Showing posts with label Yunalis Zarai. Show all posts
Showing posts with label Yunalis Zarai. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

YUNA KECEWA, AKUR PEMBATALAN FMFA 2014 ADA HIKMAH

YUNA

Penganjuran Future Music Festival Asia 2014 (FMFA 2014 ) yang dijadualkan selama 3 hari telah dibatalkan pada saat-saat akhir iaitu hari terakhir, Sabtu atas sebab keselamatan.

Selain nama besar muzik antarabangsa seperti Pharrell Williams, Macklemore & Ryan Lewis, Knife Party, Deniz koyu, Tinie Tempah dan ramai lagi, senarai persembahan turut dilengkapkan dengan dua nama besar industri muzik tempatan iaitu Yuna dan Dato Sheila Majid.

Yuna ketika dihubungi melalui pengurusnya sebentar tadi memberitahu bahawa keputusan ini memeranjatkan penyanyi bertaraf antarabangsa tersebut yang turut kecewa setelah membuat persiapan bagi penampilan di festival muzik ini.

"Pembatalan disaat akhir oleh penganjur memang mengejutkan saya dan ramai lain yang turut terlibat bagi menjayakan persembahan di FMFA ini. Tetapi saya percaya ada hikmah disebalik tindakan pihak berkuasa ini. baca artikel penuh

Sumber: Murai

Tuesday, January 21, 2014

GOSIP: IMEJ YUNA YANG BERPAKAIAN KETAT DIKECAM PEMINAT

Bukan sekali dua imej penyanyi, Yunalis Zarai atau Yuna dipertikaikan, malah sejak awal kemunculannya lagi rata-rata peminat tidak gemar dengan pakaiannya yang dikatakan agak ketat dan tidak sesuai sebagai seorang wanita muslim yang bertudung.



Menurusi foto yang dimuat naik, Yuna telah memakai baju lengan panjang baldu separa yang melekap di badan dan telah menggayakannya dengan tiub hitam didalam dan berseluar panjang serta berturban.

Peminat dan pengikutnya di laman Facebook Page miliknya itu rata-rata tidak gemar dengan pakaian Yuna yang dianggap terlalu ketat sebagai seorang wanita yang bertudung. Selain itu, timbul juga hukum hakam dalam Islam oleh peminat yang memberikan komen.

Sumber: Murai