
news @mStar
SOROTAN 2011: Perkahwinan Artis Malaysia
Kenangan indah sepanjang tahun ini bermula seperti berikut: - Ayu Raudhah-Zaquan Adha
- Sabrina Ali-Syed Amirul Syed Ahmad
- Siti Sarah-Shuib (Sepah)
- Farish Aziz-Zahrah
- Noh (Hujan)-Mizz Nina
- Tomok-Ayu
- Nabil (Raja Lawak)-Nazirah
- Zed Zaidi-Natalia Mustafa Kamal
- Fazren Rafi-Syarifah Marlina
- Faezah Elai-Heykal Hanafiah
- Fedtri Yahya-Nurul Anati Ismail
- Eira Syazira-Azad Jasmin
- Ana Dahlia-Chef Riz
- Memey Suhaiza-Norman Hakim
- Dira Abu Zahar-Helmi Yusof
- Zahiril Adzim-Shera Aiyob
- Ashraf Muslim-Noor Dayana
- Nurul (AF2)- Mohd Munzil Muhamad
berita penuh
Photo: Pernikahan Norman & Memey
Dengan sekali lafaz, pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 petang, Sabtu.
Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran. Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.
Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.


news @mStar
Norman, Memey Edar 3,200 Kad Kahwin
Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah mula mengedarkan sebanyak 3,200 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 25 September depan di rumah pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi Johor.
Menurut Memey, sebanyak 1,200 keping kad telah diedarkan untuk saudara terdekat dan media manakala cetakkan kedua sebanyak 2,000 keping akan diagihkan kepada tetamu jemputan.
“Kami telah edarkan 1,200 keping kad terlebih dahulu kepada rakan-rakan media, saudara mara dan akan mencetak sebanyak 2,000 keping lagi untuk diedarkan kepada tetamu jemputan yang lain. more
news @mStar
'Kejadian Khalwat Adalah Dugaan' - Norman Hakim
Pelakon, Norman Hakim,35, pada Jumaat, tidak pernah menyangka akan menangis apabila mengetahui dirinya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat dengan Memey Suhaiza,23,
"Saya tidak pernah menjangkakan akan berada dalam keadaan yang sangat emosional sebegini," katanya yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan solat sunat syukur selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini tamat.
Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon juga menyifatkan apa yang berlaku adalah dugaan buat dirinya dan Memey. more
news @mStar
Tajaan Perkahwinan Norman, Memey Bernilai RM12 Juta
Pasangan Norman Hakim,35, dan Memey Suhaiza, 23, bakal mengadakan sebuah majlis perkahwinan bernilai RM12 juta pada 28 September ini di Hotel Crown Plaza Mutiara di sini yang ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.
Menurut wakil Rafflesia selaku perancang perkahwinan pasangan itu, Bill Bora, sebanyak enam penaja yang akan bekerjasama dengan Rafflesia iaitu Lords Tailor, Snips, Angsana Spa, Crown Plaza, Naz(pereka pelamin dan dewan) dan Prof. Datuk Jimmy Choo.
"Memey akan memakai sebanyak dua persalinan baju dan antara tajaan yang diterima ialah, set barangan kemas yang bernilai RM5.6 juta, gaun bertatahkan mutiara Rafflesia bernilai RM1 juta dan kasut rekaan Jimmy Choo (RM600 ribu).
Norman dan Memey bakal bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dan pada keesokan harinya, resepsi di rumah pihak perempuan akan diadakan. more
Abby Abadi maafkan Norman, Memey
Abby Abadi dalam laman Facebooknya telah memohon maaf kepada ksemua yang mengenali diri beliau secara peribadi termasuklah bekas suaminya, Norman Hakim dan juga Memey.
"Sama-samalah kita memaafkan sesama sendiri, sedangkan dirimu di berkati"
news @mStar
Memey Semakin Berdebar Tunggu 24 September
Pasangan selebriti Memey Suhaiza Suhaimi dan Norman Hakim yang bakal mendirikan rumah tangga pada 24 September depan sedang sibuk membuat persiapan terakhir menjelang tarikh bersejarah itu.
Tambahnya, dia sedang menghabiskan penggambaran drama berjudul Adi Karya Azizah sebelum bercuti panjang bagi membuat persiapan majlis perkahwinan mereka.
"Alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar dan hanya tinggal beberapa persiapan terakhir yang belum siap. Insya-Allah akhir bulan ini kad undangan perkahwinan kami akan diedarkan kepada semua. moreMajlis persandingan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan pada 25 September manakala majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki pada keesokan harinya di Wangsa Maju, dekat sini.
Waran Tangkap Dikeluarkan Buat Norman Hakim & Memey
Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.
Menurut peguam mereka berdua, Norman tidak dapat hadir kerana sakit manakala Memey tidak dapat hadir kerana berada di luar kawasan. Tapi masalahnya pihak Norman tidak dapat menunjukkan sijil sakit seperti yang diclaim. more
news @mStar
Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini
KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza dan pasangannya Norman Hakim
Menurut Memey, dia dan Norman mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di Bandung, Indonesia, beberapa hari lalu.
"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap.
"Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.
"Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon.
"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman," kata Memey yang ditemui ketika penggambaran drama Bola Cinta di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, Jumaat.
Tambah Memey, dia berharap agar segala perancangan yang dibuat mereka berjalan lancar.
Malah Memey mengimpikan perkahwinannya nanti berkonsepkan ala taman.
"Kalau boleh saya nak majlis kami meriah, tetapi kami belum tetapkan tema warna yang sesuai. Syukur alhamdulillah, kami juga ditawar oleh beberapa penaja untuk menguruskan perkahwinan kami.
"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," katanya yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.
Mereka bertunang pada 13 September 2010 .
News @mStar
KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah adalah satu tuduhan yang tidak berasas.
Norman yang ditemui mStar Online berkata, semasa Abby menelefonnya untuk berurusan mengenai anak, dia dan Memey sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam di Wangsa Maju di sini dan bukannya berada berdua-duaan di dalam rumah seperti yang didakwa.
“Ketika dia telefon itu saya dengan Memey tengah sarapan pagi. Kami makan di kedai yang kami selalu pergi di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis makan malam anjuran Lord’s Tailor, di KL Hiton di sini, malam Ahad.
Awal Januari lalu, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.
Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk dia dan Norman tinggal serumah.
Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada 3 Januari lalu dijawab oleh Memey. more news / previous news