Showing posts with label khairul fahmi. Show all posts
Showing posts with label khairul fahmi. Show all posts

Friday, February 7, 2014

Photo: Tahniah buat Apek dengan baby barunya

Tahniah diucapkan kepada penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) kerana isterinya Leuniey Natasha selamat melahirkan bayi perempuan tepat jam 2.55petang 3 Feb 2014. Bayi sulung pasangan ini dilahirkan secara normal dengan berat 2.75kg.

Bayi comel yang dinamakan Kayla Elayna ini telah mengumpul jumlah pengikut seramai lebih daripada 12 ribu orang di istagram.






Monday, August 1, 2011

Sah Khairul Fahmi Putus Tunang?

Sah Khairul Fahmi Putus Tunang? | Harian Metro

Khairul Fahmi penjaga gol Harimau Melaya dikatakan telah memutuskan tali pertunangan. Semuanya berpunca daripada orang ketiga tetapi dinafikan oleh Khairul Fahmi dalam kenyataannya di Harian Metro.

Katanya:
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Wednesday, June 8, 2011

Khairul Fahmi Berlakon Muzik Video Andi

news @mStar
Link
Khairul Fahmi Berlakon Muzik Video Andi

Penyanyi Andi A Merican sanggup menunggu penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk melakonkan muzik video pertamanya berjudul Solo yang akan dilancarkan pada Khamis ini.

Andi berkata, dia mengambil masa selama tiga bulan menunggu maklum balas Khairul Fahmi kerana pemain bola sepak itu sibuk dengan perlawanan dan latihan selain merupakan anggota pasukan bola sepak Kelantan.

“Saya tunggu Apek selama tiga bulan untuk menjayakan muzik video ini. Jadi, apabila dia mempunyai masa terluang dan boleh turun ke Kuala Lumpur untuk latihan pasukan kebangsaan baru dia boleh melakukan penggambaran itu dan pihak produksi perlu mengikut masanya.
more

Trailer muzik video berkenaan boleh ditonton menerusi laman sesawang YouTube

Friday, June 3, 2011

Photo Majlis Pertunangan Khairul Fahmi Dan Elia

Photo Majlis Pertunangan Khairul Fahmi Dan Elia

Tahniah kami ucapkan kepada Khairul Fahmi dan Elia atas majlis pertunangan pada 17 hb Mei 2011, dan diharap perhubungan ini akan diteruskan sehinggan ke alam perkahwinan dan kekal sehingga ke anak cucu.