Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Wednesday, May 26, 2021

Breaking News: Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel timbul tanda tanya


Kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.

Penganalisis pertahanan Zaki Salleh berkata, walaupun pada dasarnya ia adalah penerbangan biasa tetapi kehadiran pesawat tersebut yang dilengkapi dengan perkakasan perisikan elektronik menarik perhatian ramai.

Menurut beliau, berkemungkinan pesawat berkenaan sedang melakukan ujian sistem terbaharu dan penerbangan jarak jauh yang dilaksanakan adalah bagi melihat keberkesanan perkakas yang diuji.

“Sekiranya benar sepertimana dilaporkan, pesawat Boeing 732-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta merupakan pesawat perisikan elektronik.

“Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik.

"Ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Jelas Zaki, dengan pelbagai sistem penderiaan dan sensor yang amat sensitif, maka sebab itu kehadiran pesawat tersebut di Singapura menarik perhatian selain boleh menimbulkan kemusykilan berhubung tujuannya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan sebuah pesawat pengintip prototaip Israel dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian di Singapura.

Ujian penerbangan selama 4 jam itu telah melibatkan sebuah pesawat Boeing 737-400 yang bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta.






 Kredit artikel : Sinar Harian 

Kredit Photo: FB Captain Defence

Thursday, May 10, 2018

PRU14: Kedudukan Penuh kerusi Dewan Rakyat dan Parlimen

Keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menyaksikan sejarah baharu terlakar apabila Pakatan Harapan (Harapan) berjaya memperoleh majoriti mudah melalui kemenangan di 113 kerusi Parlimen. Ia sekaligus membolehkan Harapan menerajui mandat pemerintahan negara buat pertama kali selepas 60 tahun diperintah Barisan Nasional. Zalora Malaysia

AOV

 



KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pakatan itu tiada niat langsung untuk membalas dendam selepas ia mengumumkan keyakinan berjaya meraih kemenangan majoriti di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) malam tadi.

lazada malaysia

"We are not seeking revenge, we just want to restore the rule of law (Kami bukan mahu membalas dendam, kami mahu mengembalikan kedaulatan undang-undang)," kata Tun Mahathir dalam satu sidang media khas Pakatan Harapan yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara malam tadi.

Sumber : MalaysiaKini dan Astro Awani

 “Mereka Kekuatan Saya” – Perkongsian 3 Wanita Ini Bukti Cinta Ibu Adalah Sejati
Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu, nak uruskan anak lagi, kerja lagi, kemas rumah lagi… baca lagi

Sunday, May 4, 2014

Nasha Aziz - Rakyat Malaysia Kurang Layak Jadi Runaway Model

Pelakon dan model Nasha Aziz mengakui terkilan apabila industri peragaan di negara ini lebih banyak menggunakan khidmat tenaga kerja asing berbanding tempatan.

Bagaimanapun, Nasha, 44, berkata, dia memahami situasi tersebut berikutan kekurangan rakyat negara ini yang mempunyai kriteria untuk berjalan di pentas peragaan.

“Saya kecewa dan sedih dengan industri peragaan sekarang yang lebih mementingkan warga asing berbanding rakyat Malaysia.

“Namun saya faham, syarikat korporat yang mahu mengiklankan produk mereka inginkan model yang menepati kriteria dan ia susah didapati pada rakyat Malaysia,” katanya kepada Mstar Online.

Nasha berkata, dia pernah menerima tawaran syarikat korporat dan stesen televisyen untuk sebuah program realiti pencarian model, namun tidak dapat dilaksanakan berikutan masalah tersebut.

Jelas Nasha, kebanyakan rakyat negara ini hanya memenuhi kelayakan menjadi peragawati majalah sahaja.

“Saya pernah ditawarkan untuk program pencarian model tetapi tidak jadi kerana masalah ini, rakan saya Amber Chia juga memberitahu terpaksa pergi ke seluruh Malaysia untuk mencari namun tidak berhasil.

