Showing posts with label Shaheizy Sam. Show all posts
Showing posts with label Shaheizy Sam. Show all posts

Saturday, May 10, 2014

Shaheizy Sam Risau Belum Kahwin, Ibu Dedah Sikap Cerewet


Pelakon Shaheizy Sam mengakui berasa bimbang dan takut kerana masih belum bertemu jodoh ketika usianya sudah mencecah 32 tahun.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, berkata, sebagai lelaki dia mengidamkan sebuah keluarga yang besar selain memiliki ramai cahaya mata.

"Secara jujurnya saya sudah bersedia (kahwin) dan ingin sangat menamatkan zaman bujang. Saya rasa takut kerana pada usia ini saya masih belum berkahwin atau memiliki teman istimewa.
"Saya selalu terfikir apa akan jadi bila kahwin lambat dan anak-anak masih kecil ketika saya sudah tua. Kalau boleh saya ingin sebuah keluarga besar dan anak yang ramai," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Shaheizy Sam sebagai duta produk kicap Mahsuri di Restoran Rebung, Bangsar di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, Sam berkata, dia percaya Allah mempunyai perancangan dan jodoh yang sudah ditetapkan buatnya. 
Sam akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, kata Sam, dia bersyukur ibunya, pelakon Khaty Fauziah tidak pernah mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga.

"Mummy  tidak pernah masuk campur tentang teman istimewa saya. Dia juga tidak pernah melarang atau mendesak saya untuk berkahwin.

"Dia seorang ibu yang memahami dan menyokong apa juga keputusan saya," katanya.

Sementara itu, Khaty menyifatkan anak lelakinya itu seorang yang terlalu cerewet dalam hal memilih teman istimewa.

Sebagai ibu, Khaty tidak meletakkan sebarang kriteria siapakah menantunya, namun dia berharap agar pelakon itu memilih isteri bukan daripada kalangan selebriti.

"Sam ini seorang yang selalu menganggap dirinya sentiasa inginkan kesempurnaan. Dia ada bawa beberapa orang wanita bertemu dengan saya tetapi selalunya hubungan itu sekejap sahaja kerana ada sahaja yang tidak kena di mata dia.

"Tetapi dia juga dapat 'baca' jika saya berkenaan atau tidak seseorang wanita yang diperkenalkan kepada saya itu. Kadang-kadang bila saya berkenan dia pula tidak mahu.

"Saya tidak kisah siapa pun yang dia pilih, tetapi kalau boleh biarlah bukan dikalangan artis," katanya.

Sementara itu mengenai pelantikannya sebagai juru cakap kicap Mahsuri  Sam berkata, dia sebenarnya penggemar kicap berkenaan sejak daripada zaman kanak-kanak.

Malah dia bersetuju menjadi jurucakap makanan itu selepas merasakan produk berkenaan benar-benar dekat dengan dirinya.

"Saya penggemar kicap sejak kecil. Setiap kali makan nasi, saya pastikan mesti ada kicap. Saya gemar nasi berlauk telur bersama kicap," katanya.

Selain bekerjasama dengan kicap Mahsuri, Sam juga merupakan jurucakap produk minuman Nescafe.
Sumber: Mstar

Sunday, February 16, 2014

Shaheizy Sam Terima 50 Ribu Lirik Daripada Peminat Untuk Single 'Bangun' ?

Walaupun lebih dikenali menerusi bidang lakonan, minat Shaheizy Sam terhadap bidang nyanyian tidak pernah pudar.

Jika sebelum ini dia pernah merakamkan lagu duet bersama Yana Samsudin untuk lagu tema filem 'Aku Ada Kau Ada' berjudul 'Begini Caranya', kali ini dia berduet pula bersama Liyana Jasmay menerusi single 'Bangun'.

Menurut Sam, sebaik sahaja mendapat tawaran daripada Nescafe dia terus menyatakan persetujuan tanpa berfikir panjang.

