Showing posts with label Aznil Nawawi. Show all posts
Showing posts with label Aznil Nawawi. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Aznil Nawawi Ikon 'Saya Cinta Malaysia' LHDN

Aznil dilantik sebagai ikon 'Saya Cinta Malaysia' iaitu kempen yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

PUTRAJAYA: Pengacara Datuk Aznil Nawawi pada Isnin dilantik sebagai ikon 'Saya Cinta Malaysia' dalam kempen terbaharu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bagi menyebarkan kesedaran tentang pembayaran cukai. Aznil, 53, berkata, kempen tersebut akan menggunakan cara mudah difahami iaitu melalui konsep perkongsian dan kasih sayang dalam memberikan pemahaman kepentingan cukai dalam pembangunan negara.
"Peranan saya adalah untuk menyemarakkan rasa cinta terhadap negara dan pada masa sama menyedarkan masyarakat tentang kewajipan membayar cukai.
"Tetapi kaedah yang digunakan bukan secara terus tetapi memilih cinta terhadap negara sebagai tema utama bagi memastikan masyarakat dapat benar-benar memahami konsep sebenar cukai itu," katanya kepada mStar Online.
Aznil berkata demikian pada majlis Sambutan Hari Hasil 19 yang diadakan di Dewan Bangsawan, Menara Hasil di sini.
Turut hadir pada acara berkenaan adalah Timbalan Menteri kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pegawai Ekskutif LHDN, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.
Dalam pada itu, Aznil berkata, beliau akan melakukan siri jelajah bersama LHDN terutamanya diperingkat sekolah dan universiti bagi memberikan pendedahan sebenar kepada generasi baharu tentang cukai dalam cara paling ringkas dan mudah difahami.


Aznil bersama Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan (kanan) dan Ketua Pegawai Ekskutif LHDN, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar.
"Selama setahun kontrak sebagai ikon saya akan bergiat melakukan siri jelajah untuk mendekati masyarakat terutamanya golongan muda dan cuba untuk menyemai rasa cinta mereka terhadap negara dan secara tidak langsung memberikan maklumat mengenai cukai," ujarnya.
Sementara itu, Aznil berkata, beliau turut menyasarkan untuk menghebahkan maklumat mengenai cukai kepada golongan artis memandangkan ada segelintir daripada mereka enggan atau takut untk melunaskan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.
Kata Aznil, beliau berharap dapat menganjurkan sebuah perjumpaan dengan pihak LHDN pada masa hadapan bagi memberi peluang kepada golongan selebriti dalam mendapatkan penerangan tentang perkara itu.
"Golongan artis tidak seharusnya takut untuk membayar cukai kerana ia sebenarnya adalah sebahagian daripada cara untuk kita menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada negara.
"Saya mahu menjadi 'jambatan' di antara golongan selebriti dan LHDN dalam memastikan mereka mendapat maklumat yang betul selain khidmat nasihat berhubung pembayaran cukai mereka," katanya.

Sumber: Mstar

Saturday, January 31, 2015

Penggembaraan Aznil Bersama Bintang Hollywood


 

Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi hanya bergantung kepada telefon pintarnya untuk merakamkan pengembaraannya bertemu dengan selebriti terkenal seperti Kim Kardashian, Guliana Rancic, Ryan Seacrest ketika berkunjung ke Los Angeles, Amerika Syarikat pada awal Januari lalu.

Aznil berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana pemergiaannya atas jemputan NBC Universal itu tidak ditemani oleh rakan media lain dari Malaysia.

"Saya ditugaskan ke sana berseorangan dan saya mendapat ilham untuk merakamkan pengembaraan hanya menggunakan telefon bimbit.

"Saya mahu kongsikan pengalaman bertemu nama-nama besar itu dengan penonton di negara ini dan sudah membayangkan ia bakal menjadi satu program santai dan berlainan," katanya kepada mStar Online.


Aznil turut diberi peluang untuk menjadi hos di set E! News.
Sebuah program khas dengan dua episod yang berjudul Selfie Paknil di LA bakal ditayangkan Ahad ini, pada pukul 8.30 malam di Astro Ria dan Maya HD.

