Showing posts with label Sepah. Show all posts
Showing posts with label Sepah. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

Jep (Sepahtu) Tepis Gosip Bertunang

Selepas dua minggu gosip mengenai pertunangan Jep Sepahtu diberitakan, akhirnya pelawak itu tampil menafikan khabar angin tersebut.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia terkejut dengan berita tersebut dan meluahkan rasa sedikit terkilan apabila gosip tersebut dikeluarkan tanpa meminta penjelasannya dahulu.

"Perkara itu (bertunang) langsung tidak berlaku dan berita itu adalah bohong.

"Terkejut juga apabila mendapat tahu berita 'pertunangan' saya sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang hal itu. Pelik rasanya apabila ada pihak yang lebih tahu mengenai saya berbanding saya sendiri," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.

Pada 24 Februari lalu, akhbar mingguan telah melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada Januari lalu dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor.

Difahamkan wanita tersebut bekerja di stesen radio Hot FM.

Selepas gosip tersebut, pihak media cuba mendapatkan pengesahan daripada Jep namun pelawak itu tidak menjawab sebarang panggilan media. Baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Saturday, January 11, 2014

MLM 2014: Sepahtu Menang Perodua Alza

PETALING JAYA: Program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu kesembilan membuat kejutan apabila kumpulan Sepahtu yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 65 peratus menerima sebuah kereta perodua Alza pada malam Jumaat.
Hadiah tersebut diberikan bersempena dengan pelancaran Perodua Alza yang baharu. more

Monday, October 10, 2011

Good Bye Mamat Sepah : Fida

Good Bye Mamat Sepah : Fida

Memang tidak dinafikan lagi hubungan Fida dan Mamat Sepah sejak tersebarnya gambar Fida tidak bertudung kini semakin rengang. Fida pon sudah memaafkan Mamat.

Status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut.

“Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”

“Tetapi, selepas di’fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di’sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu di’putuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”

Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?

“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”

“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja”

Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?

“(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukan’nya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni”

Ada pesanan untuk Mamat kalau kalau dia membaca tulisan kami?

“Fida harap di’masa akan datang kalau kita di’jodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua”
more

Sunday, September 4, 2011

Hati Fida ditawan cinta pelawak

news @kosmo

Hati Fida ditawan cinta pelawak

PANTAS tersebar cerita bunga-bunga cinta antara dua pucuk muda. Fida yang manis bertudung sedang bermain rasa dengan pelawak pelapis terkenal anggota Sepah, Mamat.

Tidak main sorok-sorok sebaliknya mereka mesra dan yakin tampil depan khalayak. Perkataan sedang mengenali antara satu sama lain memang meluncur laju daripada mulut pasangan ini.

Seakan satu template khas buat selebriti berpasangan untuk mengucapkan perkataan-perkataan tersebut. Klise namun itulah realiti yang sedang bergulir dalam rasa dan perjalanan hari-hari Rafidah Ibrahim, 25, dan Mohd. Noor Murad (Mamat), 26.
more

Friday, August 19, 2011

Mamat Sepah kahwin tahun depan?

news @utusanmalaysia

Mamat Sepah kahwin tahun depan?

ANGGOTA kumpulan Sepah, Mamat yang kini sedang menjalin hubungan intim bersama pelakon baru, Fida tidak menolak jika ditakdirkan ditemukan jodoh dengan pasangannya itu pada tahun depan.

Mamat atau Mohd Noor Murad, 26, berkata, dia bukan sahaja tidak menolak soal jodoh, sebaliknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa dalam sebuah keluarga.

"Bagi saya jodoh ditentukan Allah. Kalau ditakdirkan tahun depan jodoh dah sampai, saya akan terimanya dengan hati terbuka. Saya sedia menerima ketentuan itu walaupun saya sedar ia satu tanggungjawab yang amat berat. more

Wednesday, August 17, 2011

Sepah Tidak Berpecah, Cuma Salah Faham

news @mStar

Sepah Tidak Berpecah, Cuma Salah Faham

Anggota kumpulan Sepah, Shuib mengakui terkilan dengan kontroversi kononnya mereka akan berpecah selepas memenangi pertandingan Maharaja Lawak lalu.

Jelasnya, apa yang dimaksudkan dengan berpecah adalah tiada halangan untuk menerima tawaran secara berseorangan dalam mana-mana persembahan atau lakonan.

