam AF2 dikatakan goyah ?


Penyanyi dan pelakon Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman enggan mengulas panjang tentang dakwaan mengenai keretakan rumahtangganya.

Malah dia memohon supaya diberikan sedikit masa sebelum dia mengumumkan kedudukan statusnya dengan isterinya yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza.

“Saya tidak mahu komen panjang tentang perkara ini, doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga kami.

“Apa-apa cerita tentang rumah tangga kami InshaAllah saya akan beritahu kelak,” katanya seperti yang dipetik mStar Online.

Mengulas mengenai gosip tersebut, Adam mengakui sebagai selebriti segala berita baik dan buruk akan dapat dihidu oleh pihak media dan masyarakat.

“Apa yang saya boleh cakap kami baik-baik sahaja dan tidak bergaduh, kami cuma sibuk dengan kerja masing-masing. Saya anggap ia sebagai satu ujian,” ujarnya.

Selain itu, Adam juga turut menafikan dakwaan melarikan diri daripada pihak media bagi mengelak ditanya mengenai isu rumahtangganya dalam sebuah majlis baru-baru ini.

“Saya balik awal pada majlis berkenaan minggu lalu sebab ada hal peribadi, manakala saya terpaksa membatalkan sebuah sesi fotografi kerana mahu pulang ke Sabah berikutan ada perkara peribadi yang perlu diuruskan,” jelasnya.

Pasangan Adam dan Fiza telah mendirikan rumahtangga pada 26 September 2013.

Sumber: Astro Awani

Hans Isaac Buat Keputusan Kahwin Hujung Tahun

Pelakon Hans Isaac telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dan bakal mengumumkan berita baik itu hujang tahun ini. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 48,  mengakui dia kini sedang menjalani kehidupan bahagia dan sudah bersedia untuk mempunyai isteri.

Saya tidak mahu dedahkan kehidupan peribadi saya kepada umum terutama sekali berkenaan cinta atau kekasih, tetapi saya akui kini sedang menjalani kehidupan yang bahagia.

"Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa.

Tambah Hans, buat masa ini dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan peribadi berbanding kerjaya.

Dia juga mahu menjalani kehidupan peribadi yang lebih normal dan seimbang berbanding dahulu.

“Tiada lagi istilah kerja kuat, saya hanya kerja selama tiga jam sehari sahaja dan selebihnya saya lakukan aktiviti yang tidak dapat saya lakukan dahulu.

“Saya tidak mahu fikir fasal jualan filem, promosi atau cari publisiti untuk mengejar populariti, zaman itu semua sudah berlalu,” katanya.

Sementara itu, bercerita soal kerjaya, Hans memberitahu tetap dengan pendiriannya untuk tidak menghasilkan serta mengarah filem Melayu.

Bagaimanapun, dia akui ingin mencuba beralih arah untuk menerbitkan filem berbahasa Inggeris serta bercadang menembusi pasaran Singapura.

"Filem ini menggunakan bahasa Inggeris seratus peratus. Ia bukan untuk industri Malaysia, sebaliknya lebih fokus untuk industri antarabangsa.

“Kini saya masih dalam proses untuk mencari pelakon yang fasih berbahasa Inggeris tetapi dengan cara Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hans berkata, dia bakal  mementaskan Teater Muzikal Supermokh pada 8 hingga 21 September depan di Istana Budaya

Sumber: Mstar

Thursday, March 13, 2014

VINCE AF CHONG KAHWINI PRAMUGARI MAS

Vince Chong yang juga juara Akademi Fantasia Musim pertama ini sudah pun berkahwin dengan seorang pramugari MAS kelahiran Sabah bernama Fiona pada Sabtu lalu bersamaan dengan 8 Mac 2014.


Majlis perkahwinan yang berlangsung pada hari yang sama dengan kehilangan pesawat #MH370 itu telah dilakukan di sebuah rumah berbentuk kabin Janda Baik, Pahang.

Khabarnya, majlsi kahwin tersebut telah dilakukan secara kecil-kecilan sahaja yang mana ia turut diraikan kira-kira 130 orang yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Sumber: Murai

Tuesday, January 14, 2014

Sekitar Perkahwinan LINDA ONN DAN UNGKU AZHAR

Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36 telah bergelar isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan. Tahniah diucapkan kepada penyampai radio Linda Onn, yang kini sudah sah bergelar isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan. Majlis perkahwinan telah berlangsung sekitar jam 5.45 petang jumaat dan bertempat di Masjid Bukit Indah Ampang. Pasangan ini pada mulanya telah berkenalan sejak bulan Ogos 2013 lalu dan kini telah mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2013.

Berikut serba sedikit photo hari bahagia tersebut:




Tuesday, May 3, 2011

Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia Nikah


Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia Nikah

PELAKON Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April lalu. Majlis akad nikah telah diadakan di Restoran Felda Villa, di Kuala Lumpur dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional. more

Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia Nikah
Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia Nikahmore photos

source
budiey.com


Friday, April 22, 2011

Zed Zaidi Kahwin Pada 29 April 2011

Zed Zaidi Kahwin Pada 29 April 2011

Zed Zaidi yang akan bernikah dengan Natalia Mustafa Kamal, 28 pada 29 April ni. Zed kenal Natalia pada 2008 yang lalu. Kisahnya bermula apabila Zed memohon doa di Makkah setahun yang lalu

Kad jemputan pun unik dan menarik, bertemakan laman web sosial Facebook, kata orang, Zed jumpa Natalia di Facebook (cinta Facebook). gambar ManggaOnline