Program berkenaan diterbitkan oleh Syazwan Zakariah.

Dalam pada itu, Aznil mengakui berasa bangga apabila hos saluran E! iaitu Giuliana Rancic memberitahu dia obses dengan Malaysia.

Giuliana berkata demikian kerana dia teruja apabila sering mendapat Tweet daripada peminat-peminat di negara ini biarpun belum pernah berkunjung kemari.


Aznil bersama penyanyi Christina Milian.
"Giuliana cukup teruja apabila bercakap mengenai Malaysia kerana dia memberitahu sering mendapat komen daripada peminat dari negara ini.

"Dia belum pernah ke sini tetapi merancang untuk datang ke negara ini suatu hari nanti," katanya.

Sementara itu, Aznil turut memberitahu teruja dapat menembual dua bintang terkenal iaitu Kim Kardashian yang pada mulanya menyangka isteri kepada Kanye West itu sukar didekati.

"Selain Guliana saya diberi peluang untuk menemuramah secara eksklusif dengan Christina Milian dan Kim Kardashian.
Aznil bersama Guliana Rancic.

"Saya tidak sangka Kim seorang yang mudah tersenyum. Selama ini saya ingat dia seorang yang sombong berdasarkan gambar-gambarnya di majalah dan Instagram," ujarnya.

Selain itu, Aznil turut berkesempatan berinteraksi dengan hos dari program Fashion Police seperti Kelly Osbourne, Brad Goreski dan Ryan Seacrest.

Katanya, Guliana memperkenalkannya kepada tetamu lain sebagai 'Ryan Seacrest Malaysia' dan diberi peluang menjadi hos di set program E! News.

Kunjungan pengacara program Apa Kata Malaysia itu atas jemputan NBC Universal untuk sidang media bagi memperkenalkan musim terbaharu program seperti Live From the Red Carpet, Keeping Up With the Kardashian, Fashion Police dan Christina Milian Turned Up.

Sumber: Mstar

Sunday, April 3, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010)

Bintang Paling Popular: Shaheizy Sam
Penyanyi Wanita Popular: Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam
Artis Baru Wanita Popular: Ana Raffali
Pelakon Filem Wanita Popular: Lisa Surihani
Anugerah Artis Mobile Popular: 6ixth Sense
Penyanyi Lelaki Popular: Faizal Tahir
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato' Rosnani Jamil
Artis Komedi Lelaki Popular: Zizan
Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Artis Baru Lelaki Popular: Shahir
Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Hj Nawawi
Artis Nasyid Popular: Rabbani
Artis Komedi Wanita Popular: Noorkhiriah
Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
Pelakon TV wanita popular: Fasha Sandha
Artis berkumpulan/duo popular: 6ixth Sense


Previous

Tuesday, March 22, 2011

Adlin Aman Ramli kritik Aznil?

Gossip : Adlin Aman Ramli kritik Aznil?

Khas AF9: Adlin Aman Ramli kritik Pak Nil? Jom tengok! Video lain ada kat sini


Lepas tengok sila berikan komen anda yeah !

Sunday, January 16, 2011

Aznil Maafkan Zizan

News @Mstar

PETALING JAYA: Pengacara terkenal
Aznil Nawawi memaafkan pelawak Zizan (Raja Lawak) kerana keterlanjurannya mempersendakan nama arwah bapa pengacara tersebut.

Zizan berlawak dengan menyebut nama arwah bapa Aznil iaitu Nawawi sebagai 'Nawawa' semasa mengacarakan program Raja Lawak musim kelima, Jumaat.

Program itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dari Studio FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Ampang pada pukul 9 malam.

Menurut Aznil, dia menganggap kesilapan yang dilakukan oleh Zizan adalah suatu perkara yang tidak disengajakan.

“Saya maafkan Zizan dan perkara ini sudah selesai antara kami.

“Saya pun pernah buat silap dan orang maafkan. Sekarang giliran dia pula yang melakukan kesilapan, jadi saya maafkan dia. Begitulah putaran dunia,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.
more news