Showing posts with label zianafolks. Show all posts
Showing posts with label zianafolks. Show all posts

Sunday, January 25, 2015

Ziana Zain sudah tak sabar

Cukup dikenali dengan lagu popular seperti Madah Berhelah, Anggapanmu, Puncak Kasih dan banyak lagi, penangan vokal lantang Ziana Zain tidak boleh dipertikaikan.

Ditambah kening melentik ketika lontaran vokal tinggi dilaungkannya, hingga kini masih tiada penyanyi setanding Ziana, 46.

Pun begitu, bagi peminat Ziana yang setia memberi sokongan kepadanya tanpa jemu sudah pasti merindui single baru daripada penyanyi jelita dan ternama tanah air ini.

Berbicara mengenai single baru itu, Ziana atau Siti Roziana Zin berkata, dia teruja akan muncul dengan dua single baru tidak lama lagi.

Ziana berkata, selepas sekian lama bersabar, kini masanya akan tiba.

"Bukan saja peminat, sebagai penyanyi saya juga sebenarnya menaruh perasaan rindu untuk masuk ke studio merakamkan lagu baru.

"Justeru, jika tiada aral dan berjalan mengikut apa yang dirancang saya akan muncul dengan dua single terbaru pada tahun ini.

"Ditambah, saya juga masih setia memilih genre muzik pop. Kali ini saya memilih menggunakan khidmat komposer tempatan dan Indonesia," katanya.

Menurut penyanyi yang dilahirkan di Melaka ini, dia dijangka merakamkan lagu barunya sekitar Februari ini.

Apapun, kata ibu empat cahaya mata itu, dia mengharapkan kemunculan dua single itu akan mendapat sambutan baik dan diterima peminat.

Berbicara mengenai karier lakonannya, Ziana berkata, dia juga menyimpan impian untuk kembali berlakon.



Bagaimanapun, mengambil kira status dan dirinya yang kini sudah berhijab semestinya tawaran diberikan itu perlu sesuai dan kena pada masanya.

Ziana yang bakat lakonannya diketengahkan oleh penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam itu sedia mempertimbangkan tawaran diterima.

Memaklumkan sudah lama dia tidak beraksi depan kamera, Ziana berkata, dia menginginkan tawaran watak berbeza dan lebih mencabar.

Berharap dia ada peluang menjayakan konsert sendiri, kakak kepada penyanyi Anuar Zain ini memaklumkan dia mengharapkan 2015 akan membawa sinar lebih menyerlah dalam karier seninya.


Sumber: Hmetro

Thursday, December 18, 2014

Ziana Zain - Cover Girl Wanita Edisi Jan 2015 (Photo)

Assalamualaikum semua!!! It's Ziana Zain!! Yep, akak Ziana Zain kita menjadi pilihan untuk penghias muka depan WANITA isu Januari 2015. New ideas, new look and new year!! Ikuti apakah kisah azam Ziana untuk tahun baru ini. Di sebalik wajah cerianya, Ziana tidak lokek bercerita perubahan pasca berhijab.



Jangan lupa dapatkan Majalah Wanita Edisi Jan 2015 bagi koleksi anda !



 









Source: FB_Wanita

Wednesday, July 16, 2014

Ziana Zain: Berkat Ramadhan Kini Berhijab


Kenapa Ramadan sentiasa dinanti, kerana Allah SWT menjanjikan bulan ini sebagai bulan untuk umatnya melipat ganda akan amalan dan beribadah untuk ganjaran pahala yang juga tidak terhingga banyaknya.

Tetapi buat  penyanyi tersohor, Ziana Zain Ramadan kali ini antara yang paling bererti bila dia menerima kurniaan yang amat bernilai daripada Allah SWT. Pada hari turunnya Al Quran ke dunia, Ziana pula terima sebuah hadiah istimewa serta ia menandakan kejayaan buat semua yang mendoakan kesejahteraan penyanyi pujaan ramai ini.

Beberapa kali cerita mengenai Ziana Zain mula mengubah penampilannya terbit ditajuk utama media massa seluruh negara baru-baru ini. Namun tuan empunya badan belum lagi mengesahkan sendiri hinggalah pada hari ini 15 Julai bersamaan 17 Ramadan iaitu hari Nuzul al-Quran, diva pujaan ramai itu mengakui penampilannya di rakaman MeleTOP Raya merupakan imej baru buat Ziana Zain.

