Showing posts with label artis bertudung. Show all posts
Showing posts with label artis bertudung. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

Nekad Berhijab, Lufya Padam Gambar Seksi Di Instagram



Pelakon dan penyanyi Lufya Omar kini tampil dengan imej baru selepas dia nekad untuk berhijab pada 2 Februari lalu sempena meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke- 30.

Lufya ketika ditemui pada majlis tayangan filem ‘Sunti@Facebook’ di TGV One Utama baru-baru ini memberitahu niat untuk berhijab sudah lama timbul namun pada waktu itu dia masih belum bersedia sepenuhnya.

“Alhamdulillah, saya mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya pada ulang tahun kelahiran saya.

“Saya akui dengan penampilan baru ini kehidupan saya lebih selesa dan tenang. Saya berubah kerana Allah dan tidak ada paksaan dari mana-mana pihak.

“Niat untuk bertudung sudah lama cuma saya belum bersedia, lebih-lebih lagi pada waktu itu saya terikat dengan kerjaya nyanyian dan juga lakonan,” katanya.



Lufya kini tampil dengan imej bertudung.

Lufya tidak menafikan perubahan yang dibuat oleh itu sedikit sebanyak telah menggembirakan hati ibu bapanya.

“Saya anggap ini adalah permulaan yang baik buat saya selepas pelbagai ujian telah saya lalui… Orang pertama yang paling gembira dengan penghijrahan ini adalah ibu bapa saya.

“Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya menjadi seorang muslimah yang lebih baik di sisi agama dan saya berharap agar peminat turut mendoakan saya,” ujarnya.

Di samping itu, Lufya juga meminta  semua pihak menghormati penghijrahannya dengan  tidak menyebarkan foto-foto menampilkan imejnya yang tidak bertudung di laman sosial selepas ini.

“Kalau boleh saya mohon jasa baik semua pihak supaya tidak menyebarkan gambar-gambar saya tidak bertudung di laman sosial.

“Saya kini telah menjadi Lufya yang ‘baru’ dan saya mohon agar semua pihak menghormati perubahan imej saya.” kata Lufya yang turut memadamkan kesemua foto-foto lama di akaun Instagramnya.

Sumber: AstroGempak

Friday, March 6, 2015

Che Ta Selamat Pulang Dari Tanah Suci, Kini Berhijab


Pelakon cantik Rozita Che Wan kini tampil dengan imej baru selepas pulang dari mengerjakan umrah  bersama suami, Zain Saidin pada Khamis.


Pengurus Rozita, Afeeq Abdul Wahab turut mengesahkan perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram dan Facebooknya.

Afeeq ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta akan kekal dengan imej bertudung.

“Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.

“Saya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” katanya.

Tambah Afeeq lagi, setakat ini pihak endorsement menerima perubahan Che Ta dengan baik dan tidak mempunyai masalah dengan imej baru pengacara Primadona itu.

Che Ta dan suami berangkat menunaikan umrah pada minggu lepas dan selamat tiba dari tanah suci Mekah pada tengahari tadi.

Terdahulu Che Ta pernah memberitahu kepada media akan menunaikan umrah bersama suami sebagai memenuhi nazarnya.

Pelakon dan pengacara cantik itu juga pernah berhajat menunaikan umrah sekiranya dia mengandung selepas mendirikan rumah tangga dengan Zain pada penghujung 2013.

Sumber: AstroGempak

Tuesday, March 3, 2015

Hanis Zalikha kini tampil dengan imej baru

Mama dan Daddy sudah lama doa - Hanis Zalikha
Pelakon dan blogger terkenal, Hanis Zalikha kini tampil dengan imej baru selepas memuat naik gambarnya bertudung di laman Instagram
KUALA LUMPUR: Pelakon dan blogger terkenal, Hanis Zalikha kini tampil dengan imej baru selepas memuat naik gambarnya bertudung sebentar tadi di laman Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen di Instagramnya, Hanis Zalikha atau nama sebenarnya Hanis Zalikha binti Zainal Rashid menjelaskan sudah lama berlatih bertudung dan mengakui sedikit emosi lebih-lebih lagi menjelang hari pertunangannya tidak lama lagi.

“Dah lama dah practice. Baby steps bila keluar dengan family, dapat pakai tudung so happy. Keluar dengan kawan, dapat pakai tudung so happy. Keluar dengan dia, dapat pakai tudung so happy. Malah terserempak fans got me blushing☺️. Mama Daddy dah lama doa dan hint2. Jadi anak yang baik sebelum jadi isteri yang baik.

