Showing posts with label hans Isaac. Show all posts
Showing posts with label hans Isaac. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Perselisihan Faham Lapan Tahun Hans Isaac Dan AC Mizal Berakhir

 

KUALA LUMPUR: Perselisihan faham yang tercetus sejak lapan tahun lalu antara pelakon dan penerbit Hans Isaac dan pengacara Datuk AC Mizal  berakhir apabila mereka setuju bersatu semula dalam pementasan teater adaptasi daripada filem Baik Punya Cilok yang akan dipentaskan pada 25 April hingga 1 Mei depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 44, berkata, mereka berdua sudah pun melupakan perkara yang sudah lama berlaku dan menganggap ia sebagai tindakan yang kurang matang.

"Kami tidak pernah berhubung selepas perselisihan faham terjadi iaitu kira-kira lapan tahun lalu yang mana kedua-dua ketika itu tidak matang lagi.

"Ketika Afdlin datang dengan idea untuk mementaskan teater daripada filem ini saya bertanya pendapat dia dahulu untuk berbaik semula dan mengajak AC bersama kami dalam pementasan ini dan dia sangat menyokong perkara itu," ujarnya kepada mStar Online.

Hans ditemui pada sidang media pementasan teater Baik Punya Cilok yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya, pada Khamis.
Pelakon utama teater Baik Punya Cilok AC Mizal, Awie,Afdlin Shauki dan Hans Isaac.


Perselisihan faham berlaku antara kedua-dua artis ini ketika menjayakan teater Cuci The Muzikal 2 pada 2010 apabila Hans memecat AC Mizal selepas pengacara itu melanggar kontrak selama tiga tahun dengan produksi teater tersebut.

Dalam pada itu, Hans berkata, dia kini berpengang kepada prinsip untuk memaafkan dan tidak mahu bermusuhan dengan orang lain sejak dua tahun lalu.

"Sejak dua tahun lalu saya sudah mula berpengang pada prinsip tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa tidak kiralah sama ada orang itu suka atau tidak pada saya.

"Di atas prinsip ini sudah tiba masanya untuk saya bertemu AC dan kami berbincang. Tambahan Awie dan Afdlin memberi sokongan. Filem ini sudah pun sepuluh tahun dan kami ingin imbau kembali kenangan itu bersama peminat melalui teater," katanya.

Sementara itu, AC berkata, dia terharu dengan sikap pelakon itu yang sanggup merendah diri dengan menghubunginya semula bagi meminta maaf dan perbaiki hubungan persahabatan mereka.

Katanya, dia sudah memikirkan perkara yang sama, namun berasa ragu sama ada pelakon tersebut ingin berbaik semula dengannya atau tidak.

"Pada mulanya saya terfikir sama ada Hans sudi untuk berbaik semula selepas apa yang berlaku. Namun, saya bersyukur dia sendiri mempunyai rasa yang sama untuk kami berbaik semula," ujarnya.

Selain, Hans dan AC, pelakon utama dalam filem tersebut seperti Afdlin Shauki dan Awie turut menjayakan teater yang akan dipentaskan pada 25 April sehingga 1 Mei nanti di Istana Budaya.

Sumber: Mstar

Friday, April 25, 2014

Tidak Mungkin Elaine Daly Cintakan Hans Isaac


Pelakon dan pengacara Elaine Daly menegaskan dia tidak mungkin kembali bercinta dengan Hans Isaac kerana sudah menganggap pengarah dan aktor itu seperti abang kandungnya.

Elaine menjelaskan khabar angin mengatakan mereka kembali bercinta selepas Hans memuat naik gambar mereka bersama keluarga masing-masing menikmati makan malam bukan suatu isu besar.

"Cerita tentang percintaan kami sudah berlalu hampir 12 tahun namun hubungan kami masih akrab seperti adik-beradik malah saya menganggapnya seperti abang.

"Malah kami sering berjumpa dengan disertai oleh ahli keluarga lain kerana hubungan kami semua memang rapat dan teman lelaki saya turut menyertai pertemuan itu," katanya kepada mStar Online.

Elaine ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu musim bunga dan panas jenama Dressing Paula di G Tower dekat sini, Rabu.

Selain Elaine, antara selebriti lain yang turut hadir pada acara itu adalah Daphnie Iking, Atilia dan Julie Woon.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kekasihnya, Elaine berkata, dia tidak pernah mengimpikan akan bertemu seorang lelaki yang disifatkan cukup penyayang dan romantik terhadapnya.

Jelas Elaine, biarpun baharu sahaja mengenali lelaki yang berasal dari Afrika Selatan itu namun hatinya tertarik dengan sifat yang ada padanya.

"Saya kagum dengannya kerana dia berjaya membuatkan saya bercakap tentang dia secara terbuka dan saya berada dalam fasa yang sangat bahagia.

"Kebaikannya, sifat romantis dan keterbukaan dia menerima saya seadanya membuatkan saya tahu dia adalah cinta sejati saya," katanya.

Jelas Elaine lagi, dia bertambah kagum dengan teman lelakinya itu kerana fasih berbahasa Malaysia selain mengetahui pelbagai perkara tentang negara ini.

"Dia adalah seorang doktor dan telah menetap di Malaysia selama 10 tahun malah boleh menyanyikan lagu Negaraku dengan baik selain menghafal Rukun Negara.

"Ia membuatkan hubungan itu bertambah mudah kerana dia faham budaya kita sebagai rakyat Malaysia," ujarnya. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Saturday, April 19, 2014

Hans Isaac Buat Keputusan Kahwin Hujung Tahun

Pelakon Hans Isaac telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dan bakal mengumumkan berita baik itu hujang tahun ini. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 48,  mengakui dia kini sedang menjalani kehidupan bahagia dan sudah bersedia untuk mempunyai isteri.

Saya tidak mahu dedahkan kehidupan peribadi saya kepada umum terutama sekali berkenaan cinta atau kekasih, tetapi saya akui kini sedang menjalani kehidupan yang bahagia.

"Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa.

Tambah Hans, buat masa ini dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan peribadi berbanding kerjaya.

Dia juga mahu menjalani kehidupan peribadi yang lebih normal dan seimbang berbanding dahulu.

“Tiada lagi istilah kerja kuat, saya hanya kerja selama tiga jam sehari sahaja dan selebihnya saya lakukan aktiviti yang tidak dapat saya lakukan dahulu.

“Saya tidak mahu fikir fasal jualan filem, promosi atau cari publisiti untuk mengejar populariti, zaman itu semua sudah berlalu,” katanya.

Sementara itu, bercerita soal kerjaya, Hans memberitahu tetap dengan pendiriannya untuk tidak menghasilkan serta mengarah filem Melayu.

Bagaimanapun, dia akui ingin mencuba beralih arah untuk menerbitkan filem berbahasa Inggeris serta bercadang menembusi pasaran Singapura.

"Filem ini menggunakan bahasa Inggeris seratus peratus. Ia bukan untuk industri Malaysia, sebaliknya lebih fokus untuk industri antarabangsa.

“Kini saya masih dalam proses untuk mencari pelakon yang fasih berbahasa Inggeris tetapi dengan cara Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hans berkata, dia bakal  mementaskan Teater Muzikal Supermokh pada 8 hingga 21 September depan di Istana Budaya

Sumber: Mstar