Showing posts with label jaclyn Victor. Show all posts
Showing posts with label jaclyn Victor. Show all posts

Friday, February 21, 2014

Istana Budaya Pujuk Bunga Citra Lastari ?

Pihak Istana Budaya akan memujuk bintang Indonesia iaitu Bunga Citra Lastari untuk menjayakan Konsert Stanza Cinta yang akan berlangsung di pusat kebudayaan itu pada 4 hingga 5 April depan. Ketua Pengarahnya Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, langkah itu terpaksa dibuat kerana penyanyi itu yang pada asalnya bersetuju menjayakan konsert berkenaan menarik diri kerana sebab-sebab tertentu.

"Saya akan cuba berbincang dengan beberapa pihak terutamanya penganjur iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk berunding semula tentang tawaran dan bayaran kepada penyanyi tersebut agar dia dapat datang menjayakan konsert ini.

"Kemunculan Bunga dilihat mampu menarik penonton dan memberikan kelainan kepada konsert tersebut berikutan nilai eksklusifnya yang jarang membuat persembahan nyanyian di negara ini," katanya pada sidang media Konsert Stanza Cinta, di Istana Budaya, di sini, Khamis.

Mohamed Juhari berkata demikian ketika ditanya tentang penarikan diri penyanyi Bunga Citra Lestari menyertai konsert berkenaan.

Turut hadir ialah penyanyi Jaclyn Victor, Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim dan Konduktor Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK), Mustafa Fuzer.

Selain Jaclyn Victor, konsert itu turut menampilkan Adira, Noh (Hujan) dan Haziq bertemakan ‘meraikan cinta’.

Sementara itu katanya, konsert berkenaan juga akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

"Ini merupakan kali pertama kami mengadakan konsert di pentas Istana Budaya dengan kerjasama UUM kerana sebelum ini ia di adakan di universiti tersebut di Kedah.

Sementara itu, ditanya tentang penglibatan artis luar di pentas berprestij Istana Budaya, jelasnya, ia bagi meraikan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kata Mohamed Juhari, pihaknya membuka lebih banyak peluang kepada artis luar negara untuk mengadakan konsert di Istana Budaya dalam tempoh dua tahun ini.

Konsert Stanza Cinta akan diadakan pada pukul 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.

Source: Mstar

Sunday, May 20, 2012

Hafiz Juara Mania Konsert Akhir 2012 l Astro

SABTU (19 Mei 2012) - Hadiah wang tunai RM500,000 malam ini adalah milik Juara Akademi Fantasia Musim ke-7, Hafiz. Kemenangan Hafiz yang berada di Empayar Hijau milik Produser Ahmad Dhani juga menghadiahkan peroduser tersebut wang tunai berjumlah RM300,000. Naib Juara Mania telah dimenangi oleh Stacy yang menerima RM200,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Jaclyn Victor dengan membawa pulang wang tunai RM100,000.


Konsert Mania! Akhir telah menampilkan 5 Bintang Mania iaitu Aril, Hafiz, Hazama, Jaclyn Victor dan Stacy dalam satu pentas merebut gelaran Juara Mania! yang pertama. Masing-masing membawakan dua buah lagu termasuk lagu yang didendangkan bersama artis pilihan mereka sendiri secara duet. more
Berikut adalah kedudukan kesemua 5 Bintang Mania selepas undian SMS ditutup.
1. Hafiz - 28%
2. Stacy - 22%
3. Jaclyn Victor - 22%
4. Hazama - 19%
5. Aril - 9%

Komen:
Bagi admin Jac lagi layak bagi memenangi Mania ni, tapi apakan daya semuanya bergantung pada sms. Tapi jugak kalau pihak Astro nak memberikannya kepada anak emas mereka jugak memandangkan jumlah sms sebelum dengan selepas keputusan begitu berbeza. Well, congrats Hafiz !!
source: astromania

Thursday, September 15, 2011

AIM-18 : Aizat Ungguli Enam Pencalonan

news @mStar

AIM-18 : Aizat Ungguli Enam Pencalonan

Penyanyi Aizat mengungguli enam pencalonan bagi enam kategori termasuk Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM-18) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 November depan pukul 8.30 malam.

Aizat yang mendominasi hampir kesemua kategori utama menerusi album 'Utusan Aizat' dicalonkan bagi kategori Kulit Album Terbaik (Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd), Rakaman Album Terbaik (Pereka Keith Yong dan Nick Lee), Video Muzik Terbaik (Ahmad Farish) menerusi lagu 'Susun Silang Kata', Lagu Pop Terbaik (Sungai Lui), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Years From Now) dan Album Terbaik (Kasi Gegar Entertainment).

Menyusuli Aizat adalah penyanyi Ning Baizura dengan lima pencalonan menerusi album terbarunya 'Dewa' dan album duet bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah, menerusi album 'Tiga Suara’.

Dalam pada itu, Datuk Sheila Majid, Anuar Zain, Yuna, Najwa Mahiaddin, masing-masing mendapat empat pencalonan pada anugerah tersebut. more

Friday, June 17, 2011

Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah

Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara selebriti yang telah bersetuju untuk menyertai Askar Wataniah menerusi platun khas yang akan hanya dianggotai penggiat seni tempatan tidak lama lagi.

Memetik akhbar Berita Harian, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penyanyi popular itu memaklumkan kepadanya hasrat menyertai Askar Wataniah selepas mendapat kebenaran suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Selain Siti Nurhaliza, selebriti lain yang juga menyatakan persetujuan ialah penyanyi Jaclyn Victor, pengacara Maznak Zolkifli dan beberapa pelakon lelaki terkenal.

source:
gua.com.my

Friday, May 27, 2011

Siti Nurhaliza Bakal Sertai Askar Wataniah

news @mStar

Siti Nurhaliza Bakal Sertai Askar Wataniah

Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini, Khamis.

Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu.
more

Thursday, February 24, 2011

Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah Dalam 3 Suara

news @mStar

Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah Dalam 3 Suara

KUALA LUMPUR: Tiga penyanyi terkenal Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah mengambil masa hampir lapan hari untuk merakamkan lagu dimuatkan dalam album 3 Suara.

Album yang telah berada di pasaran sejak 6 Januari lalu ini menampilkan 10 buah lagu seperti Di Mana Di Mana, Beribu Sesalan,Hanya Satu, Menari Dalam Hujan, It's A Beautiful Life dan Tomorrow'sCalling.

Seperti kata penerbit album ini, Kevin Chin, pemilihan tiga wanita tersebut dalam album 3 Suara adalah berdasarkan keunikan suara masing-masing apabila Jac merupakan ratu balada, Ning diva soul dan R&B manakala Shila puteri pop.

Ini kerana konsep album yang turut diterbitkan oleh Irwan Simanjuntak,Paul Morrison dan Aylwin Santiago ini lebih menggembalikan muzik Melayu sekitar era 80-an dan 90-an.

Album ini boleh dibeli melalui laman web www.sonymusic.com.my atau kedai muzik berhampiran pada harga RM31.90.
more