Showing posts with label Ally Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Ally Iskandar. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Ally Iskandar & Nurfarahin Akhirnya Bergelar Suami Isteri

news @mStar

Ally Iskandar & Nurfarahin Akhirnya Bergelar Suami Isteri

Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Lee dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar.

Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan yang antaranya terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.

Pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang antaranya telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan. more

Monday, September 19, 2011

Ally Iskandar pula Putus Tunang?

Gossip @mangga

Ally Iskandar pula Putus Tunang?

Pengacara popular stesen TV3, Ally Iskandar dikatakan telah putus tunang dengan naib juara program realiti, Gadis Melayu, Nur Aishah Zainal. Ally yang sebelum ini melangsungkan pertunangan dengan Nur Aishah pada awal Februari lalu dikatakan telah putus hubungan selepas Nur Aishah meletakkan status di laman sosial Facebooknya kepada 'i"m Officially Single' baru-baru ini. more

Tuesday, February 15, 2011

Ally Iskandar Bertunang Dengan Aishah Zainal

Ally Iskandar Bertunang Dengan Aishah Zainal

Tanggal February 11, 2011, alhamdulillah Ally Iskandar selamat bertunang dengan Aishah Zainal Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama di Taman Sri Intan, Ampang Selangor.


Berikut paparan photo yang ada:
Lagi news:
beautifulnara.com
rotikaya