Showing posts with label aim18. Show all posts
Showing posts with label aim18. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Anuar Zain Janggal terima trofi daripada Yuna

news @hmetro

Trofi milik Anuar Zain

KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.

Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.

Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.


Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.

Thursday, September 15, 2011

AIM-18 : Aizat Ungguli Enam Pencalonan

news @mStar

AIM-18 : Aizat Ungguli Enam Pencalonan

Penyanyi Aizat mengungguli enam pencalonan bagi enam kategori termasuk Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM-18) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 November depan pukul 8.30 malam.

Aizat yang mendominasi hampir kesemua kategori utama menerusi album 'Utusan Aizat' dicalonkan bagi kategori Kulit Album Terbaik (Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd), Rakaman Album Terbaik (Pereka Keith Yong dan Nick Lee), Video Muzik Terbaik (Ahmad Farish) menerusi lagu 'Susun Silang Kata', Lagu Pop Terbaik (Sungai Lui), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Years From Now) dan Album Terbaik (Kasi Gegar Entertainment).

Menyusuli Aizat adalah penyanyi Ning Baizura dengan lima pencalonan menerusi album terbarunya 'Dewa' dan album duet bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah, menerusi album 'Tiga Suara’.

Dalam pada itu, Datuk Sheila Majid, Anuar Zain, Yuna, Najwa Mahiaddin, masing-masing mendapat empat pencalonan pada anugerah tersebut. more