oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
MALAM amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain akan dianjurkan untuk membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyumbangkan kepada pengumpulan dana bagi urusan operasi pusat perlindungan, Rumah Titian Kaseh (RTK), Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Program anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim AIDS Malaysia dengan kerjasama RTK, Innovative Management Consultancy, Alumni ESQ dan Pusat Perlindungan Pernim ini akan diadakan pada 26, 27 dan 28 Disember 2010 bertempat di Summit Hotel, Subang USJ bermula pukul 8 malam. more news Previous news

Tempahan meja boleh dibuat melalui wakil-wakil iaitu Muslim Aid (03-2281996/03-22821996), Rumah Titian Kaseh (03-40255246) atau untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web www.muslimaidasia.com.
0 comments:
Post a Comment