Showing posts with label misha omar. Show all posts
Showing posts with label misha omar. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah

Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah



12 Jan 2015 merupakan hari pertama bagi hampir seluruh pelajar di Malaysia untuk memulakan sekolah bagi tahun 2015. Seronok lihat pelbagai gelagat anak-anak rakan ke sekolah. Ada yang menangis dan ada juga yang teruja habis nak ke sekolah dengan beg baru. Seperti biasa, bagi anak –anak yang pertama ke sekolah rendah atau pra sekolah, ibu bapa pasti akan menghantar dan menemani untuk mereka membiasakan diri.

Antaranya adalah Eizlan Yusof yang menghantar anak sulungnya Zaara. Wah baguslah walaupun dia dan isteri sudah bercerai, tanggungjawabnya terhadap anak-anak tetap tidak dilepaskan.



Selain itu, pelakon Nabila Huda pun kelihatan di Instagram turut memuat naik foto anaknya, Keisha dengan pakaian sekolah pra sekolah. Comel je Keisha!

Seperti ibu-ibu kandung lain, Misha Omar juga lalui rutin yang sama untuk anak angkatnya. Difahamkan tahun ini merupakan tahun pertama anaknya itu disekolahkan di sekolah kebangsaan kerana sebelum ini dia hanya menghantar anaknya itu ke sekolah swasta.



Tidak ketinggalan Yatt Hamzah juga turut bekongsi foto menghantar anaknya yang seperti baru memasuki pra sekolah juga.
Sementara itu, penyanyi Ismaliza AF7 juga turut berkongsi foto menghantar anak kecilnya yang pertama kali memasuki sekolah darjah 1 di sekolah kebangsaan.



Sumber: Murai

Friday, May 2, 2014

Misha Omar & Firos Selamat Bergelar Suami Isteri


Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Renaissanse di sini, Jumaat.

Akad nikah itu disempurnakan oleh abang kepada Misha, Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat kira-kira pukul 9.30 pagi.

Misha bersama pengapit-pengapitnya yang antaranya ialah Dina, Jaclyn dan Fara Fauzana.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan.


Acara tersebut diacarakan oleh Adibah Noor mankala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan.

Sebelum upacara pernikahan bermula, Ahmad Kamil terdahulu menyampaikan khutbah perkahwinan secara santai. Ahmad Kamil sempat menggelar Firos sebagai 'Abang Ultraman' yang mengundang hilai tawa dikalangan hadirin.


Misha Omar bersama mas kahwinnya berupa seutas gelang emas.

Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata, mereka bersyukur dan gembira apabila telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat. baca artikel penuh

sumber: Mstar

Wednesday, February 5, 2014

Misha Omar Nak Kahwin ?

Penyanyi Misha Omar menjelaskan pada awalnya dia agak keberatan untuk melangsungkan perkahwinan dengan Firos Ezzwan Rossly, 32, dalam masa terdekat selepas kematian bapanya Omar Ismail pada 30 November lalu.

Bagaimanapun, Misha atau nama sebenar Samihah Omar, 32, berkata, dia menghormati keputusan ibunya Zainab Mat Nor, 65, yang mahu perkahwinan tersebut tetap diteruskan pada tahun ini bagi mengelak timbulnya banyak fitnah.

Misha Omar Kahwin

"Saya menghormati keputusan ibu yang tidak mahu kami tangguhkan lagi perkahwinan ini, namun begitu biarlah ibu dia tamat tempoh edah iaitu sehingga April depan.

"Kalau ikutkan, saya masih lagi bersedih dan belum kuat untuk berumah tangga buat masa ini tapi ibu tidak mahu timbul sebarang fitnah kalau ia ditangguhkan lagi," katanya

Pada majlis tersebut, Misha membuat pengumuman majlis pernikahannya akan diadakan pada Mei depan di Kota Bahru, Kelantan.