"Sam berbesar hati apabila Nescafe mahukan Sam untuk projek mereka. Bagi Sam ini adalah peluang untuk Sam mengetengahkan bakat, sebab itu Sam tidak berfikir terlalu lama untuk menerima tawaran daripada mereka," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single 'Bangun' sempena kempen 'Nescafe on Sam', bertempat di Talent Lounge, PJ Trade, Damansara Perdana pada Rabu.

Kata pelakon Adnan Sempit ini lagi 'Bangun' merupakan single paling istimewa buatnya kerana liriknya adalah hasil daripada cetusan ilham peminat dan telah mendapat sentuhan komposer popular, Audi Mok.

"Alhamdulillah, hasrat saya untuk menyanyikan lagu sendiri tercapai. Selepas tinggalkan kumpulan M.O.B hampir 10 tahun lalu, saya tidak lagi menyanyikan lagu yang liriknya saya tulis sendiri.


"Untuk single ini, sebenarnya 50% lirik Sam tulis dan 50% lagi diambil daripada lirik yang peminat hantar melalui Facebook, Twitter dan Youtube.

"Sepanjang dua bulan, kami menerima 50,000 lirik daripada para peminat dan Sam terharu kerana mereka sanggup berkongsi idea dan kreativiti bersama. Terima kasih kepada yang telah memberi lirik-lirik itu kepada Sam, inilah hadiah buat anda semua," katanya. baca lagi

Source: Astrogempak

Tuesday, February 11, 2014

Shaheizy Sam, Liyana rakam single Bangun

Walaupun lebih aktif dan dikenali ramai menerusi lakonan, kecintaan pelakon popular tanah air, Shaheizy Sam pada muzik tidak pernah pudar. Apatah lagi, muzik diakuinya cukup dekat di hati dan amat diminati.

Pernah membabitkan diri dalam muzik sebelum aktif berlakon dengan menubuhkan kumpulan sendiri, MOB sekitar 1999 lalu, Sam mengakui dia sangat berbesar hati apabila Nescafe memberi ruang padanya untuk mengetengahkan bakat nyanyian.

Sam berkata, projek bersama Nescafe untuk merakamkan single berjudul Bangun itu dinyanyikan secara duet bersama pelakon Liyana Jasmay adalah ciptaan komposer Audi Mok dan lirik pula hasil cetusan ilham daripada peminatnya yang dirakam pada tahun lalu.

“Saya sangat gembira dapat merakamkan lagu Bangun yang ini melodi dan liriknya sangat menarik. Apatah lagi, single Bangun itu lebih menjurus pada lagu yang ke arah memberi inspirasi dan pembakar semangat untuk mencapai kejayaan.


“Bagaimanapun, terima kasih tidak terhingga kepada kira-kira 50,000 peminat saya yang sudi menyumbangkan ilham mereka untuk lirik Bangun di laman sosial seperti Facebook, YouTube dan Twitter yang dibuka selama dua bulan,” katanya. baca lagi

Source: Hmetro

Tuesday, November 22, 2011

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 24

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 24

PEMENANG ANUGERAH GEMILANG PERDANA

Filem BoxOffice : KL Gangster
Skor Muzik Asal Terbaik : Edry Abd Halim – Hikayat Merong Mahawangsa
Pereka Kostum / Busana Terbaik : Filem Hikayat Merong Mahawangsa – Rosada Abdul Hamid
Penyunting Terbaik : Syamsul Yusof – KL Gangster
Penataan Bunyi Terbaik : Hisham Jufri – Filem KL Gangster
Cerita Asal Terbaik : Martias Mohd Ali – Filem Libas
Lakon Layar Terbaik : Syamsul Yusof – Filem KL Gangster
Sinematografi Terbaik : Mohd Noor Mohd Kassim – Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Penataan Seni Terbaik : Anuar Paharuddin & Keck Tim Lim- Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Faezah Ilai – Filem CUN
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Shofi Jikan – KL Gangster
Pelakon Wanita Terbaik : Siti Shahriza (Eja) – Janin
Pelakon Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam
Pengarah Filem Terbaik : Syamsul Yusof
Filem Terbaik : Hikayat Merong Mahawangsa

