Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Sunday, November 26, 2017

Siti Nuruhaliza Bakal Timang Bayi Perempuan?

Buat pertama kalinya penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.

Menerusi akan Instagram (IG)nya, dia memuat naik video tersebut dan teruja memberitahu aksi anaknya ketika imbasan dilakukan sangat sopan.

"Alololo.. sopannya anak ibu .. macam siapa?? #alhamdullillah #anugerahterindah"

Video tersebut turut terdengar suara wanita yang dipercayai doktor yang melakukan imbasan tersebut.

Menurut doktor itu, bayi dalam kandungan Siti amat malu kerana sering menutup mukanya ketika imbasan dijalankan.

Doktor itu juga menggelarkan bayi Siti sebagai 'princess' (puteri).




"Hey, princess nowadays not very shy lah," kata doktor

'Princess' ? Adakah bayi dalam kandungan Siti perempuan?

Hingga kini penyanyi Aku Cinta Pada Mu itu belum pernah mendedahkan jantina bayinya.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan agar bayi dalam kandungan Siti sihat dan selamat dilahirkan nanti.

Sumber: Astro gempak

Friday, February 27, 2015

Siti Nurhaliza - Saya Bukan Bimbang Soal Bayar Cukai


Siti menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai harta kekayaan sebanyak RM50 juta.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan perasaan kurang senangnya dengan pendedahan kononnya beliau sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia bukan kerana bimbang perlu membayar cukai pendapatan.

Siti, 36, sebaliknya beliau bimbang dengan laporan yang dikeluarkan oleh portal savemoney.com itu akan mengancam keselamatannya dan keluarga jika perkara itu menjadi perhatian ramai.

"Sebagai seorang warganegara Malaysia saya sentiasa melaksanakan tanggungjawab membayar cukai tanpa sebarang masalah dan tidak perlu bimbang mengenai hal itu.

"Saya bukan bimbang tentang cukai tetapi keselamatan saya yang mungkin terancam dengan laporan yang tidak tepat itu. Jujur saya kurang senang dengan perkara itu," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagaoi mengulas laporan portal savemoney.com yang menyenaraikan Siti sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM50 juta.

Dalam pada itu, Siti berkata, beliau kurang pasti atas dasar apakah pihak berkenaan menilainya dengan jumlah itu dan menganggap ia sebagai satu tanggapan dan andaian.

"Saya faham artikel berkenaan sekadar andaian dan tanggapan dalam mencerminkan yang hebat-hebat tentang wanita di Malaysia tetapi ia sama sekali tidak benar.

"Saya sendiri kurang tahu atas penilaian apakah mereka menganggarkan saya mempunyai harta kekayaan RM50 juta," katanya.

Sementara itu, Siti berkata, sebagai penyanyi dan usahawan, dia berharap laporan yang dikeluarkan tersebut akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Malah kata Siti, beliau sentiasa menyimpan impian untuk mencapai tahap lebih tinggi dalam hidupnya dan sedang berusaha ke arah tersebut.

"Belum lagi tahap itu, tetapi siapa yang tidak mahu mempunyai nilai kekayaan sebanyak RM50 juta? Saya sendiri memasang impian untuk mencapai tahap itu suatu hari nanti.


Sumber: Mstar

Monday, February 2, 2015

Photo : Dato Siti Jadi Ketua Pengawas, Datuk K Pula Sebagai Guru Disiplin



Kelab peminat penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza, Sitizone telah menyambut majlis ulang tahun ke- 11 penubuhan kelab tersebut baru-baru ini.

Dato’ Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti juga turut hadir memeriahkan lagi acara itu.

Apa yang menarik perhatian ialah majlis yang bertemakan ‘Back To School’ itu menampilkan Dato’ Siti sebagai Ketua Pengawas yang comel manakala suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) pula digelar cikgu disiplin.

Dato’ Siti tampil dengan berpakaian serba biru lengkap dengan tanda nama dan lencana  seperti Ketua Pengawas Sekolah.

Rata-rata peminat terpegun dengan kecomelan penyanyi kesayangan mereka malah Tok Ti juga cukup ‘spoting’ melayan karenah peminatnya.




















