PARA saintis telah mendapati wabak koronavirus (COVID-19) mampu bertahan pada permukaan yang kerap disentuh sehingga sembilan hari.
Memetik laporan Mirror, permukaan yang mempunyai potensi jangkitan adalah tombol pintu, besi pemegang dalam kenderaan awam serta beberapa permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti hospital dan sebagainya.
"Saintis telah mendapati koronavirus boleh bertahan selama sembilan hari pada tombol pintu dan besi pemegang dalam kenderaan awam.
"Permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti di hospital juga mempunyai potensi jangkitan tinggi," tulis sumber.
undefined
Menurut kajian terbaru di Jerman, koronavirus mampu bertahan empat kali lebih lama berbanding virus demam biasa pada sesuatu permukaan yang telah disentuh.
Namun begitu, virus boleh dihapuskan jika semua permukaan tersebut dilap dengan menggunakan produk pembasmi jangkitan. Orang ramai boleh mengambil langkah pencegahan dengan sentiasa berjaga-jaga dan mengutamakan kebersihan tangan.
Sumber : astro awani dan mirror UK
Thursday, February 13, 2020
Monday, February 10, 2020
Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.
Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
Sumber: Astro Awani