Dihubungi sebentar tadi menerusi panggilan telefon, Ziana atau nama penuhnya Siti Roziana Zain, tenang bercerita mengenai hijrahnya pada Ramadan ini adalah sebuah hadiah kemenangan dan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya. Bagi dirinya, ia adalah berkat dan doa dari insan yang menyayanginya selama ini  telah dimakbulkan Allah SWT.

“Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa  daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

“Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.

“Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah,”tutur Ziana yang tidak lekang memanjatkan syukur kerana diberikan peluang yang begitu berharga di bulan mulia ini.


Ditanya tentang karier seninya, Ziana masih aktif seperti biasa cuma penampilannya kini akan cuba dijaga sebaiknya. Tambahan pula sokongan daripada keluarga terutama anak-anak akan mempermudahkan hari-hari yang bakal dilaluinya nanti berserta sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminatnya.

Penampilan istimewa penyanyi lagu Korban  Cinta ini adalah bersempena dengan rakaman khas MeleTOP Raya untuk siaran Aidilfitri ini di Astro. Memilih ilham rekaan pereka yang sinonim dengan nama penyanyi ini, Rizman Ruzaini telah menyiapkan persalinan indah lengkap berhijab khas untuk imej terbaru Ziana Zain itu.

Sumber: Murai

Friday, July 4, 2014

I Am Ziana Zain - Konsert Mega Ziana Zain DiBatalkan


Untuk makluman semua, dengan dukacitanya Konsert I Am Ziana Zain akan dibatalkan pada tahun ini.. Kepada sesiapa yang beli ticket, dapatkan refund dengan menghubungi Faizal di 017-6109269.

Berikut kandungan penting surat tersebut yang bertarikh 3June2014 dari pihak penganjur: Syarikat Gold Earth Pictures/Ticketpro

"Syarikat Gold Earth Pictures yang bertindak selaku penganjur konsert terpaksa membatalkan konsert gara-gara masalh dalaman yang serious berkaitan dengan kos perbelanjaan keseluruhan konsert yang tidak teratur dan lengkap. Berikutan dengan situasi ini, beberapa individu yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak penganjur untuk mengurusjan dan menyelaraskan konsert telah ditamatkan perkhidmatan.

Jesteru itu, bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih rumit, penganjur telah membuat pertemuan dengan Ziana Zain untuk memberitahu situasi sebenar dan mendapat kata sepakat untuk membubarkan perancangan mengadakan konsert tersebut pada tahun ini.





Baca artikel sebelum : klik

Sumber: ZianaFolks FB

Thursday, June 5, 2014

Aura Diva Ziana Zain Terserlah di Kilauan Emas 4 Final

Aura Diva Ziana Zain Terserlah di Kilauan Emas 4 Final

Ziana Zain kita telah menyampaikan secara live lagu Penawar Semalu dan Puncak Kasih di konsert Kilauan Emas 4 semalam. Macam komen yang dapat dilihat di media sosial terutamanya di facebook.

Walaupun usianya di mamah usia, namun tetp memberikan persembahan yang bertenaga bagi mengubati rindu para peminatnya yang saban tahun makin bertambah. Saksikan ..
























Saksikan persembahan beliau di konsert tersebut:


Ziana Zain- Penawar Semalu & Puncak Kasih (live) by azzhar9009


Thursday, April 17, 2014

I Am Ziana Zain : Ziana Zain Terpaksa Masuk Kelas Vokal

Ziana Zain
Ziana Zain
Penyanyi Ziana Zain bakal memasuki kelas latihan vokal sebagai persediaan untuk mengadakan konsert solo pertamanya selepas 15 tahun yang dikenali I Am Ziana Zain pada 27 September depan.

Ziana, 46, berkata, pada usianya sekarang dia perlu membuat latihan bagi membetulkan cara pernafasan dan nada yang sesuai memandangkan dia bakal mendendangkan 22 buah lagu pada malam itu nanti.

"Saya bukan lagi berusia 20 tahun dan mampu menyanyi seperti dahulu. Kerana semakin umur meningkat perubahan suara itu akan berlaku dan sebab itulah saya akan masuk kelas vokal.

"Menerusi kelas ini juga saya mahu memperbaiki pernafasan dan nada supaya saya dapat membuat persembahan terbaik buat peminat pada malam itu nanti," katanya kepada mStar Online.

Ziana ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Hotel Royale Chulan Damansara di sini, Isnin.

I Am Ziana akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada pukul 8 malam.

Konsert itu adalah anjuran Gold Earth Pictures dengan kerjasama Ziana Zain Ventures.

Dalam perkembangan sama, Ziana berkata, pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita bersama Erra Fazira dan Awie di Istana Budaya bulan lalu turut memberi keyakinan kepadanya untuk meneruskan konsert solonya itu.