Sunday, January 25, 2015

Zamani Mohon Maaf Pada Jurugambar, Minta Tak Kaitkan Siti Nurhaliza


PETALING JAYA: Penyanyi Zamani (Slam) memohon maaf terhadap tindakannya meninggikan suara terhadap seorang jurugambar ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya pada Rabu lalu.
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, tindakan itu dilakukan tanpa sengaja sewaktu dia berada dalam keadaan tertekan.

"Saya minta maaf pada jurugambar yang secara tidak sengaja dan tidak sedar saya telah meninggikan suara padanya.

"Ketika itu saya dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit," ujarnya ketika ditemui di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahanan reman awal pagi Sabtu.
Zamani berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dia memaki jurugambar yang mengambil gambarnya ketika ditahan baru-baru ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.
Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin, manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Mengenai kenyataan komposer Shaari Amri pula, penyanyi berusia 44 tahun itu memilih untuk tidak mengulas perkara yang mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai punca dia terjerumus dengan gejala dadah itu.

"Orang yang berhak mengulas perkara ini ialah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan demikian.

"Apa yang berlaku pada diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) dan ia adalah ketentuan takdir qada dan qadar yang terpaksa saya terima," ujarnya.

Dalam pada itu, Zamani turut berterima kasih kepada masyarakat yang masih menerimanya dan memberi sokongan moral  untuk dia pulih.

"Saya sangka selepas ditangkap masyarakat akan marah dan benci pada saya kerana kesilapan ini sangat berat dan sukar dimaafkan.

"Namun saya tidak sangka ramai yang memberi mesej sokongan dan mengharapkan saya berubah sehingga membuatkan saya terharu," ujarnya yang akan menggunakan peluang kedua ini untuk berubah.

Sumber: Mstar

Thursday, January 15, 2015

Banyak Adegan 'Suamiku Encik Perfect 10' Dipotong


KUALA LUMPUR: Banyak adegan menarik yang terpaksa dikorbankan untuk memendekkan tempoh filem Suamiku Encik Perfect 10 yang pada awalnya dibuat untuk sebuah telefilem eksklusif bagi tayangan Astro First.

Pengarahnya, Mohammed Feroz Abdul Kader berkata, perkara tersebut merupakan cabaran utama apabila dia terpaksa memilih hanya babak penting bagi membantu jalan cerita.

"Ia agak mencabar kerana penggambaran yang pada awalnya kita lakukan untuk telefilem dua episod ditukar untuk dijadikan sebuah filem dengan durasi dua jam.

"Oleh itu saya perlu membuang banyak babak menarik terutamanya adegan penggambaran di London dan memilih babak yang penting untuk jalan cerita sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Mohammed Feroz ditemui selepas tayangan media filem Suamiku Encik Perfect 10 yang diadakan di GSC Pavilion, di sini, malam Selasa lalu.

Filem kerjasama Global Station Sdn Bhd bersama Astro Show itu turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zulkifly, Jihan Miskin dan Raja Ilya.

Sementara itu, Penerbit Global Station Sdn Bhd Datin Zaiton Mohd Jiwa berkata, pihaknya dan Astro membuat keputusan menjadikan karya tersebut sebagai sebuah filem selepas melihat beberapa kriteria yang berpontensi sebagai sebuah filem.


Lisa Surihani

Katanya, barisan pelakon yang terdiri daripada pelakon terkenal serta jalan cerita yang menarik membuatkan mereka yakin filem itu boleh menarik penonton ke pawagam.

"Pada asalnya ia adalah untuk tayangan Astro First Eksklusif, namun selepas kita buat screening dengan pihak Astro kami membuat keputusan untuk ia dijadikan sebuah filem.

"Kita lihat banyak babak menarik, pelakon terkenal dengan lakonan yang mantap serta jalan cerita yang bagus membuatkan kami berani mengambil keputusan itu," ujarnya.

Tambahnya, selepas keputusan untuk mengangkat ia dijadikan sebuah filem, pihaknya sudah mengenal pasti babak yang membuat penonton paham dan tidak tergantung.

Jelasnya, babak-babak menarik di London yang terpaksa dipotong adalah bukan babak penting untuk menyokong jalan cerita.

"Keputusan menjadikan ia sebuah filem membuatkan kami terpaksa mengorbankan banyak babak yang diambil terutama di London.

"Babak di London itu kebanyakkannya tidak membantu jalan cerita, ia hanya mencantikkan sahaja, kita terpaksa mencari babak yang benar-benar kuat untuk menghidupkan cerita ini," katanya.