Source: Mstar

Tuesday, December 20, 2011

Misha Berlakon Bukan Kerana Kerjaya Nyanyian Merudum

news @mStar

Misha Berlakon Bukan Kerana Kerjaya Nyanyian Merudum

Penyanyi popular Misha Omar, 29, berkata pembabitannya secara aktif dalam bidang lakonan sejak kebelakangan ini bukan disebabkan oleh karier nyanyian yang semakin merudum, seperti dakwaan segelintir pihak.

Sebaliknya, Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, berkata keputusan untuk mengembangkan bakat ke bidang lakonan adalah bertitik-tolak daripada keinginannya sendiri yang mahu mengimbangi kedua-dua cabang seni itu.

“Sebenarnya, saya mahu mencipta profil sebagai anak seni yang berkebolehan dalam bidang nyanyian dan lakonan. Memandangkan peluang itu sudah terbuka, mengapa tidak saya mencuba?

“Namun, itu tidak bermakna karier nyanyian saya berdepan kejatuhan atau merudum. Selepas lapan tahun menceburi bidang ini, karier nyanyian saya sudah berada pada tahapnya sendiri. Saya selesa dengan kedudukan itu,” katanya yang ditemui baru-baru ini.
more

Monday, April 11, 2011

New Album : Misha Omar - Dia Misha (2011)

Misha Omar - Dia Misha
New Album : Misha Omar - Dia Misha (2011)

Track Listing :

01. Berlalu (lagu baru)
02. Detik Antara Waktu (lagu baru)
03. Kerana (lagu baru)
04. Bunga-Bunga Cinta
05. Nafas Cahaya
06. Cinta Adam Dan Hawa
07. Pulangkan (duet bersama Izad Izuddin)
08. Ku Seru
09. Dedebu Cinta
10. Tiada Lagi Tangisan
11. Riwayat Cinta
12. Sampai Di Sini
13. Halaman Cinta
14. Lilitan Asmara
15. Jawapanmu
16. Sembunyi (duet bersama Andy Flop Poppy)

Monday, January 3, 2011

Misha Omar Dituduh Curi Lagu Semoga Abadi

KUALA LUMPUR 29 DIS: Tidak wujud isu penggunaan tanpa kebenaran lagu Semoga Abadi serta Misha Omar juga tidak seharusnya dipersalahkan dalam hal ini. Itulah penjelasan Pengarah Urusan Sony Music Entertainment (M) Sdn. Bhd., Adrian Lim mengenai isu penggunaan lagu ciptaan penyanyi senior seberang, Iminiar, yang mendakwa Misha menyanyikan lagunya tanpa kebenaran serta tidak meletakkan namanya sebagai penulis lagu tersebut.

Kecewa dengan apa berlaku, kata Adrian, nama penulis lagu tersebut sememangnya telah ditulis dalam album sulung Misha yang turut menggunakan namanya (Misha) sendiri sebagai judul album.

"Saya tak tahu kenapa dia cakap macam itu kerana dalam album tersebut memang ada nama dia. Jadi memang tak wujud isu itu. Saya terkilan dia wujudkan isu ini dan sekaligus melibatkan Misha dalam hal ini. Pada dasarnya, Misha bersalah dan saya tak tahu apa tujuan penulis lagu itu mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya sewaktu dihubungi murai.com.my bagi mengulas isu tersebut tadi. more news @ murai.com.my



Berikut komen Iminiar, penyanyi Indonesia:


Mungkin tidak menguntungkan atau daripada apa yang saya tahu, pada tahun 2006 Misha Omar menggunakan lagu tersebut dengan judul yang sama. Cuma di CD atau kasetnya tiada kredit penuh buat pencipta lagu, dan yang paling menyakitkan hati apabila suara saya digunakan oleh Misha Omar sebagai backup vocal. Betul-betul sakit hati, kerana tiada kebenaran diberikan, maka saya terasa seperti dipijak-pijak,” kata Imaniar mengakhiri tuduhannya.


Perdengarkan lagu MP3: Semoga Abadi