Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts
Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Banyak Adegan 'Suamiku Encik Perfect 10' Dipotong


KUALA LUMPUR: Banyak adegan menarik yang terpaksa dikorbankan untuk memendekkan tempoh filem Suamiku Encik Perfect 10 yang pada awalnya dibuat untuk sebuah telefilem eksklusif bagi tayangan Astro First.

Pengarahnya, Mohammed Feroz Abdul Kader berkata, perkara tersebut merupakan cabaran utama apabila dia terpaksa memilih hanya babak penting bagi membantu jalan cerita.

"Ia agak mencabar kerana penggambaran yang pada awalnya kita lakukan untuk telefilem dua episod ditukar untuk dijadikan sebuah filem dengan durasi dua jam.

"Oleh itu saya perlu membuang banyak babak menarik terutamanya adegan penggambaran di London dan memilih babak yang penting untuk jalan cerita sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Mohammed Feroz ditemui selepas tayangan media filem Suamiku Encik Perfect 10 yang diadakan di GSC Pavilion, di sini, malam Selasa lalu.

Filem kerjasama Global Station Sdn Bhd bersama Astro Show itu turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zulkifly, Jihan Miskin dan Raja Ilya.

Sementara itu, Penerbit Global Station Sdn Bhd Datin Zaiton Mohd Jiwa berkata, pihaknya dan Astro membuat keputusan menjadikan karya tersebut sebagai sebuah filem selepas melihat beberapa kriteria yang berpontensi sebagai sebuah filem.


Lisa Surihani

Katanya, barisan pelakon yang terdiri daripada pelakon terkenal serta jalan cerita yang menarik membuatkan mereka yakin filem itu boleh menarik penonton ke pawagam.

"Pada asalnya ia adalah untuk tayangan Astro First Eksklusif, namun selepas kita buat screening dengan pihak Astro kami membuat keputusan untuk ia dijadikan sebuah filem.

"Kita lihat banyak babak menarik, pelakon terkenal dengan lakonan yang mantap serta jalan cerita yang bagus membuatkan kami berani mengambil keputusan itu," ujarnya.

Tambahnya, selepas keputusan untuk mengangkat ia dijadikan sebuah filem, pihaknya sudah mengenal pasti babak yang membuat penonton paham dan tidak tergantung.

Jelasnya, babak-babak menarik di London yang terpaksa dipotong adalah bukan babak penting untuk menyokong jalan cerita.

"Keputusan menjadikan ia sebuah filem membuatkan kami terpaksa mengorbankan banyak babak yang diambil terutama di London.

"Babak di London itu kebanyakkannya tidak membantu jalan cerita, ia hanya mencantikkan sahaja, kita terpaksa mencari babak yang benar-benar kuat untuk menghidupkan cerita ini," katanya.

Filem Suamiku Encik Perfect 10 merupakan adaptasi daripada novel tulisan Syamnuriezmil bakal ditayangkan pada 22 Januari ini di suluruh pawagam tanah air.

Selain filem tersebut, Global Station turut menghasilkan drama bersiri iaitu Suamiku Encik Sotong lakonan Sharnaaz Ahmad bagi siaran Astro.

Sumber: Mstar

Saturday, February 15, 2014

FEAR FACTOR MALAYSIA 2: CABARAN LEBIH MENDEBARKAN

Peminat-peminat setia penonton Fear Factor Malaysia (FFM) tahun lalu, pastinya tertunggu-tunggu musim kedua program realiti yang menguji ketahanan mental dan fizikal itu.

Lebih-lebih lagi apabila melihat ‘trailer’ program tersebut yang sudah mula dimainkan di kaca TV sejak awal bulan yang lalu.

Program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa itu, menampilkan cabaran-cabaran yang lebih mendebarkan pada musim ini!


Bakal bersiaran pada 15 Februari ini, FFM musim terbaru turut memberi kelainan apabila pasangan selebriti digandingkan dengan peserta bukan dari kalangan artis.

Buat julung kalinya untuk musim ini, kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing.

Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.

Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia Aaron Aziz ditampilkan sebagai pengacara untuk FFM musim kedua ini.

Fear Factor Malaysia 2 akan bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Source: Murai

Thursday, January 9, 2014

Aaron Aziz mahu kembang bisnes


Astro Awani : Selepas cemerlang sepanjang 2013, pelakon Aaron Aziz ada azam baru sempena ketibaan tahun baharu.

Untuk tahun 2014, Aaron Aziz berazam untuk mengembangkan bisnes syarikat produksinya "Aaron Aziz Production" dan mencabar diri dalam cabang keusahawanan pula. more news

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu dengan kutipan RM4 juta dalam 4 hari

Ombak Rindu dengan kutipan RM4 juta dalam 4 hari

Filem yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, Ombak Rindu arahan Osman Ali berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM4 juta selepas empat hari ditayangkan.

Friday, August 12, 2011

Aaron Aziz Bakal Tukar Warganegara

Aaron Aziz Bakal Tukar Warganegara

Seperti semua sedia maklum, aktor lelaki yang sedang hangat ini bukanlah warganegara Malaysia walaupun nama Aaron Aziz sudah meniti bibir setiap wanita di Malaysia.

Mengikut perkhabaran yang diterima dari Singapura, Aaron Aziz di’katakan telah mula menjual semua asset yang beliau miliki di sana. Jika perkhabaran ini benar, maka ini petanda baik untuk Malaysia kerana bakal menerima seorang warganegara baru yang berbakat dalam bidang lakonan. Asset untuk Malaysia.
more