Filem Suamiku Encik Perfect 10 merupakan adaptasi daripada novel tulisan Syamnuriezmil bakal ditayangkan pada 22 Januari ini di suluruh pawagam tanah air.

Selain filem tersebut, Global Station turut menghasilkan drama bersiri iaitu Suamiku Encik Sotong lakonan Sharnaaz Ahmad bagi siaran Astro.

Sumber: Mstar

Wednesday, July 23, 2014

Perasaan Sukar Siti Nurhaliza Jaga Datuk K Dikongsi Dalam Lagu

Siti kongsi perasaan dalam lagu 'Jaga Dia Untukku'.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu lagu terbaharunya berjudul Jaga Dia Untukku merupakan perkongsian tentang perasaannya melalui waktu-waktu sukar ketika suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.

Siti, 35, berkata, ia bercerita tentang pelbagai perasaan yang dipendam dan sukar untuk digambarkan ketika kejadian itu yang hanya dirasai oleh dirinya seorang.

"Lagu ini adalah tentang pengalaman setahun lalu ketika suami saya terlibat dengan kemalangan jalan raya, ia berkongsi tentang perasaan hiba, sedih dan berkecamuk ketika itu sehingga saya membuat untuk berhenti menyanyi selama empat bulan bagi menumpukan perhatian sepenuhnya mengaja dia.

"Ketika itu orang ramai tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi, jadi saya minta Aubrey Suwito (komposer) dan kakak ipar saya, Rozi yang tahu tentang keadaan itu mencipta sebuah lagu  dan lirik tentang kejadian itu," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Fragmen, di Hotel Le Maridien, di sini, malam Isnin.

Album yang memuatkan sebanyak sembilan buah lagu itu turut menerima Anugerah Platinum apabila jualan album mencecah 5,000 unit dalam masa seminggu dikeluarkan.
Sementara itu, Siti turut mengakui agak kecewa dan geram apabila masyarakat memberi pelbagai spekulasi terhadap keadaan suaminya selepas kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, dia enggan mengambil peduli tentang perkara itu dan menganggap ia sebagai satu cabaran sebagai seorang isteri yang perlu ditempuhinya.

mStar Default Image
Siti Nurhaliza lima dari kiri ketika pelancaran albumnya.

"Memang geramlah bila macam-macam cerita keluar tentang Datuk K ketika itu, tetapi saya sabar dan faham ia adalah kerana mereka tidak tahu keadaan sebenar suami saya.

"Kami tidak benarkan ramai orang datang melawat kerana Datuk K perlukan rehat dan menjalani rawatan fisioterapi setiap hari, mungkin disebabkan itu banyak spekulasi tidak betul timbul," katanya.

Dalam pada itu, Siti berkata, kejadian tersebut mempunyai hikmah tersendiri yang menguji kesabarannya sebagai seorang isteri.

Sementara itu, bercerita tentang album Fragmen ini, Siti berkata ia sarat dengan nilai kasih sayang, semangat dan juga rasa kecintaan dalam perspektif yang lebih meluas.

Tambahnya, dia mahu menerapkan nilai-nilai positif supaya album ini bukan sahaja boleh didengar muzik dan lagunya tetapi turut menghayati lirik-lirik yang ditampilkan.

Fragmen turut memuatkan lagu seperti Aku, Mula dan Akhir, Kau Sangat Bererti, Sanubari, Terbaik Bagimu, Warna Dunia dan Membunuh Benci.
Sumber: Mstar

Thursday, July 17, 2014

Siti Nurhaliza Kecam Individu Guna Namanya Kutuk Palestin


siti nurhaliza
Siti Nurhaliza kecewa ada pihak gunakan nama dan gambarnya untuk tujuan tertentu.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengecam tindakan individu yang mewujudkan satu laman Facebook palsu atas namanya dan memuatkan status mengutuk rakyat Palestin yang ketika ini diuji dengan serangan oleh Israel.

Siti, 35, berkata, dia tidak menghalalkan tindakan individu yang menyamar dengan mempergunakan nama dan gambarnya bagi kepentingan tertentu.

"Saya kecam dan saya tidak akan halalkan insan yang menyamar mempergunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan diri malah menulis sesuatu yang tidak berhati perut.

"Teman-teman dan peminat semua tolong ambil perhatian dengan kewujudan makhluk pelik ini," tulisnya di laman Instagram miliknya pada pagi Rabu.

Status yang dimuat naik Siti yang mengecam tindakan individu yang menggunakan namanya.

Akaun palsu tersebut melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk Palestin dan menganggap ia merupakan perkara biasa yang dilalui masyarakat tersebut.

Selain itu, individu berkenaan turut menyifatkan rakyat negara ini tidak akan mengambil peduli dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.

"Nasib kau lah Palestin. Walaupun bumi kau ada Baitulmaqdis, kami tak peduli... Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestin, kau kotor, lemah dan penakut," antara tulisan yang dimuat naik di akaun palsu itu pada malam Selasa lalu.

Bagaimanapun, pada perenggan kedua tersebut banyak menyindir kepada remaja Melayu yang leka dengan kesenangan yang dimiliki berbanding penduduk Palestin.

Antaranya mengenai anak Malaysia semuanya hebat dan mampu memiliki peralatan teknologi canggih serta mempunyai banyak masa untuk berselfie.

Antara komen daripada pengikut-pengikut Siti Nurhaliza tentang isu tersebut.


Sementara itu, posting di Instagram milik Siti Nurhaliza mendapat lebih 200 komen sehingga pukul 12 tengah hari Rabu daripada pengikut-pengikutnya turut mengutuk tindakan individu terbabit yang dianggap cuba mencemarkan nama baik penyanyi itu.

Mereka meminta agar Siti mengambil tindakan dan membuat laporan polis terhadap perbuatan individu tersebut.

Salah seorang pengikut Instagramnya, @Faliesskhairol berkata:  "Tak elok rasanya gunakan nama orang lain untuk penulisan dan kepentingan sendiri. Dato Siti Nurhaliza public figure of course ramai yang salah anggap nanti sebalik tulisan ini. Sedangkan itu bukan dia, hanya digunakan nama dan wajah beliau sahaja, harap Dato Siti Nurhaliza bersabar.

Sementara, @suechohomelrose pula menulis:  "Lebih baik tok ti buat laporan polis orang macam ini kena ambil tindakan".

Manakala, @nurulcuk turut memberi komen iaitu : "Ayat ini seolah-olah perli orang Malaysia... jangan cepat menghukum dan be positif wahai peminat @ctdk.

Sumber: Mstar

Saturday, May 10, 2014

Siti Nuhaliza Kesal Lagu Baharu Dicetak Rompak


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin begitu kesal apabila single lagu terbaharunya Jaga Dia Untukku yang  dipasarkan menerusi iTunes pada 3 April lalu telah dicetak rompak.

Siti, 35, berkata, pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah menghubungi syarikatnya iaitu Siti Nurhaliza Production bagi memaklumkan lagu tersebut boleh dimuat turun secara percuma tanpa sebarang urusan pembelian di beberapa laman internet.

"Ini sesuatu yang sangat mengecewakan kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesusahan pihak lain yang menghasilkan lagu tersebut.

"Saya sendiri telah turun padang mempromosikan lagu ini secara eksklusif di radio Hot FM pada 3 Mei lalu.

"Malah para peminat saya juga mendapatkan lagu ini dengan melanggan di iTunes. Tetapi pada masa sama, ada pihak yang tidak bertanggungjawab `mencuri' hasil kerja orang lain," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Tambah Siti, walaupun isu cetak rompak sudah lama menjadi masalah tetapi beliau berharap agar peminat atau penyokong industri muzik diberi kesedaran mengenai kesalahan dan impak sesebuah lagu yang dimuat turun secara haram.

"Jika saya sahaja yang berusaha memantau hal ini memang sukar. Bagi saya, semua pihak yang bertanggungjawab harus ada peranan masing-masing. Saya juga sering mengingatkan para peminat untuk mendapatkan album atau single saya dengan cara yang sah dan asli," ujarnya.

Bagaimanapun Siti berkata, dia bersyukur mengenai perkembangan penjualan lagu Jaga Dia Untukku yang mendapat kedudukan pada carta pertama di iTunes Malaysia.

Siti juga gembira kerana masih ada lagi masyarakat yang memberi sokongan terhadap industri muzik tempatan.

Sementara itu, Presiden RIM iaitu Norman Abdul Halim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan serius terhadap isu lagu-lagu tempatan yang dicetak rompak secara digital.

"Bukan hanya lagu Siti, tetapi mana-mana penyanyi yang membuat laporan mengenai isu ini, pihak kami akan mengambil tindakan yang serius.

