Showing posts with label Azlan. Show all posts
Showing posts with label Azlan. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

Penyanyi Azlan & The Typewriter Enggan Ulas Miliki Kereta Ferrari


Penyanyi Azlan & The Typewriter memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai bidang perniagaan yang diceburinya sehingga mampu bergaya dengan kereta mewah, Ferarri.
Menurut Azlan atau nama sebenarnya atau Nor Azlan Rosle faktor utama dia tidak mahu mendedahkan kisah hidupnya kepada umum kerana ianya bersifat peribadi.
“Saya tak boleh nak komen la kalau nak tanya pasal kereta sebab perkara itu lebih kepada hal peribadi. Maaflah saya tidak boleh nak komen mengenainya,”ujar Azlan apabila diminta mengulas mengenai kereta Ferrari berwarna merah di Instagramnya tersebut.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Azlan kini tampil menerusi single terbaru yang berjudul "Melankoli" yang mendapat sentuhan sepenuhnya oleh Azlan sendiri selain bantuan Dato' Mahadhir dalam penulisan lirik.
Lagu "Melankoli" bakal dimuatkan dalam album baru Azlan berjudul Diari yang dijangka berada di pasaran dalam bulan Mei nanti.

Sumber: AstroGempak

Tuesday, January 4, 2011

Azlan And the Typewritter Selamat Diijabkabul

News @ Mstar
Vokalis kumpulan Azlan And the Typewritter atau bekas vokalis MUH, Norazlan Rosle atau Lan, 28, sah bergelar suami kepada Normala Hassan, 28, pukul 10 pagi, Sabtu, di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat. Normala menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982.


Pasangan yang mengenakan pakaian bewarna krim sedondon itu turut menerima dulang hantaran sebanyak lapan berbalas dengan lapan. Majlis resepsi yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman diadakan secara sederhana di Taman Pudu Ulu, Cheras.

Lan dan Normala telah bertunang pada Julai 2009 dan sepatutnya mereka dijadualkan bernikah pada November 2010. Disebabkan penundaan itu, Lan digosipkan bahawsanya dirinya dan Normala sudah putus tunang. -mStar