Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Promo: Muzikal Tun Mahathir Musim 2

Muzikal Tun Mahathir MUSIM 2

Tarikh :
21 - 30 Januari 2011
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Tiket: Gold Class (RM302) - Special seats (37 seat sahaja setiap malam), buku program, CD lagu, T-Shirt, Sesi Bertemu Artis selepas show, Jamuan selepas show.
Tiket Biasa (RM32, RM52, RM82, RM102 & RM152)
Maklumat lanjut : 03-4026 5558 (Box- Office Tiket)
03 - 4147 8600 (Ticketing Hotline)
03- 4026 5555 (Istana Budaya)
03-6186 6592 (CTRA Production)
Blog rasmi : www.muzikaltunmahathir.blogspot.com
Tiket Online : www.ticket2u.biz
Facebook : Muzikal Tun Mahathir

Pelakon : Esma Daniel, Ezany Nizariff, Misha Omar, Elly Mazlein, Dato' AC Mizal, Sarimah Ibrahim, Azean Irdawaty, Diana Johor, Dato' Jalaluddin Hassan, Mazhar Tun Dr. Mahathir, Rosli Rahman, Syafieq Shazwan dll.

Thursday, January 6, 2011

Tun Mahathir Rasa Janggal Ditemu Bual Siti Nurhaliza

News @MStar

PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 86, berasa janggal ketika ditemu bual penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 31, pada rakaman program bual bicara yang berjudul Siti, di studio Filem Negara Malaysia, di sini, Rabu.

Menurut Mahathir, kejanggalan itu disebabkan beliau sering menyaksikan persembahan nyanyian Siti dan apabila penyanyi itu menemu bualnya, beliau berasa sedikit pelik.

"Saya selalu dengar Siti menyanyi dan terasa ganjil pula bila saya ditemu bual. Walaupun pertama kali menjadi pengacara, dia agak cekap dan mahir dalam persediaan menyediakan soalan.

"Dia juga lancar dalam berdialog, jadi saya rasa tenang ketika ditemu bual," katanya selepas ditemu ramah oleh Siti pada rakaman program Siti.

Rancangan temu bual ini akan bersiaran bermula 12 Februari 2011 menerusi Astro Ria, pukul 9 malam selama sejam. Ia terbitkan sebanyak 13 episod oleh Global Station Sdn Bhd. more news