"Apabila saya lihat kembali kemampuan saya beraksi di pentas konsert Suara Kita yang memerlukan saya menyanyi, berlakon dan melakukan pelbagai pergerakan ia menambahkan keyakinan bahawa saya mampu menjayakan konsert ini.

"Biarpun umur semakin meningkat, paling penting kita percaya kepada diri sendiri dan positif dalam memastikan sesuatu perancangan itu berjalan lancar," jelasnya.

Sementara itu, Ziana berkata, I Am Ziana Zain diibaratkan sebagai impian menjadi kenyataan kerana dia terpaksa menunggu selama 15 tahun untuk mengadakan konsert solo itu.

Ziana Zain mengakui perubahan usia memaksanya memasuki kelas vokal.

Kata Ziana, pelawaan daripada pihak Gold Earth Pictures untuk menaja konsert berkenaan memberinya peluang untuk merealisasikan hasrat peminat setianya untuk melihat dia beraksi di pentas.

"Saya tidak jangka peluang itu akan tiba selepas 15 tahun menunggu tetapi ia berbaloi dan ini adalah berkat doa daripada semua peminat saya selama ini," katanya.

Untuk rekod, kali terakhir Ziana muncul dengan konsert solo adalah pada tahun 2001 menerusi 'Ziana Zain In The Park' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tambah Ziana, dia memilih Melaka sebagai destinasi konsert itu kerana sudah lama berhasrat untuk mengadakan sebuah konsert di negeri kelahirannya.

"Konsert ini juga memberi peluang kepada peminat di luar Lembah Klang terutama di Selatan untuk menyaksikan persembahan istimewa saya," katanya.

Dalam pada itu, Ziana berkata, buat masa ini dia masih belum menentukan sebarang konsep tertentu namun menjanjikan persembahan bertenaga.


Katanya lagi, dia juga bertuah apabila Aubrey Suwito akan bertindak sebagai pengarah muzik pada persembahan itu nanti.

"Sudah lama saya teringin untuk bekerjasama dengan Aubrey dan hasrat itu akhirnya tercapai.

"Apa yang boleh saya jamin tumpuan akan diberikan pada persembahan dan susunan lagu-lagu terbaik saya," katanya.

Tiket untuk menyaksikan konsert I Am Ziana Zain dijual pada harga RM325 (Platinum), RM255 (Diamond), RM155 (Gold) dan RM95 (Silver).

Seramai 100 orang pertama pembeli tiket Platinum akan berpeluang untuk beramah-mesra dengan Ziana pada sebuah majlis selepas konsert diadakan.

Sebarang pertanyaan dan pembelian tiket boleh melayari laman web www.TicketPro.com.my atau menghubungi Vee di talian 012-203 2508 atau Hilmi 012-688 4434.

Sumber: Mstar

Tuesday, April 15, 2014

I Am Ziana Zain - Konsert mega di Melaka, jadikan Anuar sebagai inspirasi

Selepas 15 tahun mendambakan konsert solo akhirnya Ziana Zain bakal mempersembahkan "I Am Ziana Zain". Konsert berskala besar itu bagaimanapun bakal berlangsung di Melaka pada 27 September nanti. Ziana menjadikan Konsert Anuar Zain yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam tahun lalu sebagai inspirasi.

Berikut Sidang Video tersebut:


Sumber: AstroAwani

Friday, July 8, 2011

'Persatuan Artis Hanya Buang Masa' - Ziana Zain

News @mStar

'Persatuan Artis Hanya Buang Masa' - Ziana Zain

Penyanyi Ziana Zain menganggap penyertaan selebriti dalam mana-mana persatuan artis adalah satu pembaziran masa.

Menurut Ziana, semua persatuan yang antaranya seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Karyawan dan Papita harus dibubarkan kerana kebanyakannya adalah untuk kepentingan peribadi mereka yang memegang jawatan di dalamnya.

"Maaf kalau ada yang terasa tetapi pada pendapat saya persatuan-persatuan yang tersedia ada sekarang ini haruslah dibubarkan.

"Cuba fikir secara logiknya, jika kita sebagai artis mahu bersatu dalam segala hal, perlukah kita mempunyai pelbagai persatuan? Malah dengan persatuan yang ada, masing-masing asyik bercanggah pendapat dan ada yang menubuhkan persatuan semata-mata untuk kepentingan diri, sampaikan ada yang berebut jawatan," tegasnya.

Tambah Ziana kerana hal tersebut, dia tidak pernah menyertai mana-mana persatuan artis sepanjang 20 tahun penglibatannya sebagai seorang penyanyi. more

Thursday, July 7, 2011

Ziana Zain Tegur Syarikat Korporat Enggan Taja Konsert

news @mStar

Ziana Zain Tegur Syarikat Korporat Enggan Taja Konsert

Penyanyi Ziana Zain menegur syarikat-syarikat korporat di negara ini yang enggan menaja konsert penyanyi-penyanyi tempatan berbanding penyanyi antarabangsa.

Kata Ziana, walaupun dia tahu hal tersebut sudah lama berlaku, dia ingin menegaskan kembali kepada pihak penaja bahawa penyanyi tempatan mempunyai kualiti dan aura untuk menarik penonton membeli tiket konsert.

"Saya masih tak faham kenapa penyanyi-penyanyi tempatan sering dianaktirikan. Saya harap pemikiran skeptikal pihak penaja terhadap kami akan berubah.

"Kali terakhir saya membuat konsert pada tahun 1996 dan selepas itu, sampailah sekarang saya masih lagi menanti. Memang ada penganjur yang ingin menganjurkan konsert untuk saya tapi, penaja pula yang tidak ada.," katanya.
more

Friday, May 27, 2011

++ ZIANAFOLKS ++ The Official fanclub of ZIANA ZAIN

++++ ZIANAFOLKS ++ The Official fanclub of ZIANA ZAIN

'9009 : Bagi buat peminat setia Kak Ziana Zain, seperti admin sendiri silalah join kelab peminat ni- ZianaFolks ni, sememangnya dari dulu sudah ada forum ini tapi entah macamana telah di delete. Sekarang kita ada forum baru selain facebook. Berikut syarat2nya :

Join sekarang !

Adalah dimaklumkan bahawa forum ini dibangunkan khas buat peminat tegar Ziana Zain a.k.a ZIANAFOLKS !! Jika anda bukanlah sebahagian dari ZIANAFOLKS !! anda dialu-alukan untuk meninggalkan forum ini.

Kepada semua ZIANAFOLKS !! sila patuhi panduan yang dinyatakan di bawah ketika anda berforum ye :

Tiada sebarang provokasi dibenarkan.
Tiada Personal Attack dibenarkan.
Tiada kata-kata kesat dibenarkan.
Tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti agama,kaum,bangsa mahupun bahasa.
Porno adalah dilarang sama-sekali.

Join sekarang !



Wednesday, May 18, 2011

Ziana Zain sebak dirai peminat

news @Kosmo

Ziana Zain sebak dirai peminat

ZIANA tidak dapat menahan air mata yang mengalir di pipinya saat dia diraikan oleh kelab peminatnya Zianafolks di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, sempena kelahirannya yang ke-43 tahun.

Malah, Ziana mengaku peminat merupakan nadi untuk dirinya terus bertahan dalam bidang seni sejak 20 tahun lalu.

"Saya tidak sangka peminat masih setia menyokong saya sehingga ke hari ini.

"Alhamdulillah, kerana Tuhan masih memanjangkan usia saya sehingga kini," katanya sambil menyapu air mata yang mengalir di pipi.

Ziana juga tidak dapat menahan sebak ketika dia dihadiahkan dengan sebuah lukisan keluarga daripada peminat-peminatnya.

Menurutnya, industri hiburan kini sudah terlalu ramai dengan artis. Ziana tidak tahu sampai bila dia masih bertahan dan berapa tahun lagi dia akan berada di bidang seni. more

Monday, May 16, 2011

Ziana Zain Menangis Di Sambutan Hari Jadinya

Ziana Zain Menangis Di Sambutan Hari Jadinya

Ziana Zain Menangis Di Sambutan Hari JadinyaKUALA LUMPUR, 16 MEI 2011: Gembira dan terharu! Begitulah perasaan yang dapat digambarkan terhadap penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain sewaktu dia diraikan oleh kelab peminatnya, Zianafolks di Hotel Vistana, Kuala Lumpur sempena sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-43, petang semalam.

Biarpun sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada setiap tanggal 2 Mei itu agak lewat diadakan, namun pelatun lagu Madah Berhelah ini tetap menghargai penat lelah serta usaha yang dilakukan oleh Zianafolks.

Malah, Ziana Zain yang mengaku peminat adalah nadi untuknya terus bernafas dalam dunia seni yang diceburinya sejak 20 tahun itu terus mengalirkan air mata sebaiak saja selesai melakukan upacara memotong kek. more

Tonton video

source:
murai.com.my