“Saya dibesarkan dengan kesabaran dah kasih sayang. Tak sanggup nak dipisahkan dari tanggungjawab mereka tanpa mereka rasa telah selesai didik saya. Terasa sebak sebab inilah dua orang pertama dalam dunia yang telah saya cintai terdahulu sebelum sesiapa. I love you Mama Daddy. It's months away from the wedding but why am I so emotional. Allah Humma Yassir Walaa Tua'sir,” dipetik menerusi laman Instagram Hanis Zalikha.

Foto daripada Instagram Hanis Zalikha

Alhamdulillah dan tahniah buat Hanis Zalikha setelah mengambil keputusan untuk menutup aurat sebelum menjadi seorang isteri. Semoga penghijrahan Hanis menjadi teladan kepada mereka di luar sana. 
 
Sumber: AstroAwani

Wednesday, July 16, 2014

Ziana Zain: Berkat Ramadhan Kini Berhijab


Kenapa Ramadan sentiasa dinanti, kerana Allah SWT menjanjikan bulan ini sebagai bulan untuk umatnya melipat ganda akan amalan dan beribadah untuk ganjaran pahala yang juga tidak terhingga banyaknya.

Tetapi buat  penyanyi tersohor, Ziana Zain Ramadan kali ini antara yang paling bererti bila dia menerima kurniaan yang amat bernilai daripada Allah SWT. Pada hari turunnya Al Quran ke dunia, Ziana pula terima sebuah hadiah istimewa serta ia menandakan kejayaan buat semua yang mendoakan kesejahteraan penyanyi pujaan ramai ini.

Beberapa kali cerita mengenai Ziana Zain mula mengubah penampilannya terbit ditajuk utama media massa seluruh negara baru-baru ini. Namun tuan empunya badan belum lagi mengesahkan sendiri hinggalah pada hari ini 15 Julai bersamaan 17 Ramadan iaitu hari Nuzul al-Quran, diva pujaan ramai itu mengakui penampilannya di rakaman MeleTOP Raya merupakan imej baru buat Ziana Zain.

Dihubungi sebentar tadi menerusi panggilan telefon, Ziana atau nama penuhnya Siti Roziana Zain, tenang bercerita mengenai hijrahnya pada Ramadan ini adalah sebuah hadiah kemenangan dan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya. Bagi dirinya, ia adalah berkat dan doa dari insan yang menyayanginya selama ini  telah dimakbulkan Allah SWT.

“Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa  daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

“Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.

“Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah,”tutur Ziana yang tidak lekang memanjatkan syukur kerana diberikan peluang yang begitu berharga di bulan mulia ini.


Ditanya tentang karier seninya, Ziana masih aktif seperti biasa cuma penampilannya kini akan cuba dijaga sebaiknya. Tambahan pula sokongan daripada keluarga terutama anak-anak akan mempermudahkan hari-hari yang bakal dilaluinya nanti berserta sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminatnya.

Penampilan istimewa penyanyi lagu Korban  Cinta ini adalah bersempena dengan rakaman khas MeleTOP Raya untuk siaran Aidilfitri ini di Astro. Memilih ilham rekaan pereka yang sinonim dengan nama penyanyi ini, Rizman Ruzaini telah menyiapkan persalinan indah lengkap berhijab khas untuk imej terbaru Ziana Zain itu.

Sumber: Murai

Tuesday, July 8, 2014

Felixia Yeap Syukur Bergelar Muslimah

felixia
Memetik status yang dikongsi di akaun Facebook miliknya, Felixia Yeap telah selamat memeluk agama Islam tepat jam 6.30 petang, semalam. 
 
"Jam 6.30pm tadi...saya telah selamat mengucap syahadah saya di sebuah masjid di TTDI.
 
"Alhamdullilah...selamat bergelar seorang Muslimah walaupun diberi extra dugaan hari ini. Amat bersyukur dengan kawan2 yang hadir tadi," tulisnya. 
 
Biarpun belum mendedahkan nama Islamnya secara rasmi, menerusi kenyataan di blognya, Felexia lebih selesa mengekalkan nama Cinanya namun akan menambah nama kurniaan daripada mimpi di hadapan nama asalnya. 
 