PEMENANG ANUGERAH PERDANA KHAS

Filem Pilihan Penonton Astro Melalui SMS : Kongsi
Pencapaian Gemilang : Michelle Yeoh
Pencapaian Sepanjang Hayat : YB Tan Sri Dato Dr Jins Shamsuddin

ANUGERAH KHAS JURI

Anugerah Juri Bintang Wayang FFM24 : Sidek Hussien.
Anugerah Khas Juri Filem : Libas arahan Jurey Latif yg juga presiden GAFIM
Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik FFM24 : Allahyarham Zami Ismail
Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik FFM24 : Filem Janin

Friday, June 17, 2011

Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah

Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara selebriti yang telah bersetuju untuk menyertai Askar Wataniah menerusi platun khas yang akan hanya dianggotai penggiat seni tempatan tidak lama lagi.

Memetik akhbar Berita Harian, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penyanyi popular itu memaklumkan kepadanya hasrat menyertai Askar Wataniah selepas mendapat kebenaran suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Selain Siti Nurhaliza, selebriti lain yang juga menyatakan persetujuan ialah penyanyi Jaclyn Victor, pengacara Maznak Zolkifli dan beberapa pelakon lelaki terkenal.

source:
gua.com.my

Thursday, June 9, 2011

Shaheizy Sam Cari Idea Di Bandung

news @mStar

Link
Shaheizy Sam Cari Idea Di Bandung

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Shaheizy Sam mengambil peluang untuk bercuti ke Bandung, Indonesia bersama rakan-rakannya setelah tamat penggambaran filem Adnan Sempit 2 pada 25 Mei lalu.

Katanya, kesempatan bercuti bukan sekadar untuk berhibur, sebaliknya menggunakan masa tersebut sebagai peluang melakukan pencambahan idea.

"Saya bercuti bermula 6 Jun dan mungkin seminggu bersama rakan-rakan rapat. Bagi saya percutian ini bukan sekadar untuk berlibur tetapi melakukan brain storming.

"Pada saya peluang bersama rakan-rakan mampu untuk mencari situasi lawak yang baru, bukan senang untuk buat komedi," ujarnya.

Dalam pada itu, Sam juga memberitahu jadual kerja yang padat membuatkannya tidak berkesempatan menjalani kehidupan sosial seperti pemuda lain. more

Friday, May 6, 2011

'Adnan Sempit 2' Buat Shahezy Sam Gementar

news @mStar

'Adnan Sempit 2' Buat Shahezy Sam Gementar

Shaheizy SamPelakon Shaheizy Sam mengakui agak gementar untuk membintangi filem terbarunya Adnan Sempit 2 kerana bimbang dengan harapan orang ramai selepas siri pertama filem itu mendapat kutipan pecah panggung.

Jelas Sam, dia sedar jangkaan dan harapan tinggi daripada penonton terhadap filem ini yang diharap lebih baik daripada filem sebelumnya.

“Saya sangat gembira dan teruja untuk kembali berlakon dalam filem pertama saya yang mendapat kutipan Box Office.

“Bagaimanapun, saya juga takut untuk berhadapan dengan persepsi serta jangkaan penonton dan pengikut Adnan Sempit yang meletakkan harapan tinggi terhadap filem ini,” katanya. more


Monday, April 4, 2011

ABPBH2010 : Artis Paling Popular Milik Shaheizy Sam

news @mStar
Link
ABPBH2010 : Artis Paling Popular Milik Shaheizy Sam

GENTING HIGHLANDS: Pelakon Shaheizy Sam dipilih sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian 2010 yang diadakan di Arena Of Stars di sini, malam Ahad.

Sam yang turut menerima anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular mendapat undian tertinggi sebanyak 126,168 undian.

