Showing posts with label artis dan anaknya. Show all posts
Showing posts with label artis dan anaknya. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

Comelnya Andrashah, Anak Kedua Tomok

 
 
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada penyanyi Tomok yang baru sahaja menyambut kelahiran bayi lelaki yang juga merupakan anak keduanya pada Jumaat lalu.

Melalui akaun instagramnya (IG), Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 30, berkongsi sekeping foto bayi comel itu bersama nama yang dipilih iaitu Andrashah Iman.

Kapsyen tersebut berbunyi:

“Assalamualaikunm. Saya nak bagitahu nama saya ni...atas perbincangan ibu dan ayah, saya diberi nama ANDRASHAH IMAN BIN SHAH INDRAWAN.

“Boleh panggil saya Andra. Oklah, saya nak sambung tido.”
tulisnya.

Terdahulu, bayi seberat 3.33 kg itu selamat dilahirkan pada jam 1.34 tengahari (Jumaat) di Prince Court Medical Centre.

Hasil perkongsian hidup Tomok bersama Rahayu Abas, mereka dikurniakan anak sulung lelaki yang diberi nama Arrian Shah Akid.

Di sini Astro Gempak ingin berkongsi beberapa foto comel Andra dan Arrian yang diambil menerusi IG Tomok (Tomokofficial).









 
Sumber: AstroGempak

Saturday, January 31, 2015

Foto: Wajah Terbaru Anak Teruna Linda Jasmin Macam Justin Bieber



Lama tak dengar cerita pasal Linda Jasmin kan? Kali terakhir pun selepas dia menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasi 2014 yang lalu.  

Ala Murai Batu pun bukan ada cerita baru pasal guru tari ini pun, cuma baru-baru ini ada rakan Murai Batu kirimkan beberapa keeping foto seorang budak remaja mat salleh yang comel dan kacak, rupayanya  anak kepada Linda.

Murai Batu  tak sangka anak terunanya hasil perkahwinannya sebelum bersama pelakon Que Haidar itu sudah besar remaja dan semakin kacak. Wajah mat salleh yang diwarisi itu tak ubah macam penyanyi antarabangsa Justin Bieber pula.

Tak silap Murai Batu usia anak kepada Linda yang bernama  Qalif Khan itu berusia dalam 14 tahun tahun ini. Patutlah dah besar remaja kan anak Linda tu.

Nampaknya, Qalif pandai juga membawa dirinya sendiri walapun ibunya sudah punya family baru dengan adik-adiknya yang lain.

Tak mengapalah, rasanya Murai Batu tak payah berceloteh panjang. Jom kita layan foto-foto Qalif terkini ini:




















Sumber: Murai

Sunday, January 18, 2015

Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah

Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah



12 Jan 2015 merupakan hari pertama bagi hampir seluruh pelajar di Malaysia untuk memulakan sekolah bagi tahun 2015. Seronok lihat pelbagai gelagat anak-anak rakan ke sekolah. Ada yang menangis dan ada juga yang teruja habis nak ke sekolah dengan beg baru. Seperti biasa, bagi anak –anak yang pertama ke sekolah rendah atau pra sekolah, ibu bapa pasti akan menghantar dan menemani untuk mereka membiasakan diri.

Antaranya adalah Eizlan Yusof yang menghantar anak sulungnya Zaara. Wah baguslah walaupun dia dan isteri sudah bercerai, tanggungjawabnya terhadap anak-anak tetap tidak dilepaskan.



Selain itu, pelakon Nabila Huda pun kelihatan di Instagram turut memuat naik foto anaknya, Keisha dengan pakaian sekolah pra sekolah. Comel je Keisha!

Seperti ibu-ibu kandung lain, Misha Omar juga lalui rutin yang sama untuk anak angkatnya. Difahamkan tahun ini merupakan tahun pertama anaknya itu disekolahkan di sekolah kebangsaan kerana sebelum ini dia hanya menghantar anaknya itu ke sekolah swasta.



Tidak ketinggalan Yatt Hamzah juga turut bekongsi foto menghantar anaknya yang seperti baru memasuki pra sekolah juga.
Sementara itu, penyanyi Ismaliza AF7 juga turut berkongsi foto menghantar anak kecilnya yang pertama kali memasuki sekolah darjah 1 di sekolah kebangsaan.



Sumber: Murai