Showing posts with label Hafiz AF7. Show all posts
Showing posts with label Hafiz AF7. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Hafiz Suip selamat ikat pertunangan dengan Nureffy

Penyanyi Hafiz Suip selamat ikat pertunangan dengan Nureffy
Penyanyi Hafiz Suip selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nureffy Jasreel Abdullah, 22, semalam di Kuching, Sarawak. -Foto oleh Project Two-Pi
 
KUALA LUMPUR: Bekas peserta realiti program nyanyian Akademi Fantasia, Hafiz Suip selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nureffy Jasreel Abdullah, 22, semalam di Kuching, Sarawak.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Awan Nano ini melangsungkan pertunangannya di Hotel Pullman selepas waktu solat Isyak.

Pada majlis pertunangan tersebut, Hafiz menyerahkan 6 dulang hantaran yang kemudiannya dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.

Dalam pada itu, kedua-dua keluarga bersetuju untuk mengikat tali pertunangan selama setahun namun tidak menetapkan tarikh untuk majlis perkahwinan mereka kelak.
Hafiz Suip
Kedua-dua keluarga bersetuju untuk mengikat tali pertunangan selama setahun namun tidak menetapkan tarikh untuk majlis perkahwinan mereka kelak. - Foto Project Two-Pi
Pada 21 Disember tahun lalu, Hafiz telah menghantar rombongan merisik ke rumah pihak rumah wanita di Kuching, Sarawak.

Menarik di majlis pertunangan yang diadakan semalam, Hafiz memilih tarikh ulangtahun harijadinya yang ke-25. Antara rakan yang turut sama hadir di majlis pertunangan Hafiz ialah Hazama juga Aril.
 
Sumber: Astro Awani

Friday, February 27, 2015

Hafiz Suip Diarahkan Jalani Fisioterapi Setahun


PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip terpaksa akur apabila perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di sebuah hospital swasta di Subang Jaya dekat sini akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya (slipped disc) bulan lalu.

Hafiz, 25, berkata, biarpun kecederaan tersebut sudah pun pulih namun dia masih perlu melakukan rawatan tersebut bagi memastikan dia benar-benar bebas penyakit itu.

"Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

"Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya," katanya kepada mStar Online.


Hafiz ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Terdahulu, Hafiz dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian belakang badannya akibat tercedera semasa bermain futsal.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, biarpun dia kini kelihatan sihat namun dia dinasihatkan tidak melakukan sebarang kerja berat selain berdiri terlalu lama.

"Kesakitan yang saya alami sebelum ini memang teruk dan Alhamdulillah sekarang saya semakin pulih dan mengikut semua arahan yang doktor berikan.

"Pun begitu saya kini kembali aktif mengambil undangan nyanyian tetapi lebih berhati-hati dalam pergerakan saya," katanya.
 
Sumber: Mstar

Tuesday, February 4, 2014

AJL28 - LY Tepis Tuduhan TV3 Utamakan Hafiz

Komposer LY mengakui terdapat gangguan teknikal ketika namanya dan isteri, Baiduri diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke28 (AJL28) pada 26 Januari lalu sehingga menyebabkan mereka lewat untuk naik ke atas pentas.


LY atau nama sebenar Rozman Shafie, 52, berkata, ia bukan kesalahan pihak TV3 dengan sengaja untuk memberi peluang kepada penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku Hafiz berucap pada malam tersebut.

"Pada malam kemenangan itu ada kesilapan teknikal yang mana isteri saya Baiduri sukar ke pentas kerana kedudukan kerusi kami sehingga menyebabkan kami agak mengambil masa menuju ke pentas. Walhal memang penganjur menyebut nama komposer dahulu diikuti penulis lirik dan kemudian baru penyanyi.

"Pada saya tindakan Hafiz tidak salah kerana dia berucap bagi mewakili kami kerana ketika itu juga program tersebut sudah kesuntukan masa dan Hafiz sudah memang berada di atas pentas,"

"Program AJL merupakan satu-satunya pertandingan lagu yang mengangkat pencipta-pencipta lagu tempatan dalam kes ini saya tidak rasa pihak penganjur berniat untuk menonjolkan penyanyi semata-mata.

Hafiz

"Apa yang diucap oleh Hafiz pada malam itu juga tidak salah kerana memang kami juga sepatutnya berterima kasih kepada peminat Hafiz yang menyokong dan suka lagu ini sehingga lagu ini berada di tempat sekarang," katanya.

Sementara itu, LY turut mengakui populariti dan kehebatan seseorang penyanyi turut mampu mengangkat sesebuah lagu untuk berada di tempat paling tinggi.

Source: Mstar

Monday, January 27, 2014

Juara AJL 28 - Bahagiamu Deritaku Nyanyian Hafiz

Lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjudul Bahagiamu Deritaku dipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000.

Bahagiamu Deritaku berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara).

Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).
Naib juara AJL 28 menjadi milik lagu Hanya Aku ciptaan Hyper Act dan Frozen dan dinyanyikan oleh Hyper Act sekali gus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga dimenangi oleh lagu Kalau Aku Kaya ciptaan Omar K, Audi Mok dan Altimet nyanyian Awi Rafael dan Altimet.

Mereka berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.


Penyanyi Jaclyn Victor memecah rekod apabila merampas anugerah Vokal Terbaik daripada Hafiz yang dimenanginya tiga tahun berturut-turut.

Jaclyn membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

Hafiz bagaimanapun turut memenangi kategori persembahan terbaik menerusi lagu Bahagiamu Deritaku.

Penyanyi itu menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan 12 finalis AJL 28 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Acis, Ajai, Habsah Hassan, Aubrey Suwito, Ad Samad dan Helen Yap, Taja, Cat Farish dan Edrie Hashim.