Kemenangan Sam hampir memenuhi jangkaan ramai dan melayakkan dia membawa pulang hadiah berupa trofi, kereta Nissan Teana 2.0 liter berharga RM137,000 dan barangan kemas Rafflesia berharga RM180,000. Shaheizy Sam (kanan) bangga dengan kemenangannya sambil ditemani ibu tersayang Khaty Fauziah.

Sam turut merampas gelaran itu daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang memegang gelaran itu tahun lalu.

"Selama bertahun-tahun lalu, saya hanya berdiri dalam dewan ini dan menonton dari bawah.

"Terima kasih kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana menarik diri dari bertanding kerana memang saya teringin untuk menang," kata Sam yang turut berkongsi kemenangan dengan ibunya, pelakon Khaty Fauziah.

Sam berkata, ibunya adalah antara penyumbang kemenangannya pada malam itu yang tidak jemu menghantar undian menerusi akhbar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
more

Previous

9009 comments:
Tahniah buat Sam kerana berjaya ke tahap ini !! teruskan hasil senimu yang berkualiti

Sunday, April 3, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010)

Bintang Paling Popular: Shaheizy Sam
Penyanyi Wanita Popular: Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam
Artis Baru Wanita Popular: Ana Raffali
Pelakon Filem Wanita Popular: Lisa Surihani
Anugerah Artis Mobile Popular: 6ixth Sense
Penyanyi Lelaki Popular: Faizal Tahir
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato' Rosnani Jamil
Artis Komedi Lelaki Popular: Zizan
Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Artis Baru Lelaki Popular: Shahir
Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Hj Nawawi
Artis Nasyid Popular: Rabbani
Artis Komedi Wanita Popular: Noorkhiriah
Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
Pelakon TV wanita popular: Fasha Sandha
Artis berkumpulan/duo popular: 6ixth Sense


Previous

Monday, February 14, 2011

Aura "pecah panggung" Shaheizy Sam

FYI @mStar

Shaheizy SamKenali Diri Shaheizy Sam

Shaheizy Sam Abdul Samad atau Sam, bintang muda yang berbakat, mencipta satu fenomena baru dalam dunia perfileman tempatan. Sam terlibat dalam dunia seni sejak berusia 12 tahun menerusi filem Sama Tak Serupa (1995) tetapi ketika itu bakatnya tidak pernah diendahkan.

Namun, pemuda ini berjaya mencipta kejutan apabila filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) yang dibintanginya berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM4.14 juta.

Kejayaan itu berjangkit kepada filem-filem lain sehingga menjadikan tujuh filem lakonannya mendapat kutipan box-office setakat ini, satu perkara luar biasa untuk seseorang pelakon.

Atas kerjasama yang terjalin itu juga, Sam bakal menghiasi kalendar perfileman Melayu 2011 menerusi filem-filem terbitan MIG seperti Kongsi, Sekali Lagi, 8 Jam dan terbaru Bini-biniku Gangster arahan pengarah Ngangkung iaitu Ismail Hasim.

Selain itu, David turut merancang untuk menerbitkan sekuel kepada dua filem pecah panggung lakonan Sam iaitu Adnan Semp-it 2 dan Ngangkung 2 tidak lama lagi. Baca lagi

Saturday, December 25, 2010

Girlfriend Shaheizy Sam ??

Shaheizy Sam bin Abd Samad (4 September 1982) ialah seorang pelakon yang menempa nama sebagai pelakon remaja ketika era 1990-an sebelum melonjak naik dalam filem Bohsia, Jangan Pilih Jalan Hitam pada tahun 2009 dan filem pecah panggung Adnan Sempit pada tahun berikutnya.

Dan hasilnya : yeah memenangi: Anugerah Khas Juri di Anugerah Skrin 2010. Congrats !

Sambil2 kita jenguk Sam ni dah berpunya belum? Jom tgk gambar2 bawah ni:


Source:
izyan.com