"Setakat ini, RIM turut bekerjasama dengan pihak polis serta syarikat perisian komputer untuk mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab itu," tegasnya.

Jaga Dia Untukku adalah ciptaan Aubrey Suwito dan lirik hasil tulisan Rozisangdewi. Ia dirakamkan pada Januari 2014.

Sumber: Mstar

Saturday, May 3, 2014

Aizat Tolak Hasrat Siti Nurhaliza, Sheila Majid


Penyanyi Aizat Amdan mendedahkan dia pernah menolak hasrat beberapa orang artis tersohor tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin dan Datuk Siti Nurhaliza yang ingin mendapatkan karyanya.

Aizat, 25, berkata, dia masih belum yakin mencipta lagu untuk dinyanyikan oleh artis popular dan jauh berpengalaman serta mereka yang dianggapnya sebagai idolan dalam bidang seni suara.

"Bukan saya tidak mahu buat (lagu) tetapi saya takut dan belum yakin terutama untuk orang lain dan orang tersebut pula adalah dola-idola saya.

"Untuk artis seangkatan pun saya belum pernah berikan lagu, inikan pula mereka yang sudah ada kelas tersendiri.

"Saya akui masih belum layak untuk mencipta lagu untuk mereka," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tonton Music, di First Avenue, di sini, Rabu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa (tengah), Pengurus Besar Kumpulan TV9, Sherina Nordin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul ketika melancarkan Tonton Muzik.

Bagaimanapun, kata Aizat keyakinannya kini semakin bertambah dan dia bersedia untuk memberikan lebih fokus terhadap penciptaan lagu.

Ujarnya, ada beberapa lagu ciptaannya yang kurang bersesuaian dengan genre yang dibawa dan ia akan diberikan kepada beberapa artis baharu.
"Saya ada banyak koleksi lagu tetapi sebelum ini saya tidak pernah berniat nak bagi pada orang, saya takut orang tak nak terima lagu saya."

"Sekarang keyakinan saya semakin bertambah dan mahu beri fokus untuk buat lagu pula terutamanya kepada artis-artis baharu," jelasnya.

Sementara itu, ditanya soal kekasih, Aizat mengakui sibuk dengan kerjaya dan belum mempunyai teman istimewa.

Bagaimanapun dia akui terdetik untuk mendirikan rumah tangga selepas abangnya iaitu Anas berkahwin minggu lalu.

"Saya rasa gembira dan sedih bila dia dah kahwin, sudah tentu terdetik dihati saya untuk berkeluarga tetapi jodoh belum sampai lagi.

"Mereka berdua sudah kenal lama dan memang saya nampak sangat serasi dan ditakdirkan bersama. Saya sangat gembira untuk dia," katanya yang bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi.

Sumber: Mstar

Saturday, March 1, 2014

Lukisan Wajah Siti Nurhaliza Bernilai RM75,000

Seramai 17 pelukis tempatan dan luar negara membabitkan diri dalam pameran karya lukisan khas Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL, Publika di sini.

Lukisan tersebut akan dipamerkan selama sebulan bermula 26 Februari 2014.


Menurut rakan niaga Galeri Artelier KL, Ahmad Khairo Othman, Antara nama-nama pelukis yang terbabit melakar gambar Siti Nurhaliza termasuklah Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, Faiz Yunus, E.M. Nightwatcher (Iran), Haffendi Anuar, Zizan Rosman dan Nazmi Ismail.

"Projek ini telah bermula sebulan lalu di mana kesemua pelukis telah menemu bual Siti sebelum memulakan projek lukisan mereka.

"Kemudian, setiap daripada mereka akan menghasilkan karya mengikut kreativiti masing-masing. Pihak kami turut berbesar hati kerana bukan calang-calang orang yang terbabit dengan projek ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Khairo, lukisan termahal yang dipamerkan iaitu bernilai RM75,000 merupakan karya pelukis dari Sepanyol, Adrian Torres dan ia begitu eksklusif kerana membabitkan hasil lukisan menggunakan jari tanpa peralatan lukisan.

Lukisan berbentuk arca dengan memaparkan separuh wajah Siti karya Scott Abbas turut menarik perhatian ramai dengan nilai harga sebanyak RM6,500.

