Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Panas: Bil Cecah RM9,000 Dafi Tegur Syarikat Telco Macam Tahi



Dafi


PETALING JAYA: Penyanyi Dafi naik berang dan menegur sebuah syarikat telekomunikasi gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, berkata, dia benar-benar kecewa selepas menerima bil mencecah RM9,000 selain beberapa masalah lain yang berlaku sejak dua bulan lalu.
"Bayangkan selama ini mereka selalu meminta saya membayar bil tepat pada masanya dan akan menyekat talian sekiranya sudah sampai had yang ditetapkan.
"Tetapi ketika saya di Pulau Boracay, Filipina mereka tidak menyekat talian saya pula sehinggakan bila saya melambung ke RM9,000.

"Dah lama saya bengang dengan syarikat telekomunikasi ini. Ada saja masalah mereka. Memandangkan ramai yang mengeluh mengenai perkara sama, saya pun mengambil tindakan untuk meluahkan rasa tidak puasa hati secara umun di laman Instagram," katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Rabu.

Dafi kini sedang bercuti di Perth Australia bersama pengurusnya, Afeeq.

Pada Selasa lalu, Dafi telah meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya mengenai perkhidmatan syarikat telekomunikasi berkenaan yang sering menimbulkan masalah.

Status berkenaan berbunyi: Say no to xxxxxx! Payment nak orang buat on time... service macam taik! Penipu! Help me spread the word! Tell ur friends and family!

Status itu turut membuatkan ramai pengikutnya yang turut mempunyai masalah sama menyokong tindakan dia melakukan luahan itu secara umum.

Sementara itu, ditanya tidakkah dia takut berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang daripada pihak terbabit, kata Dafi, sebagai pengguna dia berhak bersuara sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

"Buat apa saya nak takut. Sebagai pengguna, saya berhak untuk bersuara. Bukankah pelanggan selalunya betul?" tegasnya.
Sumber: Mstar

Sunday, June 29, 2014

Felixia Yeap tidak sabar jalani ibadah puasa buat kali pertama


Personaliti media sosial Felixia Yeap teruja menjalani puasa pada kali pertama tahun ini dan berharap dapat melakukannya dengan baik.

Felixia atau lebih dikenali dengan gelaran ‘amoi berhijab’ menulis rasa tidak sabarnya itu di akaun Twitter dan Facebooknya.

Felixia sebelum ini sering diperkatakan orang ramai mengenai keputusannya untuk bertudung walaupun belum lagi memeluk agama Islam.

Namun, Felixia dijangka akan memeluk agama Islam secara rasmi pada 5 Ramadan depan sempena ulangtahunnya yang jatuh pada 3 Julai depan.


Sumber: AstroAwani

Sunday, February 9, 2014

Lisa Surihani paling ramai ‘followers’

Berdasarkan statistik terkini jumlah pengikut di dua laman sosial berkenaan ternyata tiga selebriti wanita paling berpengaruh ketika ini iaitu Lisa Surihani dan Nora Danish serta penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza memiliki ‘followers’ paling ramai.

Di Twitter, Lisa memiliki pengikut paling ramai iaitu dua juta dan diikuti Siti sebanyak 1.3 juta manakala Nora memiliki pengikut seramai 1.1 juta.


Namun, Nora menguasai laman Instagram apabila mempunyai pengikut seramai 683,000, Siti (497,000) dan Lisa (490,000).


Tidak kurang juga tiga selebriti lelaki yang nampaknya masing-masing berlumba ‘mengaut’ pengikut tersendiri seperti pelakon kacak Aaron Aziz, pelawak Zizan Razak dan pelakon berbakat besar Shaheizy Sam.

Zizan mengatasi kedua-duanya apabila memiliki pengikut seramai 1.5 juta di Twitter berbanding Shaheizy sebanyak 1.48 juta manakala Aaron sebanyak 1.44 juta.

Updated: 08Feb2014/2055

Source: Hmetro