news @mStar
Lisdawati Jual Songkok 5 Inci
Jika kebanyakan artis mengambil peluang untuk berniaga pelbagai jenis kuih-muih, tudung atau pakaian bersempena bulan Ramadan ini, pelakon Lisdawati, 32, atau sebenarnya Nisdawati Nazarudin pula memilih untuk menjual songkok tinggi.
Kata aktres yang mesra disapa Lis ini, sebelum bergelar artis, dia sememangnya terlibat secara langsung dengan perniagaan keluarganya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada setiap kali Ramadan.
Namun, ia terpaksa diketepikan selepas terbabit dalam bidang seni ekoran kesibukan jadual kerjanya.
"Sebenarnya, minat terhadap perniagaan memang sudah ada dalam diri sejak dulu lagi. Sebelum menjadi artis, saya membantu perniagaan keluarga yang menjual baju Melayu dan songkok pada setiap bulan Ramadan. more
'My Couture' butik baru Rozita Che Wan
Rozita Che Wan juga memperkenalkan pakaian berjenama My Couture.
Perniagaan ini dijalanan bersama rakan kongsi Rozita iaitu Hanim Sahrom yang menjadi pengarah kreatif My Couture Sdn Bhd yang sekarang bertapak di Sek 23, Shah Alam, Rozita yang ditemui di majlis pelancaran butik tersebut berkata impian untuk membuka butik pakaian wanita telah lama difikirkan dengan dua orang adik perempuannya iaitu Rubytah dan Jaja. Butik My Couture menyediakan pakaian wanita sopan dengan fesyen moden kontemporari.
Setiap pakaian yang dijual mempunyai rekaan yang berbeza. Menariknya, Rozita turut bertindak sebagai pereka fesyen baju kurung mini. Menyentuh tentang harga, Rozita memberi jaminan harga setiap pakaian yang dijual lebih murah berbanding harga di pasaran dalam anggaran antara RM1,000 ke bawah. Orang ramai boleh juga melawati laman web www.mycouture.com.my untuk melihat pakaian yang dihasilkan.