Showing posts with label Syamsul Yusof. Show all posts
Showing posts with label Syamsul Yusof. Show all posts

Saturday, March 29, 2014

Syamsul Yusof Mula Edar Kad kahwin


Pengarah filem Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana mula mengedarkan kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 18 April ini di Dewan Perdana Felda dekat sini.

Ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail berkata, majlis akan diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri oleh rakan-rakan dan pihak media yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang.

Sebanyak 500 kad jemputan akan diedarkan.

"Alhamdulillah, setakat ini persiapan berjalan dengan lancar. Malah Syamsul juga sudah sembuh daripada penyakit demam denggi dan mereka pun sudah  berbulan madu ke Pulau Pinang.

"Pada 18 April nanti, majlis persandingan akan dihadiri seramai 1,000 orang tetamu manakala pada 20 April, kami turut mengadakan majlis di rumah bersama keluarga yang dianggarkan seramai 1,000 orang tetamu juga," katanya yang dihubungi mStar Online.


Majlis persandingan bertemakan putih dan merah jambu itu turut dilakukan serentak bersama adik SyamSul iaitu Syafik.

Sebelum itu, Syafik dan tunangnya, Aiesyah Zainal akan bernikah pada 5 April depan.

Kata Patimah, memandangkan kediaman baru Syamsul di Ukay Perdana, Ampang masih lagi belum siap, dia gembira apabila pasangan pengantin baharu itu akan tinggal bersamanya buat sementara waktu.

"Buat masa ini, meriahlah rumah kami kerana kedua-dua anak lelaki saya bersama menantu pun ada sama. Rasa seronok pula apabila anak-anak berkumpul di rumah. Doakan kami agar semua majlis berjalan dengan lancar, InsyaAllah," pintanya.

Sementara itu, majlis di pihak perempuan akan diadakan pada Sabtu ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night.

Syamsul telah diijabkabulkan dengan Puteri Sarah pada 8 Mac lalu di Masjid Sri Damansara di sini.

Sumber: Mstar

Tuesday, March 11, 2014

Syamsul Yusof Sah Bergelar Suami Puteri Sarah


Biarpun masih lagi dalam keadaan kurang sihat akibat penyakit demam denggi, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, di sini, Sabtu 8 March 2014.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid kira-kira pukul 10.30 pagi.

Puteri Sarah diwalikan oleh bapanya Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.

Syamsul memberikan mas kahwin sebanyak RM1,111, manakala wang hantaran sebanyak RM10,000.

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang hantaran daripada pihak perempuan ialah sirih junjung, beg tangan Lelaki, jam tangan, Laptop, buah-buahan, kasut,kek, Al Quran dan persalinan pakaian. Sementara hantaran daripada pihak lelaki ialah buah-buahan, kasut, jam tangan, laptop, kek dan telekung.

Majlis berjalan lancar apabila kedua-dua pihak keluarga sampai di perkarangan masjid kira-kira pada pukul 10 pagi dengan tema pakaian biru daripada pihak pengantin lelaki dan hijau bagi pengantin perempuan.

Majlis yang dijalankan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh ahli kedua-dua pihak keluarga terdekat sahaja.

Syamsul yang ditemui selepas majlis akad nikah menzahirkan rasa syukur kerana selamat diijabkabulkan.

"Saya tidak sangka dapat menjalankan upacara akad nikah ini kerana keadaan saya masih belum pulih daripada demam denggi.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya pasti semua yang terjadi ada hikmahnya," katanya.

Sementara itu, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul.

Syamsul yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa selepas disyaki demam denggi masih lagi mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut.

Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 18 April di Dewan Perdana Felda dan 20 April di kediaman pengantin lelaki di Taman Melawati.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.

Source: Mstar
Photo : credit to OhBulan dan rotikaya

Wednesday, March 5, 2014

Syamsul Yusof Masuk Wad Suspek Demam Denggi


Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30 kini ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles, dekat sini, selepas disyaki menghidap demam denggi.

Ibunya, Datin Patimah Ismail berkata, dia membawa Syamsul ke hospital pagi Selasa selepas mengadu sakit kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu.

"Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas.

"Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Patimah, buat masa ini doktor masih lagi membuat pemeriksaan lanjut selepas mengambil contoh darah anak lelakinya itu untuk mengetahui penyakit sebenar.

Sementara itu, Patimah memberitahu, Syamsul sempat berjenaka akan bernikah di hospital jika keadaannya masih belum sihat pada hari pernikahannya yang bakal berlangsung 8 Mac ini.

"Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut.

"Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti," ujarnya.

Patimah turut meminta peminat turut mendoakan agar kesihatan anaknya kembali pulih secepat mungkin.

Syamsul Yusof dan tunangnya, Puteri Sarah Liyana dirancang akan bernikah pada 8 Mac ini di masjid Sri Damansara di sini pada pukul 10 pagi.

Sumber: Mstar

Monday, January 13, 2014

Syamsul & Puteri Sarah Nikah Februari 2014


PETALING JAYA: Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana terjawab apabila ibu aktor itu, Datin Patimah Ismail mengesahkan pasangan itu bakal disatukan pada Februari ini.

"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.
Source : Mstar

Tuesday, June 21, 2011

KL Gangster Cecah RM10.3 Juta

news @mStar

KL Gangster Cecah RM10.3 Juta, Yusof Akur Idea Syamsul

Kejayaan KL Gangster sebagai filem Melayu paling tinggi mengutip sebanyak RM10.3 juta selepas 10 hari ditayangkan di 80 buah pawagam seluruh negara sejak 9 Jun lalu amat membuka mata banyak pihak.

Pengarah Urusan Skop Production dan penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam, akur dengan idea anaknya Syamsul selaku pengarah filem itu walaupun sebelum ini mereka selalu bertelingkah pendapat.

“Saya kena akur bahawa Syamsul lebih memahami selera penonton hari ini. Saya sudah berusia 57 tahun dan idea saya mungkin agak lama kerana memikirkan filem yang hanya boleh melepasi Lembaga Penapis Filem.
more

Sunday, January 30, 2011

Putik cinta Syamsul-Liyana Jasmay

Gossip @Kosmo

Putik cinta Syamsul-Liyana Jasmay

HEBAT juga penangan berbumbung dan berlantaikan lokasi filem. Efeknya tercetus sehingga ke jiwa. Baru-baru ini teman Diva menyampaikan cerita cinta yang baru berputik. Tidaklah Diva tahu kesahihannya kerana sepanjang pengetahuan Diva, dua nama yang Diva sebutkan ini cuma kebetulan berlakon bersama.

Teman Diva menyampaikan bahawa putik cinta sudah mekar di hati Syamsul Yusuf dan pelakon cantik Liyana Jasmay. Mulanya teman Diva hanya menyangkakan bahawa mereka ini sekadar membawa hembusan cinta untuk mempromosikan filem Khurafat yang tengah panas dan laku di panggung. Dengarnya filem itu sudah mencecah kutipan tiket RM5 juta dalam masa dua minggu.

Tapi menurut sumber Diva, mereka ini sedang menanam benih cinta hasil keserasian mereka sepanjang di lokasi.

Kalau difikir-fikir, Diva rasa tiada salahnya hubungan berkenaan kerana dua-dua pelakon itu 'kononnya' masih solo. Bak kata orang putih, single and available.