2010/11/25
GUANGZHOU: Pasukan skuasy wanita Malaysia menguasai acara skuasy pada Sukan Asia ke-16 selepas menewaskan Hong Kong dalam pertandingan akhir berpasukan di sini.
Pasukan Malaysia yang diketuai pemain skuasy nombor satu dunia, Nicol Ann David, Low Wee Wern, Delia Arnold dan Sharon Wee mengalahkan Hong Kong, 2-0.
Kemenangan itu membolehkan kontinjen Malaysia mencapai sasaran untuk memenangi sembilan pingat emas pada Sukan Asia di Guangzhou.

Source:
Bharian
0 comments:
Post a Comment