Azmeer bertindak sebagai ketua juri pada acara itu.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.


Hampir tiga dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.

Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 28 memperkenalkan ‘Game On!’ sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini.

Pada acara itu juga, Hafiz telah memenangi Anugerah Juara Mobile menerusi lagu Bahagiamu Deritaku yang mendapat muat turun Call Me Tones paling tinggi menerusi The Cube Celcom.

AJL 28 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan penampilan pertama pasangan hos Muzik Muzik 28, AG dan Scha Al-Yahya sebagai hos.

Malam kemuncak AJL 28 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai yang berkonsep ‘battle’ vokal oleh Shila Amzah dan Mus May menerusi lagu Mahakarya Cinta selain tarian oleh Funky Fresh Family.

Manakala segmen interlude pula mengetengahkan muzik hip hop yang menggandingkan penyanyi baharu dan lama antaranya W.A.R.I.S, Zaidi (One Nation Emcees), Ziana Zain, FILSUF, Datuk M. Daud Kilau dan Amy Search.

Tonton persembahan memukau Ziana Zain

Acara ‘Purple Carpet’ AJL 28’ yang berlansung sebelum itu dihoskan oleh Aidid Marcello dan Hani Hatim manakala segmen ‘Backstage’ dihoskan oleh Elfira Loy.

Source: Mstar

Sunday, May 20, 2012

Hafiz Juara Mania Konsert Akhir 2012 l Astro

SABTU (19 Mei 2012) - Hadiah wang tunai RM500,000 malam ini adalah milik Juara Akademi Fantasia Musim ke-7, Hafiz. Kemenangan Hafiz yang berada di Empayar Hijau milik Produser Ahmad Dhani juga menghadiahkan peroduser tersebut wang tunai berjumlah RM300,000. Naib Juara Mania telah dimenangi oleh Stacy yang menerima RM200,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Jaclyn Victor dengan membawa pulang wang tunai RM100,000.


Konsert Mania! Akhir telah menampilkan 5 Bintang Mania iaitu Aril, Hafiz, Hazama, Jaclyn Victor dan Stacy dalam satu pentas merebut gelaran Juara Mania! yang pertama. Masing-masing membawakan dua buah lagu termasuk lagu yang didendangkan bersama artis pilihan mereka sendiri secara duet. more
Berikut adalah kedudukan kesemua 5 Bintang Mania selepas undian SMS ditutup.
1. Hafiz - 28%
2. Stacy - 22%
3. Jaclyn Victor - 22%
4. Hazama - 19%
5. Aril - 9%

Komen:
Bagi admin Jac lagi layak bagi memenangi Mania ni, tapi apakan daya semuanya bergantung pada sms. Tapi jugak kalau pihak Astro nak memberikannya kepada anak emas mereka jugak memandangkan jumlah sms sebelum dengan selepas keputusan begitu berbeza. Well, congrats Hafiz !!
source: astromania

Sunday, July 17, 2011

APM 2011: Malaysia Ungguli 8 Kategori

APM 2011: Malaysia Ungguli 8 Kategori


Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 melabuhkan tirainya Jumaat lalu. Untuk edisi ke-10 APM, artis dari Malaysia nampaknya mengungguli lapan kategori yang dipertandingkan. Antaranya Artis Lelaki Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad).

Album Terbaik : Energi (Kotak)
Artis Lelaki Terbaik : Faizal Tahir ('Adrenalin')
Artis Wanita Terbaik : Rossa ('Harmoni Jalinan Nada & Cerita')
Lagu Terbaik : Awan Nano (Hafiz)
Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki) : Sandhy Sondoro ("Bunga Mimpi")
Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita) : Amanda Imani ("Selamilah Cinta)
Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru) : Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet ("Kalau Berpacaran")
Duo/Kumpulan Terbaik : Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah ('3 Suara')
Lagu Serantau Paling Popular : Angkasa (Hady Mirza)
Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad) : Datuk Siti Nurhaliza)
Koloborasi Terbaik : Dayang Nurfaizah & Marcell ("Sayang")
Lagu Singapura Paling Popular : Angkasa (Hady Mirza)
Artis Singapura Paling Popular : Hady Mirza
Lagu Terbaik Singapura : Lagu Teman ('The Lion Story' feat Zahidah)
Lagu Terbaik Malaysia : Awan Nano (Hafiz)
Lagu Terbaik Indonesia : Cintailah Aku Sepenuh Hati (Ari Lasso)
Anugerah Khas Planet Muzik : Melly Goeslaw


Source:
gua.com.my


Friday, January 7, 2011

Hafiz AF7 Accident ? OMG

News @ Murai

Hafiz AF7 telah ditimpa kemalangan sehingga keretanya merempuh pokok dan tiang lampu jalan di Lebuh Raya Penchala kira-kira jam 10 malam pada Isnin (3 Januari 2011) lalu yang memandu kereta jenis Honda Accord.

"Waktu kejadian berlaku, saya dalam perjalanan pulang ke rumah (Damansara) dari rehearsal untuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Saya akui saya memandu sangat lagu waktu itu kerana ingin pulang ke rumah cepat. Ketika berada di lane laju tiba-tiba saya berdepan dengan kereta yang bergerak dengan sangat perlahan. Bagi mengelak untuk terus berlanggar dengan kereta itu saya pun terus membuat emergency break dan memusing steering kereta dengan cepat. Tindakan itu telah menyebabkan kereta saya berpusing-pusing dan terus merempuh pokok dan tiang lampu jalan yang berhampiran. Dengan kuasa Tuhan, nasib saya baik kerana hanya bahagaian depan kereta sahaja yang berlanggar dan bukan bahagian tempat memandu," kata Hafiz kepada Murai