“Seorang peragawati untuk pentas peragaan perlu kurus dan tinggi, manakala wajah pula bukan kriteria utama,” jelasnya.

Tambah Nasha, untuk menjadi seorang peragawati memerlukan ketinggian tidak kurang daripada 173 sentimeter dan berat tidak melebihi 52 kilogram bagi wanita.

Dalam pada itu, dia juga menzahirkan rasa kecewa terhadap kelonggaran syarat terhadap penglibatan peragawati luar bekerja di negara ini.

Jelasnya, kerajaan seharusnya mengambil langkah untuk mengutamakan wajah tempatan dalam setiap produk yang dipasarkan di negara ini.

“Kalau di negara luar seperti Indonesia ada undang-undang sendiri yang mana setiap produk luar perlu menukar kepada wajah tempatan negara mereka sebelum dipasarkan.

“Di Malaysia, saya lihat lebih terbuka kepada orang luar, kasihan kepada model tempatan kerana mereka terpaksa bersaing dengan warga asing untuk bekerja di negara sendiri,” katanya.

Sumber: Mstar

Thursday, January 9, 2014

Aaron Aziz mahu kembang bisnes


Astro Awani : Selepas cemerlang sepanjang 2013, pelakon Aaron Aziz ada azam baru sempena ketibaan tahun baharu.

Untuk tahun 2014, Aaron Aziz berazam untuk mengembangkan bisnes syarikat produksinya "Aaron Aziz Production" dan mencabar diri dalam cabang keusahawanan pula. more news

Wednesday, January 8, 2014

Portal Berita AS Senaraikan Yuna Antara 20 Artis Berpotensi




Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna tersenarai sebagai 20 artis baharu yang perlu diberi perhatian sepanjang 2014 di Amerika Syarikat oleh laman The Huffington Post pada Selasa.

Yuna, 28, turut menjadi satu-satunya artis dari Asia yang dilihat berpotensi untuk mencipta nama dalam bersama 19 lagi artis lain.

The Huffington Post menyifatkan Yuna berjaya membuktikan bahawa dia adalah bukan sekadar penyanyi tempelan dan mampu menempatkan nama dalam industri muzik di Amerika.

Source: Mstar

Saturday, January 4, 2014

Siti kagum kejayaan Yuna dan Zee Avi

Siti kagum kejayaan Yuna dan Zee Avi


Dalam segmen kedua temubual Forumuzik bersama ikon seni negara Datuk Siti Nurhaliza, beliau mengagumi pencapaian artis baru seperti Yuna dan Zee Avi.

Siti mengakui bahawa untuk ke persada antarabangsa seseorang artis itu perlu ada bakat dan juga ‘tuah’ selain diberikan ruang untuk mengembangkan sayap.

Juara Idola Kecil 2013 : Danial

Juara Idola Kecil 2013 : Danial



Juara program Idola Kecil musim keenam Danial mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia di Shah Alam, dekat sini bermula Khamis lalu.

Danial atau nama sebenarnya Danial Cheur Hamasiah, 13, berkata, dia memilih sekolah tersebut kerana mahu mendalami bidang seni secara menyeluruh sebagai persediaannya untuk bergelar penyanyi pada masa hadapan.

Danial yang menyanyikan lagu When I Was Your Man dan sebuah lagu baharu, Bangkit pada pertandingan akhir yang di adakan di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam pada Sabtu lalu berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.

source: Mstar

Friday, January 3, 2014

2013: 10 personaliti/perkara paling berpengaruh dunia hiburan

2013: 10 personaliti/perkara paling berpengaruh dunia hiburan




Pencapaian karier muzik Yuna pada tahun 2013 di persada seni antarabangsa dianggap paling membanggakan.

Kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan Razak sememangnya layak diangkat sebagai ikon lawak tahun ini.

Read more at: AstroAwani

Wednesday, January 9, 2013

Senarai Penuh Pencalonan Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012


Senarai Penuh Pencalonan Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012















Artis Baru Lelaki Popular

1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular

1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari

Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura