Showing posts with label bollywood. Show all posts
Showing posts with label bollywood. Show all posts

Monday, March 17, 2014

Aishwarya Rai Paling Banyak Dalam Enjin Carian Google

Aishwarya Rai

MESKIPUN Aishwarya Rai tidak aktif dalam industri Bollywood, namun aktres jelita itu masih lagi menjadi carian di seluruh dunia menerusi enjin Google.

Menurut laporan portal OneIndia, bersempena dengan memperingati Hari Wanita di seluruh dunia Sabtu lalu, Google India  telah membuat tinjauan bermula Januari 2014 hingga Februari 2014.

Sepanjang tempoh tersebut, nama Aishwarya merupakan carian tertinggi di enjin Google India diikuti dengan nama Sonia Gandhi dan Vidya Balan.

Ternyata aura Aishwarya masih lagi terlalu kuat melekat di hati peminat-peminatnya walaupun sekadar terlibat dengan beberapa projek iklan selain menjadi duta produk.

Sumber: Mstar

Sunday, February 16, 2014

Shah Rukh Khan Tetap Akan Menari Demi Peminat

Kecederaan pada kaki kiri yang masih belum sembuh tidak menghalang aktor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan beraksi pada Konsert Temptations Reloaded in Malaysia yang berlangsung di Stadium Merdeka di sini pada malam Sabtu.

Shah Rukh Khan, 48, yang muncul membuat persembahan kira-kira pukul 9.30 malam itu ligat beraksi dengan tarian-tarian hebatnya menerusi lagu-lagu popular daripada filem lakonannya Don, Chennai Express dan My Name Is Khan.


"Saya tidak sangka menerima sokongan kuat daripada kalangan peminat-peminat di Malaysia.

"Walaupun kaki saya sakit, saya akan menghiburkan anda semua (penonton) sebaik mungkin. Kesakitan ini bukanlah satu alasan untuk saya menghiburkan anda semua," katanya sebelum meneruskan persembahan. Baca lagi

Source: Mstar