Showing posts with label faizal yusof. Show all posts
Showing posts with label faizal yusof. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Photo Siti Nordiana dan Muhammad Rayyan Nakhaie

Photo Siti Nordiana dan Muhammad Rayyan Nakhaie

NANA di samping permata hati tersayang, Muhammad Rayyan Nakhaie.

KEHILANGAN rakan baiknya, vokalis Spin, Achik dan bapa kepada cahaya matanya, pelakon Faizal Yusof dalam jurang tidak sampai setahun merupakan detik yang amat perit untuk ditelan oleh ibu tunggal ini.

Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) lebih kurang pukul 6 petang pada 18 April tahun lepas.

Faizal pula meninggal dunia kira-kira pukul 1.45 tengah hari di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 1 Januari tahun ini akibat serangan jantung.

Biarpun begitu, pemilik nama Siti Nordiana Alias atau Nana tidak pernah luntur semangat.

Source:
Kosmo

Tuesday, January 18, 2011

Drama Terakhir Faizal Yusop

Faizal Yusopnews @mStar

PETALING JAYA: Drama terakhir lakonan Faizal Yusop,33, (gambar) sebelum kematiannya bersama TV9 akan menemui penonton menerusi saluran itu pada Rabu ini.

Telefilem bertajuk Jangan Hantar Aku Ke Neraka itu akan bersiaran menerusi slot Skrin Di TV9 pada pukul 8.30 malam.

Selain Faizal, drama berkenaan turut diterajui Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin.

Kesemua pelakon itu turut merasai kehilangan Faizal kerana penggambaran berkenaan tamat beberapa hari sebelum kejadian itu. more news/ previous news

Monday, January 3, 2011

Jenazah Faizal selamat dikebumi

Bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon Faizal Yusuf, 33, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves di sini, semalam.

Bapa saudara kepada pelakon itu, Mohd Aris Abd Rahman, berkata sebelum dikebumikan jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau At-Taqwa, Sentul Utama di sini, kira-kira jam 10 pagi.

“Saya antara yang paling rapat dengan Allahyarham, malah tidak tahu Faizal menghidap penyakit jantung kerana selama ini dia tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai penyakitnya. Kali terakhir saya bertemu arwah pada Aidiladha lalu dan seperti biasa dia bergurau senda dengan ahli keluarganya tanpa menunjukkan sebarang perubahan luar biasa,” katanya di sini, semalam.

Allahyarham yang popular menerusi drama bersiri, Adamaya, Manjalara dan Tiramisu, meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang hamil lima bulan serta seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie, 3, hasil perkahwinan dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana.

Turut memberi penghormatan terakhir ialah Nana dan artis seperti Corrie Lee, Rosyam Nor, Zamarul Hisham, Kartina Aziz, Deen Maidin dan Aida Khalida.
more news Bharian.com.my

Previous news

Saturday, January 1, 2011

News: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia 01012011

PETALING JAYA: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu. Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.

"Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti. more news Watch Korean PopStar