Showing posts with label Anugerah MeleTOP Era 2015. Show all posts
Showing posts with label Anugerah MeleTOP Era 2015. Show all posts

Monday, February 23, 2015

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)

BUKIT JALIL: Pelawak dan penyampai radio Johan menggondol tiga trofi termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki) pada Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, turut memenangi menerusi kategori iaitu Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP.

Dengan kemenangan itu, Johan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro.


Johan dan Ayda bersama trofi kemenangan masing-masing.
Manakala aktres Ayda Jebat dipilih penerima trofi Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baharu MeleTOP.

Ayda berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza membuktikan beliau masih mempunyai pengikut yang kuat apabila menerima dua trofi AME 2015 iaitu dalam kategori Bintang Online MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP.

Zul Ariffin merangkul trofi menerusi kategori Pelakon TV MeleTOP.
Manakala Akim & The Majistret membawa pulang dua trofi menerusi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Mewangi).

Bagi setiap kategori setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, Datuk AC Mizal menerima trofi menerusi kategori Hos TV MeleTOP manakala Zul Ariffin dipilih sebagai pemenang Pelakon TV MeleTOP.

Akim & The Majistret membawa pulang dua trofi.
Pelakon Nelydia Senrose mencipta kejutan apabila diumumkan pemenang kategori Bintang Filem MeleTOP manakala filem Abang Long Fadil diumumkan sebagai Filem MeleTOP.

AME 2015 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan kumpulan Jozan (Zizan Razak dan Johan).
Nelydia Senrose
Acara pada malam tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada Wings, Joe Flizzow, SonaOne, Nico, Repvblik, Hazama, Dayuk Ramli Sarip dan Datuk Siti Nurhaliza.

Ia turut disiarkan di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD.

Berikut adalah senarai penuh AME 2015:

1. Top Top MeleTOP Lelaki - Johan
2. Top Top MeleTOP Wanita - Ayda Jebat
3. Anugerah Fesyen MeleTOP - Nur Fazura
4. Artis Baharu MeleTOP - Ayda Jebat
5. Bintang Online MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza
6. Anugerah Couple MeleTOP - Scha Al Yahya & Awal Ashaari
7. Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era
8. Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majestrit
9. Penyanyi MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza
10. Lagu MeleTOP - Mewangi (Akim & The Majestrit)
11. Program TV MeleTOP - Maharaja Lawak 2014
12. Drama TV MeleTOP - Bukan Kerana Aku Tak Cinta
13. Host TV MeleTOP - Datuk AC Mizal
14. Artis Lawak MeleTOP - Johan
15. Pelakon TV MeleTOP - Zul Ariffin
16. Bintang Filem MeleTOP - Nelydia Senrose
17. Filem MeleTOP - Abang Long Fadil
18. Penyampai Radio MeleTOP - Johan

Sumber: Mstar

Tuesday, February 17, 2015

Jozan Bergabung Riuhkan Anugerah MeleTOP Era 2015

Tinggal lima hari sahaja lagi malam Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) bakal bersiaran.

Jika anda semua teruja menantikan 22 Februari ini, begitu juga dengan pengacara AME 2015 iaitu Zizan Razak.

Pelawak dan pelakon popular itu baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping foto dia bersama Johan di akaun Instagram (IG) peribadinya.

Pada mulanya foto-foto tersebut mengundang tanggapan negatif sesetengah pihak apabila ada yang mendakwa Zizan sengaja membanding-bandingkan gandingannya bersama Johan dalam kumpulan Jozan dan Virus.

Memandangkan ketika foto tersebut dimuat naik, Virus baru sahaja disingkirkan daripada Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).

Tapi sebenarnya ramai yang terlepas pandang atau tidak mengetahui yang Zizan dan Johan atau Jozan akan memeriahkan lagi pentas AME 2015 pada minggu hadapan!

Astro Gempak lihat, para peminat Jozan sudah tidak sabar-sabar untuk melihat pasangan ini beraksi kerana mereka sudah lama tidak bersama sejak tamat Maharaja Lawak Mega 2012 yang lalu.

Percaya atau tidak Zizan teruja hendak beraksi bersama Jozan, lihat sahaja pada foto-foto yang dimuat naik tersebut.

Bagaimanapun, jika anda ingin melihat keriuhan pentas AME 2015 dengan gelagat JOZAN dan tiga lagi pengacara hebat iaitu Nabil, Datuk AC Mizal dan Neelofa tonton secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) serta siaran serentak di Astro Hitz (705) dan Maya HD (135) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go.

AME 2015 dibawa secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil dengan tema ‘Yang Hit Yang Legend’.

Sumber: AstroGempak