Antara lukisan-lukisan yang menjadi perhatian termasuklah karya Badruddin Shah Abdul Wahab bernilai RM6,000, Firdaus Mahadi (RM5,000) dan Khairul Arshad (RM5,500).

Sementara itu, 30 peratus daripada kesemua lukisan yang dijual akan disalurkan ke Yayasan Nurjiwa yang dimiliki oleh Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Sumber: Mstar

Friday, February 28, 2014

Siti Nurhaliza Bakal Duet Dengan Cakra Khan


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mengakui bakal berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia popular Cakra Khan.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 34, berkata, lagu duet tersebut akan dimuatkan dalam album solo terbaharu penyanyi itu namun proses rakaman belum dijalankan kerana masih lagi mencari lagu yang sesuai.

"Pihak pengurusan Cakra meminta saya berduet dengan penyanyi itu dan ia adalah satu penghargaan buat diri saya.

"Tambah pula sebelum ini saya pernah membuat persembahan duet dengan Cakra pada Anugerah Planet Muzik (APM) tahun lalu. Saya cukup mengkagumi suaranya yang unik dan merdu.

"Buat masa ini kami mencari lagu yang bersesuaian daripada komposer Indonesia," katanya.

Siti ditemui pada majlis pameran lukisan yang menandakan dia sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL di sini pada Rabu.

Tambah Siti, selepas mendapat lagu bersesuaian, penyanyi itu akan ke Indonesia merakamkan lagu di sana sekali gus menyiapkan klip video bersama Cakra di negara itu. Baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Thursday, January 9, 2014

Konsert Amal Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC

Penyanyi tersohor dan nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza tampil dengan konsert amal Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC pada 7 dan 8 Februari 2014 di Plenary Hall, KLCC.

Konsert ketiga daripada pertubuhan yang diasaskan bersama suami tercinta itu berkonsepkan 'Where The Heart Is' menyaksikan Siti bakal menyanyikan lebih 15 buah lagu selama hampir dua jam.

Objektif utama konsert ini adalah bagi mengumpul dana bagi membantu golongan memerlukan terutamanya anak yatim, fakir miskin, orang kurang upaya dan mangsa bencana alam. baca lagi

Saturday, January 4, 2014

Siti kagum kejayaan Yuna dan Zee Avi

Siti kagum kejayaan Yuna dan Zee Avi


Dalam segmen kedua temubual Forumuzik bersama ikon seni negara Datuk Siti Nurhaliza, beliau mengagumi pencapaian artis baru seperti Yuna dan Zee Avi.

Siti mengakui bahawa untuk ke persada antarabangsa seseorang artis itu perlu ada bakat dan juga ‘tuah’ selain diberikan ruang untuk mengembangkan sayap.

Saturday, December 24, 2011

Siti Nurhaliza dan Majalah GLAM Januari 2012

Siti Nurhaliza dan Majalah GLAM Januari 2012

Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala. Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini.


Friday, September 30, 2011

New Album - Siti Nurhaliza - Falling In Love (2011)


New Album - Siti Nurhaliza - Falling In Love (2011)

Tracklisting:

1.ALL YOUR LOVE
2.NOBODY ELSE
3.TONIGHT
4.ALL OVER AGAIN
5.I’LL WAIT FOREVER
6.FALLING IN LOVE
7.I CRY OUT
8.FIGHT FOR LOVE
9.STAND UP
10.REMEMBER YOU (FEAT SEAN KINGSTON)

Preview

Friday, August 19, 2011

SimplySiti Dan Majlis Berbuka Puasa

SimplySiti Dan Majlis Berbuka Puasa

SimplySiti juga telah menganjurka majlis doa selamat dan berbuka puasa di Masjid Wilayah Persekutuan (tempat pernikahan mereka 5 tahun yang lalu) pada Selasa lalu. Turut hadir, penaungnya sendiri, Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, yang berpakaian serba hitam dan bertudung bagi Dato' Siti Nurhaliza.

Tetamu istimewa yang turut diundang adalah anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak dan komposer Yassin, kumpulan nasyid Now See Heart serta Imam Muda pertama, Asyraf. Selain daripada itu, Dato' Siti mengumumkan yang dia dan suaminy akan mengerjakan umrah pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini. more



Tuesday, August 2, 2011

Ali (Kilauan Emas) Idam Duet Dengan Siti Nurhaliza

news @mStar

Ali (Kilauan Emas) Idam Duet Dengan Siti Nurhaliza

Juara Kilauan Emas, Mohd Ali Norpiah Mohd Johar, 46, berhasrat untuk menghasilkan lagu duet dengan dua pupunya, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Bagaimanapun niat tersebut masih belum diputuskan kepada wanita itu melainkan cakap-cakap mulut yang diajukan kepada ibu Siti iaitu Siti Salmah Bachik.