Dalam pada itu, Felixia juga melahirkan rasa bersyukur kerana memeluk Islam di kala masyarakat Islam seluruh dunia sedang menyambut bulan penuh keberkatan, Ramadan.
 
Malah, model jelita ini mengakui sudah pun menunaikan rukun Islam yang ketiga sejak dari hari pertama Ramadan lagi.
 
"Apabila berpuasa, ia membuatkan saya lebih fokus sekali gus menyebabkan lebih tekun untuk membaca, mempelajari dan menambah ilmu Islam.
 
"Ibadah ini mengajar saya erti kesabaran dan bersyukur di atas nikmat kurniaan yang Allah SWT berikan.
 
Sumber: Mediahiburan

Umie Aida Lebih Tenang Selepas Bertudung

umie
Penyertaan dalam kelas agama sejak tahun lalu telah membuka hati pelakon Umie Aida untuk terus berhijab. Walaupun berkeberatan untuk menghebahkan soal penghijrahnya, namun Umie mengakui selesa dan lebih tenang dengan perubahannya.
 
“Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa. Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal.
 
“Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus," ujar Umie yang dipetik daripada Berita Harian. 
 
Menyentuh mengenai rezekinya dalam dunia lakonan selepas berhijab, Umie mempunyai jawapannya sendiri;
 
“Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. InsyaAllah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya."

Sumber: Mediahiburan

Saturday, July 5, 2014

Neelofa Ambil Keputusan Berhijab


PETALING JAYA: Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung.

Pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, Neelofa, 25,  membuat keputusan berkenaan pada Selasa (hari ini) dan langkah itu adalah satu perubahan positif buat dirinya.

"Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya pada hari ini (Selasa).

"Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya," katanya kepada mStar Online.

Shawn diminta mengulas mengenai kenyataan adik pelakon itu, Ameera, yang memuat naik foto Neelofa bertudung di Instagram miliknya dengan kapsyen rasa bersyukur dengan perubahan yang dilakukan oleh kakaknya itu lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Foto Neelofa yang sudah bertudung yang dimuat naik oleh adiknya, Ameera.

Neelofa tidak dapat dihubungi memandangkan dia sedang membuat rakaman suara bagi program Meletop yang akan bersiaran secara langsung pada malam Selasa di Astro Ria pada pukul 9 malam.

Dalam pada itu, Shawn berkata, sebelum membuat keputusan untuk berhijab, dia sudah mula memakai tudung secara perlahan-lahan sejak tiga bulan lalu.

"Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian saya, Neelofa berubah secara perlahan-lahan dan sejak tiga bulan lalu, dia kerap berhijab. Tidak sangka pula dia melakukan perubahan secepat ini.

"Bukan sahaja lebih positif tetapi wajahnya dilihat sentiasa gembira. Apa-apapun kita mendoakan yang terbaik untuknya," ujarnya
Sumber: Mstar

Saturday, April 26, 2014

Juliza Adzlizan Bertudung, Tiada Lagi Baju Seksi


Penyanyi Juliza Adzlizan memberitahu keputusannya untuk tampil sopan dengan imej bertudung bukan kerana melalui kejadian-kejadian aneh seperti segelintir individu atau sengaja mahu mengikut trend terkini.

Sebaliknya, Juliza, 47, berkata, penghijraan tersebut dilakukan selepas dia merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang mengamalkan tanggung jawab dengan sempurna.

"Saya sudah lama berniat untuk bertudung tetapi banyak sahaja kekangan terutamanya daripada segi pemakaian. Banyak koleksi pakaian saya yang kurang sesuai untuk dipakai dengan tudung.

"Jadi saya terpaksa ambil masa beli pakaian yang sesuai sikit-sikit dan tudung, lagipun saya jarang keluar rumah, sepanjang masa saya duduk rumah sahaja buat kek," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Juliza, dia mula merancang untuk bertudung sejak beberapa bulan lalu, terutama sekali ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan.

Bagaimanapun, baharu semalam (Selasa) dia mengakui benar-benar yakin untuk muncul dengan imej tersebut.

"Beberapa bulan lalu saya dah pakai tetapi untuk ke majlis-majlis tertentu sahaja, bila saya pakai saya rasa diri saya sempurna dan lengkap.

"Semalam baru saya pakai betul-betul dan yakin dengan keputusan saya ini, bukan apa, saya tidak mahu hanya pakai tudung tetapi amalan agama yang wajib masih lagi tidak bersedia. baca artikel penuh

Sumber: Mstar