Stephen Rahman Pernah Hampa Dengan KRU

Kerana itu, Stephen diberi gelaran Hang Tuah moden setelah melakonkan watak tersebut menerusi filem serta pementasan teater Puteri Gunung Ledang (PGL) beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, selepas filem terbaru terbitan KRU Studios Sdn Bhd, Hikayat Merong Mahawangsa muncul, mungkin gelaran nama Hang Tuah yang dipegangnya selama ini beralih kepada gelaran baru iaitu si Merong pula? Ternyata pemilihan Stephen oleh pengarah filem berkenaan, Yusry Abdul Halim untuk dijadikan sebagai pemegang watak utama Merong Mahawangsa bukan sembarangan ataupun dek kerana industri seni tiada pelakon tempatan yang hebat.

0 comments:
Post a Comment