"Saya dan Datuk Siti Nurhaliza adalah dua pupu kerana ayah saya dan mak dia sepupu.

"Saya ada berjumpa dengan mak dia di Kuala Lipis sebelum ini. Jadi, keluarga dia tahu tentang impian saya ini dan jika tiada aral, saya mungkin akan berduet dengan dia,"

Program realiti Kilauan Emas yang disiarkan di Astro Prima (saluran 105) pada Jumaat lalu itu turut menyaksikan naib juara yang disandang oleh Shamsiah Mohd Said dan memenangi wang tunai RM15,000, tempatketiga Azhar Shariff (RM10,000) manakala tempat keempat Mohd Razip Kadir.

Azhar turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Polident dan menerima wang tunai RM5,000. more

Saturday, July 30, 2011

Zack X-Factor Mahu Buat Album Kerana Siti Nurhaliza

news @mStar

Zack X-Factor Mahu Buat Album Kerana Siti Nurhaliza

Pelakon Zachery Francis atau mahu dikenali sebagai Zach Diamond, 34, bakal kembali mewarnai dunia nyanyian apabila berhasrat menghasilkan album secara solo selepas meninggalkan dunia nyanyian sejak sekian lama.

Menariknya, dia yang popular sebagai anggota kumpulan X-Factor berhasrat menyahut cabaran itu selepas diminta oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang mahukan dia berbuat demikian.

“Datuk Siti Nurhaliza berpesan kepada saya untuk membuat album solo dan tidak mahu melihat saya hanya sibuk berlakon. more

Sunday, July 17, 2011

APM 2011: Malaysia Ungguli 8 Kategori

APM 2011: Malaysia Ungguli 8 Kategori


Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 melabuhkan tirainya Jumaat lalu. Untuk edisi ke-10 APM, artis dari Malaysia nampaknya mengungguli lapan kategori yang dipertandingkan. Antaranya Artis Lelaki Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad).

Album Terbaik : Energi (Kotak)
Artis Lelaki Terbaik : Faizal Tahir ('Adrenalin')
Artis Wanita Terbaik : Rossa ('Harmoni Jalinan Nada & Cerita')
Lagu Terbaik : Awan Nano (Hafiz)
Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki) : Sandhy Sondoro ("Bunga Mimpi")
Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita) : Amanda Imani ("Selamilah Cinta)
Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru) : Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet ("Kalau Berpacaran")
Duo/Kumpulan Terbaik : Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah ('3 Suara')
Lagu Serantau Paling Popular : Angkasa (Hady Mirza)
Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad) : Datuk Siti Nurhaliza)
Koloborasi Terbaik : Dayang Nurfaizah & Marcell ("Sayang")
Lagu Singapura Paling Popular : Angkasa (Hady Mirza)
Artis Singapura Paling Popular : Hady Mirza
Lagu Terbaik Singapura : Lagu Teman ('The Lion Story' feat Zahidah)
Lagu Terbaik Malaysia : Awan Nano (Hafiz)
Lagu Terbaik Indonesia : Cintailah Aku Sepenuh Hati (Ari Lasso)
Anugerah Khas Planet Muzik : Melly Goeslaw


Source:
gua.com.my


Monday, July 4, 2011

Pelakon Lisa Surihani join Platun Seni Askar Wataniah ??


News @mStar

Pelakon Lisa Surihani join Platun Seni Askar Wataniah ??

Platun Seni Askar Wataniah yang dianggotai artis-artis tempatan berpeluang mengikuti rombongan ke Lubnan pada akhir bulan depan untuk memberi semangat kepada pasukan pengaman di negara itu.

Ahmad Zahid dalam pada itu menghargai usaha platun media Askar Wataniah itu, terutamanya Siti Nurhaliza dan penyanyi Ana Raffali yang telah mempromosikan Askar Wataniah ini di sekolah-sekolah lama mereka dengan mengenakan uniform Askar Wataniah untuk acara perbarisan pasukan kadet sekolah. more