“Pertama sekali saya ingin terangkan bahawa kami tidak berpecah, saya rasa ada salah faham dari kenyataan yang dikeluarkan daripada salah seorang anggota Sepah.

“Apa yang cuba mereka sampaikan ialah kami boleh berpecah-pecah jika mendapat tawaran persembahan pentas atau berlakon dan bukan semestinya bertiga,” jelasnya ketika ditemui di rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu.

Kata Shuib, disebabkan khabar angin tersebut dia menerima beberapa panggilan daripada peminat tidak dikenali yang meluahkan rasa kecewa mereka.
more

Saturday, June 25, 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak 2011

news @mStar

Sepah Juara Maharaja Lawak, Kongsi RM350,000

Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat.
#MaharajaLawak

Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. more

SEPAH yang telah dinobatkan sebagai Maharaja Lawak yang pertama!

#MaharajaLawak

Tahniah kepada SEPAH yang telah dinobatkan sebagai Maharaja Lawak yang pertama!




comments: coming soon!

Friday, June 24, 2011

Siapa Yang Bakal Jadi Juara Maharaja Lawak?

Siapa Yang Bakal Jadi Juara Maharaja Lawak?

Program popular di Astro Warna iaitu Maharaja Lawak sudah makin hampir sampai ke penghujungnya. Bermula pada malam ini (24Jun2011), 4 peserta finalis yang masih kekal iaitu Jambu, Sepah, Nabil dan Jozan akan beraksi di pentas terakhir Maharaja Lawak di Stadium Melawati Shah Alam.

Persoalannya, siapakah di antara keempat-empat finalis ini yang akan dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak? Adakah ia bakal menjadi milik Jambu? Sepah? Nabil atau pun Jozan?

Source:
murai

Monday, June 20, 2011

Siapa Juara Maharaja Lawak ?

Siapa Juara Maharaja Lawak ?

Selepas tersingkirnya kumpulan R2 dari program Maharaja Lawak di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru, malam Jumaat, kini Nabil, kumpulan Jozan, kumpulan Sepah dan kumpulan Jambu yang layak ke peringkat akhir.

Kemuncak program yang disiarkan di Astro Warna (saluran 132) itu akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Jumaat ini.

Tonton preview

Bagi R2, sukar mereka untuk menjangkakan peserta mana yang bakal bergelar juara memandangkan di kalangan mereka semuanya memberikan saingan yang sengit.

“Secara peribadinya, kami tidak dapat menjangkakan peserta yang akan memenangi gelaran juara setelah melihat purata setiap persembahan mereka. Pada kami, mereka semua layak untuk menang.

“Kami berharap mereka yang berjaya ke peringkat akhir dapat melakukan yang terbaik. Setelah menonton persembahan mereka pada malam tadi (Jumaat), mereka memang layak kekal ke peringkat seterusnya,” kata Rahim Mat Ali, 41, ketika dihubungi mStar Online.

Empat peserta yang tinggal itu akan bersaing untuk memenangi hadiah berupa RM300,000 untuk juara, RM200,000 (naib juara) dan RM100,000 (tempat ketiga). more

tonton preview

source:
mStar

Thursday, December 16, 2010

Gossip: Aksi Mesra Mamat (Sepah) - Ada (Butterfly)

Aksi Mesra Mamat (Sepah) - Ada (Butterfly)
Ditulis oleh Nonie Khamis, 16 Disember 2010 18:02

Jejaka tinggi lampai Sepah ini mengakui pada teman media dia sedang berkawan rapat dengan adik kepada gitaris utama Kristal, Rody. Nama gadis yang dimaksudkan adalah Nursyuhaada Baharudin atau lebih selesa disapa Ada. Ada merupakan vokalis kumpulan Butterfly, sebuah kumpulan rock wanita dan pernah keluar dengan single Angkasawan dan Benci.
Keduanya juga tidak menolak apabila diminta bergambar berdua.

Malah Ada juga hadir menemani Mamat pada Amazing Race Bujang Sepah bersama media. Jelas Mamat atau nama sebenarnya Md Noor Murad atau Md Noor, hubungannya dengan Ada masih lagi dalam peringkat permulaan. Masih terlalu awal mengikat hubungan mereka dengan tali pertunangan.

Source:
manggaonline